Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3407215043


MAED (Malaysian Acetes Efficiency Device)

Peranti MAED direkabentuk bagi membantu menyisih udang
baring (tangkapan utama) daripada tangkapan sampingan atau
tangkapan bukan sasaran Pukat Tunda Udang Baring. Membantu
nelayan memperolehi tangkapan udang yang lebih bersih Sebelum
ini semua vesel pukat tunda samada di Perak atau Selangor hanya menggunakan pukat tunda udang baring untuk menangkap udang baring (udang geragau/belacan).
Hasil tangkapan adalah bercampur. Nelayan terpaksa memperuntukkan masa bagi mengasingkan spesies tangkapan bukan sasaran/sampingan daripada tangkapan utama. Spesies tangkapan bukan sasaran di antaranya adalah ikan timah, ikan gelama, ikan kasai, ikan kikek, sotong katak dan udang-udang lain. Sekiranya obor-obor juga tertangkap ke dalam pukat, obor-obor tersebut akan dibuang semula ke laut. Udangudang yang terlekat pada obor-obor tersebut akan juga dibuang bersama ke laut.
Selain itu, penguatkuasaan saiz mata keroncong 38 mm pada semua pukat tunda mulai 1 November 2013 telah menyukarkan pengusaha/ nelayan pukat tunda udang baring. Ini kerana saiz mata pukat yang digunakan bagi menangkap udang baring adalah di antara 9-12 mm. Di atas kesulitan tersebut, pihak Jabatan Perikanan Malaysia telah memutuskan bahawa pengusaha/nelayan pukat tunda udang baring boleh menggunakan saiz mata keroncong 12 mm dengan syarat dipasang dengan MAED.

Sitiawan Perak

ID : tm3407315044


Enjin Sangkut Menggunakan Gas LPG

1. Pemasangan peralatan di vessel yang akan diuji.
2. Kerja lapangan bagi menguji alat yang akan dibangunkan
samada di bengkel atau di laut.
3. Menghadiri bengkel, seminar berkaitan.
4. Jumlah kos kerja lapangan RM 30, 000.

Sitiawan Perak

Displaying 1 - 2 of 2

To Register New Technology and Product Click Here