Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3406115032


Sistem Maklumat Inventori

Sistem Maklumat Inventori (SISMAI) telah dibangunkan pada
tahun 2004 oleh Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRI) bagi merekod maklumat aset yang terdapat di FRI, Batu Maung, Pulau Pinang. Sistem ini mampu untuk menyimpan rekod serta mempunyai kemudahan penyediaan laporan aset. Sistem ini
dibangunkan dengan menggunakan platform Microsoft Access versi 2002. Maklumat yang direkodkan adalah butiran perolehan aset, penempatan, penyelenggaraan, pelupusan, serta pemeriksaan yang terdapat dalam kad aset Kew. 312. Sistem ini menyediakan kemudahan carian melalui pilihan nombor siri, item, kategori aset serta nama pegawai. Catatan berkaitan pembaikan peralatan dapat direkodkan dengan baik bagi membantu proses pertimbangan pelupusan kelak. Menggunakan kaedah ini dapat menjimatkan tempoh masa carian, pengumpulan maklumat serta menjimatkan ruang penyimpanan fail secara fizikal. Laporan-laporan berkaitan aset seperti jumlah aset dan kos dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat memandangkan sistem ini mempunyai kemudahan untuk penyediaan maklumat tersebut. FRI telah berjaya merekod semua aset ke dalam sistem ini bagi membantu kerja-kerja penyelenggaraan aset.

Batu Maung Pulau Pinang

ID : tm3406215033


Fish Profile Information System

Fish Profile Information Sistem merupakan pangkalan data yang
telah dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung, Pulau Pinang pada tahun 2005. Sistem ini dibangunkan bagi tujuan mengenalpasti spesies ikan memandangkan kekurangan pakar taksonomi dan buku-buku rujukan untuk proses identifikasi. Sistem ini merupakan pangkalan data yang dibangunkan bagi menyimpan maklumat ikan marin, air tawar dan udang di Malaysia. Maklumat spesies ikan yang terdapat di dalam sistem ini fokus kepada ciri-ciri penting idenfikasi secara bergambar bagi memudahkan kerja-kerja identifikasi. Terdapat juga kemudahan carian spesies ikan melalui
bentuk ekor dan badan. Kemudahan ini dapat menjimatkan masa
carian bagi mengenalpasti spesies ikan serta dapat mengatasi
masalah kesilapan identifikasi. Spesies-spesies ikan yang terdapat di dalam pangkalan data ini kumpul melalui pendaratan ikan di pangkalan serta pemancing. Gambar-gambar yang diambil diproses untuk tujuan pengecaman sebelum dimasukan ke dalam pangkalan data. Laporan-laporan juga disediakan untuk kemudahan penyediaan laporan yang diperlukan dalam tempoh masa yang singkat. Sistem ini boleh diakses melalui laman web Jabatan Perikanan Malaysia di www.dof.gov.my di bawah Bahagian Penyelidikan.

Batu Maung Pulau Pinang

ID : tm3406315034


e-LIBRARY : Sistem Perpustakaan Elektronik Institut
Penyelidikan Perikanan


Sistem e-Library IPP disasarkan untuk memperbaiki kelemahan pada
sistem tradisional yang digunakan sekarang. Beberapa ciri baru untuk
pihak pentadbir sistem dan pengguna telah diperkenalkan, seperti
berikut:
i) Pentadbir Sistem
??? Cara yang lebih mudah dan cepat untuk mengemaskini dan
mengendalikan rekod material
??? Membolehkan pentadbir mengawaselia pergerakan material
dan mengeluarkan notis pemulangan secara automatik
menerusi e-mel.
??? Sistem sandaran dan sistem keselamatan diujudkan.
??? Membolehkan pentadbir menguruskan sumber material di
samping membekalkan informasi material yang ada.
ii) Pengguna
??? Akses sistem secara online.
??? Kemudahan tempahan awal (advance booking).
??? Kemudahan untuk mencetak keputusan pencarian atau
menyimpannya sebagai salinan fail (soft-copy).
??? Sistem depositori, bagi pengguna yang ingin menyumbangkan
hasil kerja mereka dalam format salinan fail ke dalam arkib
perpustakaan.
Berdasarkan ciri inovasi yang dinyatakan di atas, sistem e-Library akan dibahagikan kepada dua komponen utama:
1. Perpustakaan digital : Akses secara online
: Pembelajaran secara kendiri
: Memaparkan informasi pada skrin PC
pengguna
2. Perpustakaan fizikal : Material yang tidak boleh didapati dalam
bentuk salinan fail
: Memaksimakan penggunaan bahan
bercetak
: Akses kepada material, Internet dan CD

