Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3444715418


Tilapia Egg Incubator TEI4

Inovasi yang dihasilkan iaitu alat inkubator telur TEI4 yang bertindak sebagai alat untuk mengeramkan telur tilapia menggantikan fungsi pengeraman yang berlaku di dalam mulut induk betina. Alat ini adalah mudah alih dengan kos yang mampu milik oleh penternak kecil. Apabila telur telah menetas, anak ikan yang telah berenang dengan sempurna akan berada di permukaan air dan kemudiannya akan turun mengikut aliran air masuk ke dalam hapa.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3444815419


Sangkar Bio-Komposit

Permintaan tinggi terhadap industri sangkar akuakultur sedikit terencat dengan penawaran harga bahan buatan sangkar semasa. Kenaikan harga kayu bergred A seperti cengal dan merbau menyebabkan pengusaha sangkar mengalami sedikit bebanan kos awalan dalam penbuatan sangkar mereka. Penggunaan buluh yang dahulunya popular digunakan tetapi tidak lagi sesuai untuk masa kini. Penawaran harga sangkar plastik, High Density PolyEthylene (HDPE) dilihat paling menguntungkan dari segi penyenggaraan namun melibatkan kos yang amat tinggi. Justeru, pengenalan kepada suatu bahan yang mempunyai kekuatan seperti plastik namun masih mengekalkan rupa bentuk fizikal kayu telah diperkenalkan. Penggunan bahan buangan seperti habuk kayu, sekam padi, sisa sawit dan bahan fiber asli lain seperti kenaf telah digunapakai bersama polimer
HDPE bagi penghasilan unit sangkar baru. Unit sangkar baru ini telah diubahsuai daripada rekabentuk asal floater yang diimport daripada negara Austria dan Taiwan yang dibuat dalam bentuk modular. Ini menghasilkan struktur sangkar biokomposit yang tahan, kuat dan murah. Rekabentuk asal unit juga telah diubahsuai agar dapat menghasilkan saiz sangkar mengikut citarasa pengusaha sendiri.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3444915420


PS Aquatics : Produk Artemia Berkualiti Tinggi

PS Aquatics adalah Artemia proses berkualiti tinggi. Artemia
merupakan makanan utama dalam proses pembenihan kebanyakan
spesis akuakultur dan ikan hiasan. Artemia di bawah jenama PS
Aquatics dihasilkan dengan persijilan MyGAP dan dengan sistem
kualiti berdasarkan HACCP bagi memastikan produk yang dihasilkan bebas daripada patogen penyebab penyakit yang boleh merencat industri akuakultur. Produk PS Aquatic yang berasaskan Artemia adalah dalam bentuk naupli dan biojisim yang asal dan produk tambah baik berasaskan keduanya. Antara produk tambah baik adalah Artemia mentah naupli dan biojisim segar hidup, Artemia naupli dan biojisim mentah sejuk beku, Artemia sejuk kering dan pellet Artemia. Kepelbagaian produk berasaskan Artemia untuk industri akuakultur dan ikan hiasan bermatlamat untuk memudahkan penggunaan tanpa memberi perubahan kepada pada profil kualiti asal Artemia. Selain itu, produk tambah baik ini juga memudahkan penggunaan, penggendalian dan juga simpanan.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445015421


Paya Buatan (Constructed Wetland) Untuk Rawatan Air
Buangan Akuakultur Air Tawar


Untuk merawat air buangan akuakultur supaya selamat untuk
dilepaskan ke persekitaran. Projek pilot paya buatan di FRI Glami Lemi didapati telah berjaya merawat air buangan akuakultur dan air yang telah dirawat selamat dibuang atau dilepaskan ke persekitaran luar. Projek ini sangat berpotensi dan harus digunapakai oleh semua pengusaha akuakultur di Malaysia. Pengusaha akuakultur air tawar kini telah mula ada kesedaran untuk memastikan alam sekitar disekeliling kawasan ternakan tidak tercemar. Air yang dirawat boleh digunakan semula.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445115422


Kit Kultur Tisu

Model
Kit kultur tisu terdiri daripada peralatan kultur tisu, sumber
nutrien dan tumbuhan akuarium
Kos
Anggaran kasar kos kit kultur tisu tumbuhan akuarium ialah
RM300/set
Peralatan yang perlu disediakan oleh pengguna:
Ketuhar gelombang mikro dan periuk tekanan tinggi
Bilik kultur - Bilik/ruang bersih berhawa dingin
Lampu
Rak untuk meletak kultur tisu

