Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3355514526


Smart Facility Management System

Smart Facility (SMF) adalah salah satu modul
SmartCity service engine yang dibangunkan
menggunakan teknologi geospatial. SMF
membantu pihak berkuasa tempatan
menguruskan fasiliti di bawah seliaan mereka
dengan lebih berkesan, sistematik dan cekap
dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan kerajaan tempatan kepada
masyarakat

Banting Selangor

ID : tm3355614527


Smart Complaint Module

Membantu pihak berkuasa tempatan
menguruskan aduan dengan lebih berkesan,
sistematik dan cekap dalam usaha meningkatkan
kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan
tempatan kepada masyarakat

Banting Selangor

ID : tm3355714528


My-Iono (web-based)

My-Iono merupakan sistem pemantauan ionofera dalam bentuk webbased yang memberikan informasi berkenaan kondisi ionosfera di Malaysia dalam masa hampir nyata (near real time). Ionosfera merupakan lapisan berion dalam atmosfera bumi yang kondisinya sentiasa berubah mengikut masa dan lokasi geografi. Aktiviti ionosfera dipengaruhi oleh
kitaran dan aktiviti matahari yang merujuk kepada (interaksi di antara) bumi dan matahari yang secara umum dikenali sebagai Cuaca Angkasa(Space Weather). Dalam bidang komunikasi jarak jauh, lapisan ionosfera memainkan peranan penting sebagai lapisan pemantul yang membolehkan
komunikasi berlaku. Manakala dalam bidang navigasi, ionosfera merupakan penyumbang ralat terbesar yang boleh memudaratkan kualiti isyarat satelit navigasi dari segi ketepatan kedudukan. Aktiviti ionosfera di kawasan khatulistiwa adalah lebih tinggi dan sukar untuk diramal,
oleh itu, pemantauan ionosfera secara berterusan adalah amat penting dan perlu diberi perhatian terutamanya untuk aplikasi yang memerlukan isyarat berkualiti dan berketepatan tinggi seperti sektor penerbangan.

Banting Selangor

ID : tm3355814529


Malaysian GNSS/DGPS Integrity System (web-based)

Produk ini merupakan sistem pemantauan integriti terhadap
isyarat satelit navigasi GNSS dan DGPS yang diterima di Malaysia supaya selamat dan mencapai tahap output yang optimum untuk pengguna tempatan. Data-data GNSS dan DGPS dipantau setiap masa menerusi 3 peringkat iaitu (i) peringkat sistem satelit (system-level), (ii) infra darat (ground-level) dan juga (ii) peringkat pengguna (user-level). Pengguna boleh mengakses laman web khas untuk mendapat maklumat yang komprehensif tentang status kualiti isyarat satelit yang diterima. Sekiranya terdapat masalah atau kemusykilan terhadap kualiti isyarat satelit, satu notis amaran akan dihantar kepada pengguna. Kerja-kerja di sektor pengukuran dan pemetaan, navigasi dan penentududukan yang memerlukan ketepatan tinggi amat memerlukan maklumat-maklumat ini.

Banting Selangor

ID : tm3352414495


Non-Chemical retardant agents in producing precipitated calcium carbonate (PCC)

Precipitated calcium carbonate (PCC) has been used as filler in many production line such as manufacturing of paper, rubber, paint and etc. In this invention, non-chemical retardant agent has been introduce to substitute the usage of chemical retardant agent in the PCC manufacturing process.

Ipoh Perak

ID : tm3352514496


IN-SITU TECHNIQUE FOR PAPER MAKING

Kertas percetakan yang menggunakan batu kapur bergred tinggi sebgagai bahan pengisi merupakn satu kaedah biasa yang diamalkan oleh pengamal industri kertas. Namun begitu, penyelidikan ini telah membuka satu lagi peluang penggunaan batu kapur yang lebih meluar apabila pelbagai gred boleh digunakan. Melalui penyelidikan ini, kertas cetak telah berjaya dihasilkan dengan menggunakan kaedah in-situ yang menggabungkan dua (2) proses utama iaitu penghasilan kalsium karbonat termendak dan pemendakannya ke atas pulpa untuk menghasilan kertas berlaku secara serentak. Teknik ini juga berjaya menyelesaikan masalah sisa buangan berjadual dari industri gas asitilena yang boleh digunakan dalam penghasilan kertas. Sisa buangan gas karbon dioksida juga boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan produk kertas. Secra tidak langsung penyelidikan ini boleh dikategorikan sebgai teknolog hijau.

Ipoh Perak

ID : tm3352614497


ENRICHMENT OF IRON ORE CONCENTRATION FROM CHALLENGING IRON ORE SULPHIDE DEPOSIT

Memproses bijih besi menggunakan kaedah teknologi hijau yang dapat meningkatkan gred bijih besi kepada gred kosentrat besi komersial dengan mencapai piawaian (Standard) antarabangsa serta dapat mengekalkan kelestarian/kemampanan (sustainable) Sumber mineral tempatan.

Ipoh Perak

ID : tm3352714498


Eco Green Paper : Carbide Lime Waste as Paper Filler

In this invention, the carbide lime (scheduled waste under EQA 1974) generated from the acetylene gas industry is being used as starting material to produce precipitated calcium carbonate (filler) to reduce the pulp usage in paper making. The material & technique applied are environmental friendly.

Ipoh Perak

ID : tm3352814499


Bench Scale Flotation of Feldspar Using Non-toxic Activator and Mixed Cationic/Anionic Collector

The invention is developing a bench scale flotation of feldspar using sulphuric acid acts as an activator (to replace hidrofluoric acid) with a mixed cationic/anionic collector (n-tallow 1, 3-propanediamine-dioleate), thereby create environmental friendly & reducing cost required for treatment plant.

Ipoh Perak

Displaying 1 - 9 of 9

To Register New Technology and Product Click Here