Sistem ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan yang digariskan
oleh pihak pengurusan IPP, seperti berikut:
??? Membekalkan bahan material secara ???one-stop???.
??? Membolehkan aktiviti pemprosesan informasi dilakukan dengan
menggunakan teknologi rangkaian.
??? Membenarkan kakitangan IPP mengakses sistem secara online.
??? Mengujudkan sebuah organisasi pembelajaran di IPP.
Applikasi e-Library ini menggunakan pendekatan berpandukan menu bagi membolehkan pengguna mengakses informasi di dalamnya dengan mudah dan berkesan.

Batu Maung Pulau Pinang

ID : tm3499915626


Selective Leverage System

The invention relates to improve performance of a device having a pulsing behavior input or output such as engines and other cyclically devices. This solution includes a selective leverage system gear train that uses leverage principle to improve performance of compressors, alternators, etc.

Batu Maung Johor

ID : tm3318514156


Intelligent Real-time integrated system for sustainability(IRISS)

Intelligent real time integrated system for sustainability(IRISS) is designed to transform the collecting data method to measure the impact towards the environment before, during and after the development. IRISS provides the data directly through the internet of things(IOT), cloud computing and web.

Kuala Kangsar Perak

ID : tm203611408


Electron Beam Irradiation Facility

Sterilization / Irradiation of Medical Devices using electron beam technology. However this technology is not limited to sterilization of medical device only. It can also be utilize in sterilization for F&B industry, cross linking of polymers and also gem stone industry.

Port Klang Selangor

ID : tm3492215549


Electron Beam Irradiation Facility

Irradiation sterilization using electron beam technology.

Port Klang Selangor

ID : tm3114112112


Module of Transformational Leadership Development Training Programme

This module is the outcome of the research entitled "A Case Study into Understanding Transformational Leadership in Selected Schools in Malaysia". The research was carried out in its attempt to explore the innovativeness and creativeness of transformative school leadership upon schools and its performances of students and teachers. The findings suggested that the dominant characteristics of transformational leadership amongst the teacher leaders are risk taking, visionary and value driven. The findings also revealed that transformational leaders played significant role in empowering followers and had the desire for learning.

Tanjong Malim Perak

STEM Roll-A-Dice

ID : tm3468215455


STEM Roll-A-Dice

"STEM Roll-A-Dice" merupakan inovasi gamifikasi PdPc yang menerapkan komponen-komponen pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Matlamat pembinaan permainan ini adalah untuk untuk menyemai minat pelajar terhadap subjek-subjek STEM serta meningkatkan penglibatan mereka dalam menceburi bidang-bidang kerjaya STEM. Berkonsepkan kerangka papan permainan, inovasi ini berbeza daripada papan permainan konvensional kerana mengintegrasikan teknologi Realiti Berparanta ataupun lebih dikenali Augmented Reality (AR). Papan permainan menampilkan 5 bidang kerjaya berkaitan STEM iaitu pendidikan, pertanian, industri, robotik dan perubatan. Keseluruhannya, papan permainan ini mengandungi sebanyak 250 soalan berkaitan pendidikan STEM yang terpapar secara rawak. Tinjauan pasaran mendapati prototaip STEM Roll-A-Dice berupaya menarik minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendidikan STEM. Selain itu, testimonial pengguna menunjukkan animasi 3D melalui teknologi AR serta paparan papan permainan sangat mengujakan mereka. Mereka merasakan inovasi ini sesuai dijalankan oleh guru-guru atau pendidik yang ingin mengimplementasi PdPc abad ke-21 atau Blended Learning. Buat masa ini, aplikasi yang dimuat naik di Google Play mengandungi soalan-soalan dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, proses terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sedang dijalankan bagi memenuhi permintaan antarabangsa. Adalah menjadi harapan penyelidik agar inovasi ini digunakan oleh semua lapisan masyarakat bagi mendedahkan mereka terhadap pendidikan STEM.

Tanjong Malim Perak

Displaying 1 - 9 of 9

To Register New Technology and Product Click Here