Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3444715418


Tilapia Egg Incubator TEI4

Inovasi yang dihasilkan iaitu alat inkubator telur TEI4 yang bertindak sebagai alat untuk mengeramkan telur tilapia menggantikan fungsi pengeraman yang berlaku di dalam mulut induk betina. Alat ini adalah mudah alih dengan kos yang mampu milik oleh penternak kecil. Apabila telur telah menetas, anak ikan yang telah berenang dengan sempurna akan berada di permukaan air dan kemudiannya akan turun mengikut aliran air masuk ke dalam hapa.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3444815419


Sangkar Bio-Komposit

Permintaan tinggi terhadap industri sangkar akuakultur sedikit terencat dengan penawaran harga bahan buatan sangkar semasa. Kenaikan harga kayu bergred A seperti cengal dan merbau menyebabkan pengusaha sangkar mengalami sedikit bebanan kos awalan dalam penbuatan sangkar mereka. Penggunaan buluh yang dahulunya popular digunakan tetapi tidak lagi sesuai untuk masa kini. Penawaran harga sangkar plastik, High Density PolyEthylene (HDPE) dilihat paling menguntungkan dari segi penyenggaraan namun melibatkan kos yang amat tinggi. Justeru, pengenalan kepada suatu bahan yang mempunyai kekuatan seperti plastik namun masih mengekalkan rupa bentuk fizikal kayu telah diperkenalkan. Penggunan bahan buangan seperti habuk kayu, sekam padi, sisa sawit dan bahan fiber asli lain seperti kenaf telah digunapakai bersama polimer
HDPE bagi penghasilan unit sangkar baru. Unit sangkar baru ini telah diubahsuai daripada rekabentuk asal floater yang diimport daripada negara Austria dan Taiwan yang dibuat dalam bentuk modular. Ini menghasilkan struktur sangkar biokomposit yang tahan, kuat dan murah. Rekabentuk asal unit juga telah diubahsuai agar dapat menghasilkan saiz sangkar mengikut citarasa pengusaha sendiri.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3444915420


PS Aquatics : Produk Artemia Berkualiti Tinggi

PS Aquatics adalah Artemia proses berkualiti tinggi. Artemia
merupakan makanan utama dalam proses pembenihan kebanyakan
spesis akuakultur dan ikan hiasan. Artemia di bawah jenama PS
Aquatics dihasilkan dengan persijilan MyGAP dan dengan sistem
kualiti berdasarkan HACCP bagi memastikan produk yang dihasilkan bebas daripada patogen penyebab penyakit yang boleh merencat industri akuakultur. Produk PS Aquatic yang berasaskan Artemia adalah dalam bentuk naupli dan biojisim yang asal dan produk tambah baik berasaskan keduanya. Antara produk tambah baik adalah Artemia mentah naupli dan biojisim segar hidup, Artemia naupli dan biojisim mentah sejuk beku, Artemia sejuk kering dan pellet Artemia. Kepelbagaian produk berasaskan Artemia untuk industri akuakultur dan ikan hiasan bermatlamat untuk memudahkan penggunaan tanpa memberi perubahan kepada pada profil kualiti asal Artemia. Selain itu, produk tambah baik ini juga memudahkan penggunaan, penggendalian dan juga simpanan.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445015421


Paya Buatan (Constructed Wetland) Untuk Rawatan Air
Buangan Akuakultur Air Tawar


Untuk merawat air buangan akuakultur supaya selamat untuk
dilepaskan ke persekitaran. Projek pilot paya buatan di FRI Glami Lemi didapati telah berjaya merawat air buangan akuakultur dan air yang telah dirawat selamat dibuang atau dilepaskan ke persekitaran luar. Projek ini sangat berpotensi dan harus digunapakai oleh semua pengusaha akuakultur di Malaysia. Pengusaha akuakultur air tawar kini telah mula ada kesedaran untuk memastikan alam sekitar disekeliling kawasan ternakan tidak tercemar. Air yang dirawat boleh digunakan semula.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445115422