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445215423


Kit Asuhan Udang Galah

Bagi membantu serta melancarkan aktiviti asuhan benih udang
galah selepas peringkat pasca larva (PL) maka inovasi yang
dinamakan Kit Asuhan Udang Galah (KAUG) diperkenalkan oleh FRI Glami Lemi. Kemudahan ini dinamakan kit kerana keupayaannya untuk dikendalikan secara pasang siap di lokasi yang dikehendaki dengan mudah. Selain daripada mudah disedia dan dipasang, kajian di peringkat operasi sebenar menunjukkan bahawa KAUG berupaya memberi keputusan yang memberangsangkan dalam peratus kemandirian semasa asuhan. Oleh itu diyakini dengan adanya KAUG industri ternakan udang galah tempatan akan berupaya melonjak naik dan pendaratan daripada aktiviti akuakultur boleh meningkat tanpa memerlukan tambahan keluasan kolam. KAUG juga sesuai digunakan untuk menghasilkan benih bagi tujuan pelepasan di perairan umum untuk tujuan peningkatan stok. Benih yang diasuh terlebih dahulu akan lebih besar dan pasti akan memberi impak yang lebih besar kepada program peningkatan stok berbanding amalan sedia ada yang menabur benih kecil secara terus ke perairan umum.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445315424


Kit Akuaplant

Kit untuk menghasilkan sendiri tumbuhan akuatik
menggunakan kaedah tisu kultur

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445415425


Kaedah Krioawetan
Sperma Dan Persenyawaan
In Vitro Ikan Kelah (Tor sp.)


Kriobank sperma ikan merupakan satu bentuk bank gen yang
berfungsi untuk menyimpan sperma ikan untuk jangka masa panjang dengan kaedah krioawet pada suhu lampau sejuk menggunakan cecair nitrogen (-196C). Kemandirian sel sperma krioawet masih terpelihara dan boleh digunakan untuk mensenyawakan telur pada masa akan datang. Kriobank sperma ikan air tawar FRI Glami Lemi telah diwujudkan pada tahun 2008. FRI Glami Lemi merupakan antara institusi perintis di Malaysia yang menjalankan kajian dalam pengkriobankan sperma ikan. Inovasi ini menghasilkan teknologi pengkrioawetan sperma dan pembenihan menggunakan sperma krioawet pada Tor spp.Sperma krioawet bagi Tor spp. telah berjaya mensenyawakan telur dan menghasilkan anak ikan kelah yang sihat. Hasil inovasi ini juga mendapati sperma krioawet Tor spp. yang telah disimpan selama enam tahun masih berjaya menetaskan telur dan prestasi penetasan tiada perbezaan dengan sperma krioawet yang baru dikrioawet.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3148212453


Toothbrush with Bristles in an Isosceles Configuration (Pro-dental Revolution)

The unique feature/inventive step of the revolution toothbrush is the 45 degree angled bristle comprising of three different heights but with equal length forming two brushing surfaces for better cleaning. Bristles of soft, medium and hard texture are incorporated for triple actions brushing comfort. Bristles head can be made as disposable upon consent of manufacturer.

Kepala Batas Pulau Pinang

ID : tm3148312454


Meliodot TM Enzyme Immunoassay kit: A New Diagnostic Test kit for the Diagnosis Melioidosis

Melioidosis is a mysterious fatal infectious disease of man and animals with many unpredictable clinical outcomes that mimics many other infectious diseases. It is caused by urkholderia pseudomallei, a Gram negative environmental bacterium. Anyone in the society and especially members of the military is at risk of getting the infection though direct contact with soil and water. Increased susceptibility to infection with fatal complication is particularly noted in immunocompromised individual.

Kepala Batas Pulau Pinang

ID : tm3148412455


Medi Bike Exerciser : Penambahbaikan Teknik Terapi Senaman Untuk Pesakit Yang Mengalami Masalah Menggerakkan Anggota Atas Dan Bawah.

Ramai pesakit yang mengalami masalah kelemahan otot (paresis), kelumpuhan (stroke), ketidakseimbangan dan masalah koordinasi pergerakan anggota badan atas (atas pinggang) dan bawah (bawah pinggang) yang perlu melakukan aktiviti senaman anggota badan atas dan bawah yang lama dan memenatkan. Kini, bilangan pesakit menjalani rawatan rehabilitasi semakin meningkat dan tempoh pemulihan yang panjang. Punca utama masalah ini adalah kerana senamansecara berasingan dan tiada peralatan yang sesuai. Selain itu, masalah masa, perawat dan peralatan terhad selain rawatan yang tidak efektif serta kos pembelian alatan/mesin rawatan yang tinggi. Punca utama masalah ini adalahkerana senaman secara berasingan dan tiada peralatan yang sesuai. Selain itu, masalah masa, perawat dan peralatan terhad selain rawatan yang tidak efektif serta kos pembelian alatan/mesin rawatan yang tinggi. Oleh itu, kami telah mencipta alat senaman gabungan untuk anggota atas dan anggota bawah badan manusia supaya aktiviti senaman boleh dijalankan serentak menggunakan Medi-bike Exercise. Struktur Medi-Bike Exerciser yang ringkas serta boleh dilaras mengikut kedudukan dan ketinggian pesakit bukan sahaj dapat memberikan keselesaan kepada pesakit, tetapi juga dapat mengekalkan postur tubuh badan yang ergonomik.

