Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3515615783


NIFTY CLEANER KIT

Nifty Cleaner Kit ini telah diinovasikan oleh tiga orang pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Tujuan rekacipta ini adalah untuk membantu pengguna dalam proses pembersihan di rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain. Ia adalah satu produk istimewa yang dilengkapkan dengan cecair organik untuk menanggalkan habuk, jeragat, sesawang dan kotoran degil pada semua permukaan seperti tingkap, gril, bilah kipas, tingkap nako, dinding, perabot, pintu gelongsor dan papan putih. Kebanyakan bahan pakai buang pada alatan dibuat daripada bahan pakai buang. Suatu tinjauan pasaran telah dijalankan ke atas 50 orang responden di Kampung Bukit Bayas, Kampung Padang Midin dan Kampung Mengabang Telipot. Dapatan kajian tinjauan pasaran menunjukkan bahawa 66% dari responden berminat untuk membeli produk ini. Produk Nifty Cleaner Kit adalah alatan yang berguna, selamat digunakan, berpatutan dan sesuai untuk dipasarkan.

Kuala Terengganu Terengganu

ID : tm3515715784


DR DUSTER WITH GREEN CLEANER

Rekacipta ini dilaksanakan oleh tiga orang pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Tujuan rekacipta ini adalah untuk membuktikan bahawa Dr. Duster sangat berguna kepada pengguna. Kajian produk ini telah dilakukan dalam tempoh tiga bulan dengan enam kali ujian formulasi. Kami berjaya mencipta pemadam istimewa yang digabungkan dengan cecair semula jadi untuk menanggalkan kotoran biasa dan kotoran-kotoran degil pada papan putih, cermin kaca dan permukaan-permukaan licin dengan berkesan. Cecair pemadam ini dibuat daripada sumber tumbuhan semula jadi. Untuk pemadam pula, kami menggunakan bahan kitar semula iaitu sabut kelapa yang boleh membantu menanggalkan kotoran secara berkesan. Tinjauan pemasaran menunjukkan bahawa 80% daripada responden berminat dengan produk kami sementara 35% daripada responden ingin membelinya dan 34% yakin akan membelinya. Produk kami, Dr Duster adalah pemadam yang efektif, selamat untuk digunakan, berpatutan dan sesuai untuk dipasarkan.

Kuala Terengganu Terengganu

ID : tm3512915756


From Waste To Wealth: Multifunctional Composite From Waste Materials

A mixing of cockle shell waste and polymerized substances (Polypropylene) can produce a new composite which has enhanced properties compared to that of the Polypropylene. This composite could be made into many products as its application is wide and the properties of the composite could be modified.

Rawang Selangor

ID : tm3515415781


ESC COLOUR ( EASY SAFE CHEAP COLOUR)

Penggunaan warna ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dikalangan kanak-kanak,murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Banyak kajian literature menyatakan penggunakan warna di usia yang muda sangat penting untuk pembentukan minda. Banyak warna-warna poster dijual di pasaran.Sejauh manakah penggunaan warna poster di pasaran selamat dikalangan kanak-kanak yang berusia 6 tahun kebawah? Mampukah semua murid memiliki warna poster yang harganya dalam lingkungan RM12.50- 18.50?ESC Colour ialah sejenis warna yang telah dicipta dengan menggunakan tepung jagung, soda, baking soda dan sirap jagung. Warna poster ini menggunakan bahan dapur yang selamat untuk kegunaan kanak-kanak.Mudah menghasilkan dan disimpan dalam bekas.Kos menghasilkannya sangat murah . Denganya ciptanya ESC Colour yang kosnya lebih kurang RM 2.00 satu set dapat menjimatkan kos pembelian warna untuk individu mahupun sekolah. Konsep penjimatan ini selaras dengan dasar kerajaan yang sedang menjalankan penjimatan kos di sektor awam terutamanya di sekolah.

Senai Johor

Displaying 1 - 4 of 4

To Register New Technology and Product Click Here