Kit Kultur Tisu

Model
Kit kultur tisu terdiri daripada peralatan kultur tisu, sumber
nutrien dan tumbuhan akuarium
Kos
Anggaran kasar kos kit kultur tisu tumbuhan akuarium ialah
RM300/set
Peralatan yang perlu disediakan oleh pengguna:
Ketuhar gelombang mikro dan periuk tekanan tinggi
Bilik kultur - Bilik/ruang bersih berhawa dingin
Lampu
Rak untuk meletak kultur tisu

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445215423


Kit Asuhan Udang Galah

Bagi membantu serta melancarkan aktiviti asuhan benih udang
galah selepas peringkat pasca larva (PL) maka inovasi yang
dinamakan Kit Asuhan Udang Galah (KAUG) diperkenalkan oleh FRI Glami Lemi. Kemudahan ini dinamakan kit kerana keupayaannya untuk dikendalikan secara pasang siap di lokasi yang dikehendaki dengan mudah. Selain daripada mudah disedia dan dipasang, kajian di peringkat operasi sebenar menunjukkan bahawa KAUG berupaya memberi keputusan yang memberangsangkan dalam peratus kemandirian semasa asuhan. Oleh itu diyakini dengan adanya KAUG industri ternakan udang galah tempatan akan berupaya melonjak naik dan pendaratan daripada aktiviti akuakultur boleh meningkat tanpa memerlukan tambahan keluasan kolam. KAUG juga sesuai digunakan untuk menghasilkan benih bagi tujuan pelepasan di perairan umum untuk tujuan peningkatan stok. Benih yang diasuh terlebih dahulu akan lebih besar dan pasti akan memberi impak yang lebih besar kepada program peningkatan stok berbanding amalan sedia ada yang menabur benih kecil secara terus ke perairan umum.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445315424


Kit Akuaplant

Kit untuk menghasilkan sendiri tumbuhan akuatik
menggunakan kaedah tisu kultur

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445415425


Kaedah Krioawetan
Sperma Dan Persenyawaan
In Vitro Ikan Kelah (Tor sp.)


Kriobank sperma ikan merupakan satu bentuk bank gen yang
berfungsi untuk menyimpan sperma ikan untuk jangka masa panjang dengan kaedah krioawet pada suhu lampau sejuk menggunakan cecair nitrogen (-196C). Kemandirian sel sperma krioawet masih terpelihara dan boleh digunakan untuk mensenyawakan telur pada masa akan datang. Kriobank sperma ikan air tawar FRI Glami Lemi telah diwujudkan pada tahun 2008. FRI Glami Lemi merupakan antara institusi perintis di Malaysia yang menjalankan kajian dalam pengkriobankan sperma ikan. Inovasi ini menghasilkan teknologi pengkrioawetan sperma dan pembenihan menggunakan sperma krioawet pada Tor spp.Sperma krioawet bagi Tor spp. telah berjaya mensenyawakan telur dan menghasilkan anak ikan kelah yang sihat. Hasil inovasi ini juga mendapati sperma krioawet Tor spp. yang telah disimpan selama enam tahun masih berjaya menetaskan telur dan prestasi penetasan tiada perbezaan dengan sperma krioawet yang baru dikrioawet.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3318514156


Intelligent Real-time integrated system for sustainability(IRISS)

Intelligent real time integrated system for sustainability(IRISS) is designed to transform the collecting data method to measure the impact towards the environment before, during and after the development. IRISS provides the data directly through the internet of things(IOT), cloud computing and web.

Kuala Kangsar Perak

ID : tm3355214523


Creamy White Pepper Production

Consists of 10 cylindrical high density polyethylene tanks of 200 gallons capacity each,installed in a single row within close proximity of each other. Clean water from mountain stream is piped to each tank and then discharged through an outlet.

Kuching Sarawak

ID : tm3355314524


Biochemical Fertilizer for Black Pepper

This fertilizer comprising both organic and inorganic materials, enriched with microorganisms. This integrated fertilizer increase the growth, quality and production of pepper thus increase farmers income. This invention has file for patent and trademark and also been licensed for commercialization.

