Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3031611287


Propoplus : Bee defence human beauty treasure

Propoplus : Bees defence human beauty treasure is a set of beauty product consists of 2 in 1 moisturiser cream, facial cleanser and hand lotion that sweeps away make-up and grime without drying out the skin. Stingless bee propolis are the active ingredients of this product.

Besut Terengganu

ID : tm3031711288


IVER

IVER is an unmanned aerial equipment that assists rescue workers to find victims during natural disaster. The equipment is able to fly low altitude while providing live video feed to rescuers. Its main focuses are on easy operation, long fly time and able to withstand harsh weather conditions.

Besut Terengganu

ID : tm3031811289


Em Foliar Fertilizer

This product is produced by combining effective microorganisms that were isolated from Bris Soil in Tembila with essentials macro and micro nutrients, organic materials and growth regulators required by plants.The microorganisms used are adaptable to the chemical and organic foliar solution

Besut Terengganu

ID : tm3406415035


Mass Fry Production of Marine Finfishes in Tank

Technology to produce marine finfish juveniles suitable for grow-out in net-cages and earthern ponds. The process begins with broodstock maintenance and eggs production by natural or induced spawning through hormonal injection.

Besut Terengganu

ID : tm3406515036


Spawning Stretcher : Usungan Pembenihan

Alat ini direka khas bagi membantu kerja-kerja pembenihan
di hatcheri. Sebelum inovasi, pengendalian ikan untuk tujuan
pembenihan dilakukan dengan cara memegang induk dan ini
memerlukan tenaga kerja yang mahir dan ramai. Kerja sebegini
bertambah rumit sekiranya induk itu besar. Alat ini direka bagi
memudahkan kerja pembenihan di samping mengurangkan tekanan
pada ikan. Komponen-komponen Spawning Stretcher adalah beg
anti-stress, rangka penyokong yang diperbuat dari polyvinyl
chloride/besi, ruang gonad dan bekas pengumpul.

Besut Terengganu

ID : tm3406615037


SmartWin:Tiub Sedut Air

Alat ini dihasilkan sebagai sistem alternatif kepada kaedah bekalan air laut sedia ada.SmartWin senang dipasang. Komponen utama SmartWin terdiri dari paip polyvinyl chloride (PVC) bersaiz 8 ince lebar dan 10 kaki panjang. Di bahagian bawah paip diisi dengan gravel bersaiz sederhana. Beberapa lubang (1mm) ditebuk bagi membolehkan air masuk kedalam paip. Air disedut menggunakan paip PVC bersaiz 2 inci yang dipasang di bahagian tengah tiub.

Besut Terengganu

ID : tm3406715038


Sistem Asuhan Cents

Sistem tangki Cheap Efficient Nursery Tank System (CENTS) telah direka bagi mengatasi permasalahan ini. Sistem CENTS ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu 20 unit tangki culvert bersaiz 180 liter, saluran air masuk, saluran air keluar, saluran pengudaraan dan sistem perparitan. Tangki CENTS yang (75 cm diameter, 52 cm tinggi, 45 cm dalam) disusun dalam 2 barisan yang disambungkan secara selari dengan paip bekalan air. Setiap tangki boleh memuatkan 1,000 ekor ikan bersaiz 2-3 cm dan setiap pusingan mengambil masa 4-5 minggu bagi mencapai saiz 7.5-10.0 cm. Pengurusan mutu air bagi sistem CENTS boleh dibuat secara aliran terus atau kitar semula. Kaedah aliran terus melibatkan air dari tangki simpanan mengalir terus ke dalam tangki CENTS dan melimpah keluar ke dalam saluran buangan.

Besut Terengganu

ID : tm3406815039


SirehMAX : Rawatan Herba Akuakultur

SirehMAX adalah rawatan alternatif yang selamat dan berkesan bagi mengawal dan merawat penyakit bakteria pada ikan.SirehMAX merupakan produk daripada ekstrak daun sireh (piper betle).Produk ini mengandungi pelbagai bahan aktif yang mempunyai khasiat astrigen dan antiseptik yang membantu mempercepatkan penyembuhan dengan mengecutkan tisu-tisu organik serta membunuh kuman.Justeru produk berbentuk cecair ini merupakan agen antimikrob yang berkesan dan boleh diguna untuk merawat pelbagai jebis jangkitan bakteria pada ikan.

