Skip to main content
x

TECHMart

MASTIC provides a platform for technology transfer to enhance the application of local technology towards the development of the country's S&T capabilities. This database contained information on local products or technologies with potential for commercialisation resulting from R&D activities. This showed a selected products or technologies in TECHMart database.

Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3355514526


Smart Facility Management System

Smart Facility (SMF) adalah salah satu modul
SmartCity service engine yang dibangunkan
menggunakan teknologi geospatial. SMF
membantu pihak berkuasa tempatan
menguruskan fasiliti di bawah seliaan mereka
dengan lebih berkesan, sistematik dan cekap
dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan kerajaan tempatan kepada
masyarakat

Banting Selangor

ID : tm3355614527


Smart Complaint Module

Membantu pihak berkuasa tempatan
menguruskan aduan dengan lebih berkesan,
sistematik dan cekap dalam usaha meningkatkan
kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan
tempatan kepada masyarakat

Banting Selangor

ID : tm3355714528


My-Iono (web-based)

My-Iono merupakan sistem pemantauan ionofera dalam bentuk webbased yang memberikan informasi berkenaan kondisi ionosfera di Malaysia dalam masa hampir nyata (near real time). Ionosfera merupakan lapisan berion dalam atmosfera bumi yang kondisinya sentiasa berubah mengikut masa dan lokasi geografi. Aktiviti ionosfera dipengaruhi oleh
kitaran dan aktiviti matahari yang merujuk kepada (interaksi di antara) bumi dan matahari yang secara umum dikenali sebagai Cuaca Angkasa(Space Weather). Dalam bidang komunikasi jarak jauh, lapisan ionosfera memainkan peranan penting sebagai lapisan pemantul yang membolehkan
komunikasi berlaku. Manakala dalam bidang navigasi, ionosfera merupakan penyumbang ralat terbesar yang boleh memudaratkan kualiti isyarat satelit navigasi dari segi ketepatan kedudukan. Aktiviti ionosfera di kawasan khatulistiwa adalah lebih tinggi dan sukar untuk diramal,
oleh itu, pemantauan ionosfera secara berterusan adalah amat penting dan perlu diberi perhatian terutamanya untuk aplikasi yang memerlukan isyarat berkualiti dan berketepatan tinggi seperti sektor penerbangan.

Banting Selangor

ID : tm3355814529


Malaysian GNSS/DGPS Integrity System (web-based)

Produk ini merupakan sistem pemantauan integriti terhadap
isyarat satelit navigasi GNSS dan DGPS yang diterima di Malaysia supaya selamat dan mencapai tahap output yang optimum untuk pengguna tempatan. Data-data GNSS dan DGPS dipantau setiap masa menerusi 3 peringkat iaitu (i) peringkat sistem satelit (system-level), (ii) infra darat (ground-level) dan juga (ii) peringkat pengguna (user-level). Pengguna boleh mengakses laman web khas untuk mendapat maklumat yang komprehensif tentang status kualiti isyarat satelit yang diterima. Sekiranya terdapat masalah atau kemusykilan terhadap kualiti isyarat satelit, satu notis amaran akan dihantar kepada pengguna. Kerja-kerja di sektor pengukuran dan pemetaan, navigasi dan penentududukan yang memerlukan ketepatan tinggi amat memerlukan maklumat-maklumat ini.

Banting Selangor

Displaying 1 - 4 of 4

To Register New Technology and Product Click Here