Skip to main content
Type a word
Category of Technology / Product

ID : tm3405215023


Activate CII Facial Cleanser

Activate CII Facial Cleanser diformulasikan menggunakan
sumber daripada kelapa sawit dan arang yang diaktifkan.
Produk ini mampu membersihkan muka secara mendalam
dan mengecilkan pori-pori serta mencegah jerawat. Produk ini
juga mengandungi Vitamin C yang membantu menegang dan
membaiki kerosakan kulit.

Gelugor Pulau Pinang

ID : tm3405315024


Carica Oral Rehydration Salt (ORS)

Campuran ekstrak sebatian semulajadi daripada
daun betik dan juga garam

Gelugor Pulau Pinang

ID : tm3405415025


Carica Scrub

Carica Scrub adalah skrub yang boleh digunakan pada
keseluruhan muka dan badan. Skrub ini diformulasikan
menggunakan minyak dan biji betik semulajadi yang mempunyai
banyak khasiat seperti antibakteria yang efektif melawan
bakteria. Biji betik juga merupakan agen pengelupasan
semulajadi yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati
bagi penghasilan sel kulit yang baru.

Gelugor Pulau Pinang

ID : tm3405515026


Carica Soluble Tablet

Tablet hasil daripada ekstrak daun betik

Gelugor Pulau Pinang

ID : tm3405615027


Evidence Based Ginger Drinks

Produk minuman semula jadi, selamat dan
merupakan minuman kesihatan yang
mengandungi eksrak pelbagai jenis halia

Gelugor Pulau Pinang

ID : tm3405715028


IPHARMatix Spa Packages

Produk kecantikan dan kesihatan yang telah diuji
secara saintifik dan diyakini selamat untuk
digunakan

Gelugor Pulau Pinang

ID : tm3405815029


Napur Insect Repellent

Napur adalah losyen yang diaplikasikan pada kulit yang dirumus khas untuk mengusir nyamuk, semut, pepijat dan serangga lain. Dengan ekstrak semula jadi Cymbopogon nardus yang terkenal dengan potensi menangkis pelbagai jenis serangga, ia mampu memberikan perlindungan yang tahan lama. Bau Napur yang nyaman dan menyegarkan amat sesuai kepada pengguna yang gemar akan produk mesra alam sekitar.

Gelugor Pulau Pinang

ID : tm3405915030


NaPur Moisturizer Hand Sanitizer

Nano Moisturizer Hand Sanitizer diformulasikan menggunakan
Hamin, yang diperbuat daripada minyak sawit dan etanol.
Berasaskan bahan utama semula jadi daripada tumbuhan dan
tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya, sanitiser ini
mampu membersihkan dan melembapkan kulit. Dirumus khas
untuk perlindungan yang berpanjangan terhadap kuman dan
bakteria yang boleh digunakan secara berterusan pada bilabila
masa dan di mana sahaja.

Gelugor Pulau Pinang

ID : tm3406015031


Natural poly (3-hydroxyalkanoates) with 6,8,10,12 & 14 C-alkyl chains

Biodegradable poly (hydroxyalkanoates) are truly biodegradable plastics with unique biocompatible properties. Three different biodegradable polymers namely poly (hydroxybutyrate), poly(hydroxybutyrate-co-valerate) and poly (hydroyalkanoates) with 6,8,10,12 & 14 C alkyl chains have been produced through microbial fermentation processes using palm oil as a substrate. Two potential uses of these polymers are biodegradable packing and in pharmaceutical emulsion system.

Gelugor Pulau Pinang

ID : tm3406115032


Sistem Maklumat Inventori

Sistem Maklumat Inventori (SISMAI) telah dibangunkan pada
tahun 2004 oleh Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRI) bagi merekod maklumat aset yang terdapat di FRI, Batu Maung, Pulau Pinang. Sistem ini mampu untuk menyimpan rekod serta mempunyai kemudahan penyediaan laporan aset. Sistem ini
dibangunkan dengan menggunakan platform Microsoft Access versi 2002. Maklumat yang direkodkan adalah butiran perolehan aset, penempatan, penyelenggaraan, pelupusan, serta pemeriksaan yang terdapat dalam kad aset Kew. 312. Sistem ini menyediakan kemudahan carian melalui pilihan nombor siri, item, kategori aset serta nama pegawai. Catatan berkaitan pembaikan peralatan dapat direkodkan dengan baik bagi membantu proses pertimbangan pelupusan kelak. Menggunakan kaedah ini dapat menjimatkan tempoh masa carian, pengumpulan maklumat serta menjimatkan ruang penyimpanan fail secara fizikal. Laporan-laporan berkaitan aset seperti jumlah aset dan kos dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat memandangkan sistem ini mempunyai kemudahan untuk penyediaan maklumat tersebut. FRI telah berjaya merekod semua aset ke dalam sistem ini bagi membantu kerja-kerja penyelenggaraan aset.