Besut Terengganu

ID : tm3406915040


Oxygen Stormer Alat untuk Kekalkan Ketepuan Oksigen

Oxygen Stormer merupakan alat yang direka oleh FRI Tg Demong
untuk meningkat dan mengekalkan kadar ketepuan oksigen dalam
tangki takungan dalam masa yang singkat. Komponen-komponen
OS terdiri dari batu pengudaraan, saluran pengagih dan pemberat.
Dengan menggunakan OS, kadar oksigen air laut dalam tangki
takungan dapat ditingkatkan kepada 6.57 (95.5%) dalam masa 2
minit dan kepada 7.23 ppm (103.1%) dalam masa 1 jam.

Besut Terengganu

ID : tm3407015041


Fish Egg Harvester

Satu rekabentuk pemungut ideal dari segi keupayaan untuk
memungut telur yang tersenyawa telah di hasilkan oleh FRI Tg.
Demong. Komponen Fish Egg Harvester adalah, tangki gentian
kaca bulat, hapa 400 m dan polyvinyl chloride (PVC). Telur yang tersenyawa dalam tangki pembenihan akan mengalir keluar secara terus ke dalam Fish Egg Harvester di mana telur-telur tersebut akan dikumpul dan dibersihkan sebelum dimasukkan ke tangki asuhan. Inovasi ini berjaya menjimatkan masa, kos, meningkatkan produktiviti serta mudah digunakan.

Besut Terengganu

ID : tm3403115002


Applikasi
Minyak Pati Kayu Manis
Komersial Dalam Diet Ikan
Kerapu Untuk Kawalan
Parasit Lintah Laut


Inovasi ini terhasil semasa menjalankan kajian pemantauan dan
pengawalan serangan ektoparasit pada ikan ternakan di sangkar.Dalam tempoh kajian tersebut, pemerhatian kasar pada benih ikanyang dijangkiti lintah laut menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti pendarahan dan luka di badan, mata atau sirip pada setiap bulan pertama kemasukan benih ke sangkar. Inovasi penggunaan pati minyak kayu manis komersil dalam diet ikan kerapu selama 2 minggu di peringkat hatceri merupakan satu usaha meningkatkan daya tahan ikan terhadap semua serangan penyakit sebelum dipindahkan ke sangkar. Aplikasi pati minyak kayu manis komersil didapati dapat mengurangkan sebanyak 70% tanda-tanda klinikal yang biasa dikesan pada bulan pertama kemasukan benih dalam sangkar. Begitu
juga dengan pengurangan 20% jangkitan parasit lintah laut pada benih ikan kerapu dalam sangkar pada minggu 4. Inovasi ini mudah digunakan dan diapplikasi pada 2 minggu pertama sebelum benih ikan kerapu dimasukkan ke sangkar. Inovasi ini masih dalam peringkat penambahbaikan dari segi kaedah penyimpanan di lokasi sangkar.

Kota Kuala Muda Kedah

ID : tm3403215003


Break And Protect : Alat Untuk Mengawal Infestasi Lintah Marin Terhadap Ikan Marin Ternak

Inovasi ini tercetus semasa mencari penyelesaian kepada masalah serangan ektoparasit iaitu lintah laut dalam ternakan ikan kerapu.Inovasi ini menggunakan pendekatan saintifik maklumat kitaran hidup parasit.Inovasi ini boleh mengurangkan bilangan parasit lintah laut pada ikan dan seterusnya mengurangkan risiko ancaman pesakit sekundari seperti penyakit sisik tanggal, reput ekor dan sirip,Keadaan bentuk inovasi turut mengurangkan masalah kanibalisma dalam ternakan ikan kerapu di dalaam sangkar dan sekaligus meningkatkan produktiviti ternakan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran ikan ternak marin.
Konsep ini adalah menggunakan substrat yabf diletakkan dalam sangkar ikan kerapu bagi tujuan lintah melekat dan bertelur di substrat tersebut dan dalam masa tertentu, substrat tersebut perlu dikeluarkan daripada sangkar ikan untuk tujuan pemutusan kitaran hidup lintah.