Kuching Sarawak

ID : tm3355414525


1 Day Full Dentures (1DFD)

Innovations in the process of manufacturing false teeth that can reduce the critical procedures, patient appointments and the dentition period.

Inovasi dalam proses pembuatan gigi palsu yang dapat mengurangkan prosedur kritikal, temujanji pesakit dan juga tempoh penghasilan gigi palsu.

Kuching Sarawak

ID : tm3447315444


Kaedah Pengawalan Spesies Crown-Of-Thorns (COT) Starfish

Penyelidik darI FRI Bintawa bersama dengan Sabah Parks
telah berjaya mencipta satu kaedah membunuh COT dengan kos
yang rendah, menjimatkan masa, mudah, mesra alam dan dapat
digunakan oleh penyelam rekreasi. Kaedah yang digunakan adalah suntikan sodium bisulfate ke atas individu COT.
Sebelum kaedah ini digunapakai di laut atau lapangan, satu kajian in-vitro ke atas 6 spesimen COT dewasa di makmal juga dijalankan. 4 spesimen tadi disuntik dengan sodium bisulfate dan 2 individu lain dijadikan sebagai piawai dan tidak disuntik. Pemerhatian ke atas 6 spesimen ini dilakukan selama 24 jam. Kaedah ini juga digunapakai di lapangan untuk melihat keberkesanannya untuk membunuh haiwan ini. Soal selidik dengan kakitangan resort juga di lakukan untuk membandingkan kaedah yang pernah di praktikkan. Kos bahan untuk menggunakan kaedah ini yang boleh diangap murah dan efektif selepas mengambil kira faktor tenaga dan masa berbanding dengan kaedah-kaedah lain.

Kuching Sarawak

ID : tm3447415445


Bubu Ikan Lipat Sarawak(Sarawak Collapsible Fish Trap)

Satu inovasi yang dinamakan Bubu Ikan Lipat Sarawak telah berjaya dibangunkan oleh FRI Bintawa Sarawak. Pada tahun 2006. Inovasi ini masih ditambah baik sehingga 2010. Idea asal inovasi ini tercetus semasa perlaksanaan projek penyelidikan bertajuk Pembangunan Teknologi Penangkapan Ikan di Kawasan Terumbu dan Dasar Kasar. Kerangka utama bubu ikan yang direka ini diperbuat daripada rod besi yang mempunyai ketebalan 10 mm yang sangat kuat dan tahan lama. Kerangka yang diperbuat daripada besi bertindak untuk menguatkan
struktur bubu dan membantu menstabilkan bubu ini di dasar lautan terutama semasa keadaan laut yang bergelora. Kerangka kompartmen tangkapan diperbuat daripada rod besi berdiameter 3 mm. Batang besi ini boleh dilipat mengikut saiz dan bentuk kompartmen. Kerangka utama dan kompartmen tangkapan ikan dilitupi dengan jaring polyethylene 36 ply dan saiz mata jaring 3 inci. Struktur separa bulat dan gelang dibina pada kerangka utama bubu bagi membolehkan rangka bubu dilipat dengan mudah.

Kuching Sarawak

ID : tm3494015567


Hand Pump - Kumpa Mosaf III

A "village friendly" hand pump simple technology; can be fixed and maintained by villagers themselves.

Kuching Sarawak

ID : tm3494115568


Peat Cutting Machine or "POLI"

The acronym "POLI" comes from the words "potong" and "gali" which means cut and dig, and was invented by Geological Survey Department Malaysia, Sarawak. It was especially designed and made for trenching in deep woody peat for the installation

Kuching Sarawak

ID : tm3494415571


ISS-ONE Tool Special Piston Ring Clamp

Iss-One Tool Special Piston Ring Clamp is used to compress the piston ring while inserting the piston assembly into the cylinder bore. The accurate positioning of the piston ring is important to ensure no leakage occurs during engine compression. This tool operates by manual force. A manual lock is provided for safety purposes.