Kepala Batas Pulau Pinang

ID : tm3148512456


A Novel Drug-Drug and Drug-Herb Interactions Prediction Platform

Adverse drug reactions (ADR) as a result of drug-drug, drug-herb and drug-food interactions are a growing concern in the health care setting. The cytochrome P450enzymes play a key role in the metabolism of a wide variety of compounds. Inhibition of cytochrome P450 enzymatic activities due to the presence of an inhibitor or an induction of the cytochrome by an inducer are the most common mechanisms underlying drug interactions. Predicting the ability of a drug or herbal medicine to modulate CYP expression at an early stage of drug discovery will reduce the risk of failure in the market and to ensure product safety. A drug-drug and drug-herb interaction platform service to assess the safety of drugs and standardized herbal preparations was developed. It is a triple service platform consisting of a novel multiplex qRT-PCR assay to detect the mRNA expression of CYP1A2, CYP2D6, CYP3A4, a novel in vitro CYP3A4 protein expression assay utilizing a recombinant HepG2 cell line expressing GFP protein regulated by the CYP3A4 promoter, an optimized in silico screening protocol and CYP3A4 substrate-specific inhibition assays, to assess the inhibition activities of chemical entities or standardized herbal products on the CYP3A4 enzymatic activity. Utilizing these strategies, the effects of a compound/herbal extract on the cytochrome mRNA, protein expression and enzymatic activities on liver cells can be carried out in a time saving, cost effective and high throughput manner. The safety assessments and subsequent in vitro prediction of possible risks of interactions between drugs and herbal compounds can be objectively determined.

Kepala Batas Pulau Pinang

ID : tm3485515482


Dofia Red

Strain Dofia red merupakan ikan tilapia merah yang terpilih dimana ia mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang cepat dan kadar hidup yang tinggi

Kepala Batas Pulau Pinang

ID : tm3318514156


Intelligent Real-time integrated system for sustainability(IRISS)

Intelligent real time integrated system for sustainability(IRISS) is designed to transform the collecting data method to measure the impact towards the environment before, during and after the development. IRISS provides the data directly through the internet of things(IOT), cloud computing and web.

Kuala Kangsar Perak

ID : tm203611408


Electron Beam Irradiation Facility

Sterilization / Irradiation of Medical Devices using electron beam technology. However this technology is not limited to sterilization of medical device only. It can also be utilize in sterilization for F&B industry, cross linking of polymers and also gem stone industry.

Port Klang Selangor

ID : tm3492215549


Electron Beam Irradiation Facility

Irradiation sterilization using electron beam technology.

Port Klang Selangor

ID : tm3114112112


Module of Transformational Leadership Development Training Programme

This module is the outcome of the research entitled "A Case Study into Understanding Transformational Leadership in Selected Schools in Malaysia". The research was carried out in its attempt to explore the innovativeness and creativeness of transformative school leadership upon schools and its performances of students and teachers. The findings suggested that the dominant characteristics of transformational leadership amongst the teacher leaders are risk taking, visionary and value driven. The findings also revealed that transformational leaders played significant role in empowering followers and had the desire for learning.

Tanjong Malim Perak

STEM Roll-A-Dice

ID : tm3468215455


STEM Roll-A-Dice

"STEM Roll-A-Dice" merupakan inovasi gamifikasi PdPc yang menerapkan komponen-komponen pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Matlamat pembinaan permainan ini adalah untuk untuk menyemai minat pelajar terhadap subjek-subjek STEM serta meningkatkan penglibatan mereka dalam menceburi bidang-bidang kerjaya STEM. Berkonsepkan kerangka papan permainan, inovasi ini berbeza daripada papan permainan konvensional kerana mengintegrasikan teknologi Realiti Berparanta ataupun lebih dikenali Augmented Reality (AR). Papan permainan menampilkan 5 bidang kerjaya berkaitan STEM iaitu pendidikan, pertanian, industri, robotik dan perubatan. Keseluruhannya, papan permainan ini mengandungi sebanyak 250 soalan berkaitan pendidikan STEM yang terpapar secara rawak. Tinjauan pasaran mendapati prototaip STEM Roll-A-Dice berupaya menarik minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendidikan STEM. Selain itu, testimonial pengguna menunjukkan animasi 3D melalui teknologi AR serta paparan papan permainan sangat mengujakan mereka. Mereka merasakan inovasi ini sesuai dijalankan oleh guru-guru atau pendidik yang ingin mengimplementasi PdPc abad ke-21 atau Blended Learning. Buat masa ini, aplikasi yang dimuat naik di Google Play mengandungi soalan-soalan dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, proses terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sedang dijalankan bagi memenuhi permintaan antarabangsa. Adalah menjadi harapan penyelidik agar inovasi ini digunakan oleh semua lapisan masyarakat bagi mendedahkan mereka terhadap pendidikan STEM.

Tanjong Malim Perak

Displaying 1 - 18 of 18

To Register New Technology and Product Click Here