Kota Kuala Muda Kedah

ID : tm3403315004


Cacing Nightcrawlers :Makanan Tambahan Bernutrien Untuk Induk Udang Galah

Untuk menjimatkan kos makanan induk udang yang bebas penyakit,FRI Pulau Sayak telah membangunkan teknik penghasilan cacing African Nightcrawlers (Eudrilus sp.) dengan menggunakan tangkitangki yang tekah bocor atau rosak tanpa menggunakan najis haiwan.
Kajian penternakan cacing tanah Nightcrawlers telah dimulakan
pada pertengahan tahun 2011. Penternakan cacing menggunakan
30 unit tangki gentian kaca (100 kg) dengan dasar berbentuk kon untuk memudahkan aliran keluar air baja organik melalui salur air di bahagian bawah. Sebanyak 20 ekor induk Nightcrawlers dimasukkan ke dalam setiap tangki yang mengandungi 60 kg campuran tanah dan pasir. Pemberian campuran makanan khas berserta air diberikan setiap hari. Selepas tujuh bulan beroperasi, sebanyak 700-1,000 g cacing Nightcrawlers boleh dihasilkan setiap hari atau sebanyak 21 kg setiap bulan. Setelah penuaian, cacing tersebut dibersihkan dan sedia untuk diberi makan terus kepada induk udang galah atau dijual. Berdasarkan kaedah penjualan RM200/kg cacing adalah berserta 70% berat tanah,
maka berat kasar sebanyak 63 kg dengan pendapatan sehingga
sekurang-kurangnya RM12,000 sebulan boleh dicapai. Induk-induk liar diperolehi dan kajian ternakan menggunakan pelbagai nisbah campuran tanah dan pasir telah diuji. Hasil kajian mendapati, purata sebanyak 200 ekor benih-benih cacing Nightcrawlers bersaiz sekitar 10 mm terhasil daripada setiap ekor induk cacing Nightcrawlers dalam tempoh 12 hingga 14 hari. Tempoh enam hingga tujuh bulan diperlukan untuk benih-benih tersebut mencapai berat sekitar 1.5 g hingga 2.0 g seekor, sebelum dituai untuk dijadikan sebagai makanan
tambahan induk udang galah. Penyaringan virus Nodavirus udang pada cacing Nightcrawlers dibuat secara berkala menggunakan kaedah PCR untuk memastikan bahawa tiada virus Nodavirus dikesan pada cacing tersebut.

Kota Kuala Muda Kedah

ID : tm3403415005


DOFia Red : Strain Tilapia Merah Yang Ditambahbaik

Dalam kajian ini, induk-induk tilapia merah dari pusat-pusat pembenihan dan kolam-kolam ternakan di Semenanjung Malaysia telah dikumpulkan dan penilian prestasi telah dijalankan di FRI Glami Lemi,Negeri Sembilan.Empat stok baka terbaik telah dipilih dan dikacuk dalam corak diallel yang lengkap dan keluarga yang terhasil dipindahkan ke Pusat Pemgembangan Akuakultur (PPA) di Jitra.

Kota Kuala Muda Kedah

ID : tm3403515006


Pembangunan Baka Dan Penambaikan Genetik Udang Galah
(Macrobrachium Rosenbergii)