Kuching Sarawak

ID : tm3499815625


Cyclist rescuer

Cyclist or motorcyclist can use this cyclist rescuer when the tyre is punctured. So that they can move as normal.

Kuching Sarawak

ID : tm3508515712


Multi-purpose 3 Axis Computer Numerical Control Machine

Multipurpose 3 Axis Computer Numerical Control Machine is a machine to allow various tools to be attached to the tool holder that move in 3 dimensional space accurately with precise motion control.

Kuching Sarawak

ID : tm3507415701


Telecomunication

High-Tech

Sungai Petani Kedah

ID : tm3525215879


The Development And Replication Of Kammprofile Gaskets And The Kammprofile Machine

To manufacture the solid metallic core for the pressure sealing gasket known as Kammprofile. The kammprofile gasket seals pressure most effectively because of the precise nature of the machined metal profile sandwiched between top and bottom layers of soft, compressible, resilient material.

Sungai Petani Kedah

ID : tm3546016087


Pedal-Assisted Electric Bicycle

Designed specifically with electric components that turn on the battery and allow bicycles to move up to a maximum speed of 25 km/h.

Direka khas dengan komponen elektrik yang menghidupkan bateri dan membolehkan basikal untuk bergerak sehingga kelajuan maksimum 25 km/h.

Sungai Petani Kedah

ID : tm3495515582


Produk Penapis Air HiJRAH Bio Hap

Produk Penapis Air HiJRAH Bio Hap menggunakan Manik Pros
dari Hydroxyapatite Sisik Tilapia. Produk ini digunakan sebagai komponen produk Penapis Air, Dispenser Air Atas Meja,
Dispenser Air atas Lantai dan Mesin Layan Diri.

Tangkak Johor

ID : tm3114112112


Module of Transformational Leadership Development Training Programme

This module is the outcome of the research entitled "A Case Study into Understanding Transformational Leadership in Selected Schools in Malaysia". The research was carried out in its attempt to explore the innovativeness and creativeness of transformative school leadership upon schools and its performances of students and teachers. The findings suggested that the dominant characteristics of transformational leadership amongst the teacher leaders are risk taking, visionary and value driven. The findings also revealed that transformational leaders played significant role in empowering followers and had the desire for learning.

Tanjong Malim Perak

STEM Roll-A-Dice

ID : tm3468215455


STEM Roll-A-Dice

"STEM Roll-A-Dice" merupakan inovasi gamifikasi PdPc yang menerapkan komponen-komponen pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Matlamat pembinaan permainan ini adalah untuk untuk menyemai minat pelajar terhadap subjek-subjek STEM serta meningkatkan penglibatan mereka dalam menceburi bidang-bidang kerjaya STEM. Berkonsepkan kerangka papan permainan, inovasi ini berbeza daripada papan permainan konvensional kerana mengintegrasikan teknologi Realiti Berparanta ataupun lebih dikenali Augmented Reality (AR). Papan permainan menampilkan 5 bidang kerjaya berkaitan STEM iaitu pendidikan, pertanian, industri, robotik dan perubatan. Keseluruhannya, papan permainan ini mengandungi sebanyak 250 soalan berkaitan pendidikan STEM yang terpapar secara rawak. Tinjauan pasaran mendapati prototaip STEM Roll-A-Dice berupaya menarik minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendidikan STEM. Selain itu, testimonial pengguna menunjukkan animasi 3D melalui teknologi AR serta paparan papan permainan sangat mengujakan mereka. Mereka merasakan inovasi ini sesuai dijalankan oleh guru-guru atau pendidik yang ingin mengimplementasi PdPc abad ke-21 atau Blended Learning. Buat masa ini, aplikasi yang dimuat naik di Google Play mengandungi soalan-soalan dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, proses terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sedang dijalankan bagi memenuhi permintaan antarabangsa. Adalah menjadi harapan penyelidik agar inovasi ini digunakan oleh semua lapisan masyarakat bagi mendedahkan mereka terhadap pendidikan STEM.

Tanjong Malim Perak

Displaying 1 - 25 of 25

To Register New Technology and Product Click Here