Batu Maung Pulau Pinang

ID : tm3406215033


Fish Profile Information System

Fish Profile Information Sistem merupakan pangkalan data yang
telah dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung, Pulau Pinang pada tahun 2005. Sistem ini dibangunkan bagi tujuan mengenalpasti spesies ikan memandangkan kekurangan pakar taksonomi dan buku-buku rujukan untuk proses identifikasi. Sistem ini merupakan pangkalan data yang dibangunkan bagi menyimpan maklumat ikan marin, air tawar dan udang di Malaysia. Maklumat spesies ikan yang terdapat di dalam sistem ini fokus kepada ciri-ciri penting idenfikasi secara bergambar bagi memudahkan kerja-kerja identifikasi. Terdapat juga kemudahan carian spesies ikan melalui
bentuk ekor dan badan. Kemudahan ini dapat menjimatkan masa
carian bagi mengenalpasti spesies ikan serta dapat mengatasi
masalah kesilapan identifikasi. Spesies-spesies ikan yang terdapat di dalam pangkalan data ini kumpul melalui pendaratan ikan di pangkalan serta pemancing. Gambar-gambar yang diambil diproses untuk tujuan pengecaman sebelum dimasukan ke dalam pangkalan data. Laporan-laporan juga disediakan untuk kemudahan penyediaan laporan yang diperlukan dalam tempoh masa yang singkat. Sistem ini boleh diakses melalui laman web Jabatan Perikanan Malaysia di www.dof.gov.my di bawah Bahagian Penyelidikan.

Batu Maung Pulau Pinang

ID : tm3406315034


e-LIBRARY : Sistem Perpustakaan Elektronik Institut
Penyelidikan Perikanan


Sistem e-Library IPP disasarkan untuk memperbaiki kelemahan pada
sistem tradisional yang digunakan sekarang. Beberapa ciri baru untuk
pihak pentadbir sistem dan pengguna telah diperkenalkan, seperti
berikut:
i) Pentadbir Sistem
??? Cara yang lebih mudah dan cepat untuk mengemaskini dan
mengendalikan rekod material
??? Membolehkan pentadbir mengawaselia pergerakan material
dan mengeluarkan notis pemulangan secara automatik
menerusi e-mel.
??? Sistem sandaran dan sistem keselamatan diujudkan.
??? Membolehkan pentadbir menguruskan sumber material di
samping membekalkan informasi material yang ada.
ii) Pengguna
??? Akses sistem secara online.
??? Kemudahan tempahan awal (advance booking).
??? Kemudahan untuk mencetak keputusan pencarian atau
menyimpannya sebagai salinan fail (soft-copy).
??? Sistem depositori, bagi pengguna yang ingin menyumbangkan
hasil kerja mereka dalam format salinan fail ke dalam arkib
perpustakaan.
Berdasarkan ciri inovasi yang dinyatakan di atas, sistem e-Library akan dibahagikan kepada dua komponen utama:
1. Perpustakaan digital : Akses secara online
: Pembelajaran secara kendiri
: Memaparkan informasi pada skrin PC
pengguna
2. Perpustakaan fizikal : Material yang tidak boleh didapati dalam
bentuk salinan fail
: Memaksimakan penggunaan bahan
bercetak
: Akses kepada material, Internet dan CD

Sistem ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan yang digariskan
oleh pihak pengurusan IPP, seperti berikut:
??? Membekalkan bahan material secara ???one-stop???.
??? Membolehkan aktiviti pemprosesan informasi dilakukan dengan
menggunakan teknologi rangkaian.
??? Membenarkan kakitangan IPP mengakses sistem secara online.
??? Mengujudkan sebuah organisasi pembelajaran di IPP.
Applikasi e-Library ini menggunakan pendekatan berpandukan menu bagi membolehkan pengguna mengakses informasi di dalamnya dengan mudah dan berkesan.

