Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3444715418


Tilapia Egg Incubator TEI4

Inovasi yang dihasilkan iaitu alat inkubator telur TEI4 yang bertindak sebagai alat untuk mengeramkan telur tilapia menggantikan fungsi pengeraman yang berlaku di dalam mulut induk betina. Alat ini adalah mudah alih dengan kos yang mampu milik oleh penternak kecil. Apabila telur telah menetas, anak ikan yang telah berenang dengan sempurna akan berada di permukaan air dan kemudiannya akan turun mengikut aliran air masuk ke dalam hapa.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3444915420


PS Aquatics : Produk Artemia Berkualiti Tinggi

PS Aquatics adalah Artemia proses berkualiti tinggi. Artemia
merupakan makanan utama dalam proses pembenihan kebanyakan
spesis akuakultur dan ikan hiasan. Artemia di bawah jenama PS
Aquatics dihasilkan dengan persijilan MyGAP dan dengan sistem
kualiti berdasarkan HACCP bagi memastikan produk yang dihasilkan bebas daripada patogen penyebab penyakit yang boleh merencat industri akuakultur. Produk PS Aquatic yang berasaskan Artemia adalah dalam bentuk naupli dan biojisim yang asal dan produk tambah baik berasaskan keduanya. Antara produk tambah baik adalah Artemia mentah naupli dan biojisim segar hidup, Artemia naupli dan biojisim mentah sejuk beku, Artemia sejuk kering dan pellet Artemia. Kepelbagaian produk berasaskan Artemia untuk industri akuakultur dan ikan hiasan bermatlamat untuk memudahkan penggunaan tanpa memberi perubahan kepada pada profil kualiti asal Artemia. Selain itu, produk tambah baik ini juga memudahkan penggunaan, penggendalian dan juga simpanan.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445315424


Kit Akuaplant

Kit untuk menghasilkan sendiri tumbuhan akuatik
menggunakan kaedah tisu kultur

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3445415425


Kaedah Krioawetan
Sperma Dan Persenyawaan
In Vitro Ikan Kelah (Tor sp.)


Kriobank sperma ikan merupakan satu bentuk bank gen yang
berfungsi untuk menyimpan sperma ikan untuk jangka masa panjang dengan kaedah krioawet pada suhu lampau sejuk menggunakan cecair nitrogen (-196C). Kemandirian sel sperma krioawet masih terpelihara dan boleh digunakan untuk mensenyawakan telur pada masa akan datang. Kriobank sperma ikan air tawar FRI Glami Lemi telah diwujudkan pada tahun 2008. FRI Glami Lemi merupakan antara institusi perintis di Malaysia yang menjalankan kajian dalam pengkriobankan sperma ikan. Inovasi ini menghasilkan teknologi pengkrioawetan sperma dan pembenihan menggunakan sperma krioawet pada Tor spp.Sperma krioawet bagi Tor spp. telah berjaya mensenyawakan telur dan menghasilkan anak ikan kelah yang sihat. Hasil inovasi ini juga mendapati sperma krioawet Tor spp. yang telah disimpan selama enam tahun masih berjaya menetaskan telur dan prestasi penetasan tiada perbezaan dengan sperma krioawet yang baru dikrioawet.

Jelebu Negeri Sembilan

ID : tm3446015431


SitroPro : Ekstrak Herba Sabagai Rawatan Alternatif Terhadap Jangkitan Parasit Protozoa Pada Ikan Marin Ternak

Penggunaan SitroPro telah berjaya mengatasi masalah jangkitan penyakit Hexamitiasis dan Trichodiniasis di FRI Gelang.Selain itu , rawatan menggunakan bahan semulajadi terhadap jangkitan ikan ternakan adalah salah satu alternatif yang lebih selamat untuk meningkatkan produktiviti industri akuakultur , seterusnya dapan menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna.

Johor Bahru Johor

ID : tm3446215433


Kaedah Penternakan Dan Penghasilan Artemia Dewasa Secara Intensif Bagi Bekalan Makanan Rega Ikan Marin

Bagi tujuan menyediakan prasarana dan teknologi penghasilan
Artemia biojisim secara intensif atau satu modul penghasilan
diwujudkan dengan penghasilan 1 kg biojisim/tan isipadu ternakan.
a) Kemudahan Ternakan
Kemudahan ini terdiri dari tangki gentian kaca (650 L). Tangki tersebut dipasangkan empat tiub pengudaraan untuk bekalan oksigen dan bagi menjamin taburan makanan dan taburan
ternakan yang efisien. Air ternakan disedia pada kemasinan 30
ppt yang terlebih dahulu disteril dengan bahan aktif klorin.
b) Keperluan Sista Artemia dan Pemakanannya
Sejumlah 20 g sista Artemia ditetaskan untuk hasilkan purata
3 juta naupli dan membentuk kepadatan dalam tangki pada
5,000/L. Semasa ternakan, makanan yang diberi ialah dedak
beras yang disaring dengan penapis bersaiz mata 50 m. Kadar pemberian makanan adalah 50 g dedak pada hari pertama diikuti 20 g sekali penggunaan untuk tiga kali aplikasi sehari pada jam 0800, 1200 dan 1600.
c) Pengurusan Ternakan
Pertukaran air pada kadar 30% pada hari kelima dan 20% selang
sehari dilakukan untuk mengekalkan mutu air ternakan pada
tahap optima. Bagi tujuan ini, dua jenis penapis kecil bersaiz mata 150 m dan 350 m disediakan. Tiub getah dengan diameter 15-20 mm dijadikan hos supaya tekanan tarikan semasa pertukaran air diminimumkan.
d) Hasil
Biojisim Artemia (dewasa) bersaiz 0.4-0.5 cm TL selepas 10-12
hari ternakan boleh dituai pada kadar purata 250,000 ekor atau10% kadar kemandirian Biojisim Artemia. Ia sedia untuk diberimakan kepada rega ikan sementara menunggu tempoh peralihan kepada makanan jenis rumusan.

Johor Bahru Johor

ID : tm3520015827


Double Swing Hygiene Smart Cap

Double swing hygiene smart cap, the cap opens automatically when the bottle is titled and closes when it is upright. Nozzle hole size- design with a large and small diameters. Easy to control the liquid flow. Lock and seal feature for both nozzles. Suitable for all glass and plastic bottles.

Johor Bahru Johor

Displaying 1 - 7 of 7

To Register New Technology and Product Click Here