FRI Pulau Sayak telah menghasilkan induk domestikasi yang
dipertingkatkan dari segi genetik dan prestasi. Dengan adanya
program pembangunan baka ini produktiviti dapat ditingkatkan
dengan penggunaan induk-induk dari strain yang berkualiti. Selain prestasi yang baik, program ini juga mampu membekalkan induk sepanjang tahun tanpa dipengaruhi faktor permintaan dan cuaca. Dari segi penyakit pula, tidak ramai yang melakukan saringan terhadap induk yang digunakan. Jangkitan secara horizontal iaitu daripada induk kepada anak akan menjejaskan kadar hidup serta tumbesaran dikolam kelak. Hasil inovasi ini, bekalan induk yang diketahui status kesihatannya, prestasi tumbesaran dan keturunannya dapat digunakan secara meluas di negara ini.Dalam proses pembakaan ini, 4 sumber induk berbeza yang dikenali sebagai populasi asas telah digunakan. Sumber tersebut diperolehi daripada Sg Muda (Kedah), Sg Teluk Intan (Perak), Sg Timun (Negeri Sembilan) dan Sg Muar (Johor). Melalui kacukan secara sistematik dan
saintifik, 8 kumpulan baka yang baru diperolehi. Setiap baka dinilai dan baka yang terbaik digandaan untuk dijadikan induk. Seterusnya diedarkan kepada hatcheri yang memerlukannya. Saringan terhadap penyakit terutamanya bawaan virus keputusan 100% bebas daripada MrNv. Prestasi setiap baka pada setiap generasi dinilai berdasarkan jumlah peneluran dan prestasi dikolam. Dalam jangkamasa panjang,
pembangunan induk secara sistematik dan terancang dapat membantu menghasikan baka induk SPF dan induk membolehkan kebergantungan terhadap induk liar dikurangkan, bekalan rega berterusan dan ancaman biakbaka dalam diminimakan. Bekalan induk juga dijangka dapat dihasilkan sepanjang tahun tanpa dipengaruhi faktor musim. Selain itu program ini berjaya meningkat jumlah peneluran per induk.

Kota Kuala Muda Kedah

ID : tm3403615007


Penggunaan Sprinkler Dalam Meningkatkan Pengeluaran
Benih Udang Galah


Satu teknik bagi mengatasi masalah ini di hatcheri telah dibangunkan iaitu dngan menggunakan sprinkler (alat penyiram) yang dipasang di dalam tangki asuhan benih. Penggunaan sprinkler telah membantu mengurangkan masalah kematian benih udang galah yang melekat pada dinding tangki dan sekaligus meningkatkan pengeluaran benihudang galah. Sprinkler dipasang dalam tangki pembenihan bermula pada peringkat 10 pembenihan mengikut kesesuaian dan keadaan tangki. Sprinkler dipasang di dalam atau di bahagian atas tangki. Alat ini akan menyemburkan air pada bahagian dinding tangki secara sekata dan seterusnya menolak larva yang melekat pada dinding
supaya jatuh kembali ke dalam tangki. Jumlah dan bilangan sprinkler bergantung kepada saiz tangki. Tangki berisipadu 2-3 tan hanya memerlukan satu unit sprinkler sahaja yang berharga RM 70.00.

Kota Kuala Muda Kedah

ID : tm3403715008


PrimZeat : Makanan lembab induk udang dan ikan laut bebas penyakit

Penghasilan makanan pematangan induk udang bebas penyakit (PrimEZeat) terdiri dari bhan-bahan segar yang diketahui formulasinya dalam bentuk pes melekit.Disediakan dengan pensterilan secara pemanasan untuk menghasilkan produk makanan lembab khas pematangan induk udang galah,udang laut dan ikan laut.Kajian pemakanan yang dilaksanakan keatas induk udang harimau dan udang galah berjaya menunjukkan bahawa PrimEZeat tidak membawa kesan negatif keatas kesihatan udang harimau Fekunditi induk udang galah yang diberi PrimEZeat didapati setara berbanding induk udang galah yang diberi makanan konvensional.

Kota Kuala Muda Kedah

ID : tm3403815009


Protokol Ternakan Mikroalga Effisien Meningkatkan Produktiviti Ikan Marin

Inovasi yang dibangunkan adalah kaedah menggunakan pensterilan dry vapour. Teknik ini menggunakan inkubator yang diubahsuai menjadi oven pemanas pada suhu 125C untuk 2 jam atau 70C untuk 4 jam. Suhu ini sesuai untuk pensterilan air laut bagi tujuan ternakan mikroalga dalam kelalang 2 L. Kaedah ini dapat mensterilkan lebih banyak isipadu air laut berbanding dengan autoklaf yang hanya mempunyai isipadu pensterilan yang kecil.Kepekatan sel Nannochloropsis mencapai 50 juta sel/ml menyamai dengan kaedah menggunakan autoklaf. Ternakan 30 L dalam makmal basah dengan pendingin hawa dapat dielakkan dengan digantikan ternakan di luar bangunan dalam tangki kaca 50 L. Ini telah menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Kota Kuala Muda Kedah

