Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product
STEM Roll-A-Dice

ID : tm3468215455


STEM Roll-A-Dice

"STEM Roll-A-Dice" merupakan inovasi gamifikasi PdPc yang menerapkan komponen-komponen pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Matlamat pembinaan permainan ini adalah untuk untuk menyemai minat pelajar terhadap subjek-subjek STEM serta meningkatkan penglibatan mereka dalam menceburi bidang-bidang kerjaya STEM. Berkonsepkan kerangka papan permainan, inovasi ini berbeza daripada papan permainan konvensional kerana mengintegrasikan teknologi Realiti Berparanta ataupun lebih dikenali Augmented Reality (AR). Papan permainan menampilkan 5 bidang kerjaya berkaitan STEM iaitu pendidikan, pertanian, industri, robotik dan perubatan. Keseluruhannya, papan permainan ini mengandungi sebanyak 250 soalan berkaitan pendidikan STEM yang terpapar secara rawak. Tinjauan pasaran mendapati prototaip STEM Roll-A-Dice berupaya menarik minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendidikan STEM. Selain itu, testimonial pengguna menunjukkan animasi 3D melalui teknologi AR serta paparan papan permainan sangat mengujakan mereka. Mereka merasakan inovasi ini sesuai dijalankan oleh guru-guru atau pendidik yang ingin mengimplementasi PdPc abad ke-21 atau Blended Learning. Buat masa ini, aplikasi yang dimuat naik di Google Play mengandungi soalan-soalan dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, proses terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sedang dijalankan bagi memenuhi permintaan antarabangsa. Adalah menjadi harapan penyelidik agar inovasi ini digunakan oleh semua lapisan masyarakat bagi mendedahkan mereka terhadap pendidikan STEM.

Tanjong Malim Perak

Displaying 26 - 26 of 26

To Register New Technology and Product Click Here