ID : tm3403915010


Sistem Aruhan Zooplankton Dalam Ternakan Udang Harimau

Sistem ini dapat meningkatkan jumlah zooplankton di dalam kolam
ternakan udang marin dengan menggunakan detritus. Detritus
diperolehi daripada bahan-bahan terbuang, murah dan mudah
diperolehi seperti hampas soya, pelet yang rosak, tepung ikan,
dedak padi, sekam dan lain-lain.
Komponen tangki pengasingan terdiri daripada satu unit pam
separa tenggelam, tangki bersaiz 6 X 4 X 3, extension wayar
penyambung, alat pengawal masa (timer), skrin penapis 100 m,
blower dan paip. Pam bersaiz kecil adalah memadai untuk tujuan
pengepaman air dari kolam ke tangki pengasingan.

Kota Kuala Muda Kedah

ID : tm3318514156


Intelligent Real-time integrated system for sustainability(IRISS)

Intelligent real time integrated system for sustainability(IRISS) is designed to transform the collecting data method to measure the impact towards the environment before, during and after the development. IRISS provides the data directly through the internet of things(IOT), cloud computing and web.

Kuala Kangsar Perak

ID : tm3523615863


BANLAM (Penggera Banjir Malam-Tanpa Wayar)

BANLAM is a wireless alarm system developed to detect flood during nightime. BANLAM is specially designed to be placed outside a home and is very user-friendly.

Sungai Besar Selangor

ID : tm3523715864


Sang Sulam

SANG SULAM is an environmentally friendly project, which incorporated the concept of recycling, energy saving and creativity. SANG SULAM are garden lights which use the solar concept to produce energy.

Sungai Besar Selangor

ID : tm3114112112


Module of Transformational Leadership Development Training Programme

This module is the outcome of the research entitled "A Case Study into Understanding Transformational Leadership in Selected Schools in Malaysia". The research was carried out in its attempt to explore the innovativeness and creativeness of transformative school leadership upon schools and its performances of students and teachers. The findings suggested that the dominant characteristics of transformational leadership amongst the teacher leaders are risk taking, visionary and value driven. The findings also revealed that transformational leaders played significant role in empowering followers and had the desire for learning.

Tanjong Malim Perak

STEM Roll-A-Dice

ID : tm3468215455


STEM Roll-A-Dice

"STEM Roll-A-Dice" merupakan inovasi gamifikasi PdPc yang menerapkan komponen-komponen pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Matlamat pembinaan permainan ini adalah untuk untuk menyemai minat pelajar terhadap subjek-subjek STEM serta meningkatkan penglibatan mereka dalam menceburi bidang-bidang kerjaya STEM. Berkonsepkan kerangka papan permainan, inovasi ini berbeza daripada papan permainan konvensional kerana mengintegrasikan teknologi Realiti Berparanta ataupun lebih dikenali Augmented Reality (AR). Papan permainan menampilkan 5 bidang kerjaya berkaitan STEM iaitu pendidikan, pertanian, industri, robotik dan perubatan. Keseluruhannya, papan permainan ini mengandungi sebanyak 250 soalan berkaitan pendidikan STEM yang terpapar secara rawak. Tinjauan pasaran mendapati prototaip STEM Roll-A-Dice berupaya menarik minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendidikan STEM. Selain itu, testimonial pengguna menunjukkan animasi 3D melalui teknologi AR serta paparan papan permainan sangat mengujakan mereka. Mereka merasakan inovasi ini sesuai dijalankan oleh guru-guru atau pendidik yang ingin mengimplementasi PdPc abad ke-21 atau Blended Learning. Buat masa ini, aplikasi yang dimuat naik di Google Play mengandungi soalan-soalan dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, proses terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sedang dijalankan bagi memenuhi permintaan antarabangsa. Adalah menjadi harapan penyelidik agar inovasi ini digunakan oleh semua lapisan masyarakat bagi mendedahkan mereka terhadap pendidikan STEM.

Tanjong Malim Perak

Displaying 1 - 24 of 24

To Register New Technology and Product Click Here