Batu Maung Pulau Pinang

ID : tm3406415035


Mass Fry Production of Marine Finfishes in Tank

Technology to produce marine finfish juveniles suitable for grow-out in net-cages and earthern ponds. The process begins with broodstock maintenance and eggs production by natural or induced spawning through hormonal injection.

Besut Terengganu

ID : tm3406515036


Spawning Stretcher : Usungan Pembenihan

Alat ini direka khas bagi membantu kerja-kerja pembenihan
di hatcheri. Sebelum inovasi, pengendalian ikan untuk tujuan
pembenihan dilakukan dengan cara memegang induk dan ini
memerlukan tenaga kerja yang mahir dan ramai. Kerja sebegini
bertambah rumit sekiranya induk itu besar. Alat ini direka bagi
memudahkan kerja pembenihan di samping mengurangkan tekanan
pada ikan. Komponen-komponen Spawning Stretcher adalah beg
anti-stress, rangka penyokong yang diperbuat dari polyvinyl
chloride/besi, ruang gonad dan bekas pengumpul.

Besut Terengganu

ID : tm3406615037


SmartWin:Tiub Sedut Air

Alat ini dihasilkan sebagai sistem alternatif kepada kaedah bekalan air laut sedia ada.SmartWin senang dipasang. Komponen utama SmartWin terdiri dari paip polyvinyl chloride (PVC) bersaiz 8 ince lebar dan 10 kaki panjang. Di bahagian bawah paip diisi dengan gravel bersaiz sederhana. Beberapa lubang (1mm) ditebuk bagi membolehkan air masuk kedalam paip. Air disedut menggunakan paip PVC bersaiz 2 inci yang dipasang di bahagian tengah tiub.

Besut Terengganu

ID : tm3406715038


Sistem Asuhan Cents

Sistem tangki Cheap Efficient Nursery Tank System (CENTS) telah direka bagi mengatasi permasalahan ini. Sistem CENTS ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu 20 unit tangki culvert bersaiz 180 liter, saluran air masuk, saluran air keluar, saluran pengudaraan dan sistem perparitan. Tangki CENTS yang (75 cm diameter, 52 cm tinggi, 45 cm dalam) disusun dalam 2 barisan yang disambungkan secara selari dengan paip bekalan air. Setiap tangki boleh memuatkan 1,000 ekor ikan bersaiz 2-3 cm dan setiap pusingan mengambil masa 4-5 minggu bagi mencapai saiz 7.5-10.0 cm. Pengurusan mutu air bagi sistem CENTS boleh dibuat secara aliran terus atau kitar semula. Kaedah aliran terus melibatkan air dari tangki simpanan mengalir terus ke dalam tangki CENTS dan melimpah keluar ke dalam saluran buangan.

Besut Terengganu

ID : tm3406815039


SirehMAX : Rawatan Herba Akuakultur

SirehMAX adalah rawatan alternatif yang selamat dan berkesan bagi mengawal dan merawat penyakit bakteria pada ikan.SirehMAX merupakan produk daripada ekstrak daun sireh (piper betle).Produk ini mengandungi pelbagai bahan aktif yang mempunyai khasiat astrigen dan antiseptik yang membantu mempercepatkan penyembuhan dengan mengecutkan tisu-tisu organik serta membunuh kuman.Justeru produk berbentuk cecair ini merupakan agen antimikrob yang berkesan dan boleh diguna untuk merawat pelbagai jebis jangkitan bakteria pada ikan.

Besut Terengganu

ID : tm3406915040


Oxygen Stormer Alat untuk Kekalkan Ketepuan Oksigen

Oxygen Stormer merupakan alat yang direka oleh FRI Tg Demong
untuk meningkat dan mengekalkan kadar ketepuan oksigen dalam
tangki takungan dalam masa yang singkat. Komponen-komponen
OS terdiri dari batu pengudaraan, saluran pengagih dan pemberat.
Dengan menggunakan OS, kadar oksigen air laut dalam tangki
takungan dapat ditingkatkan kepada 6.57 (95.5%) dalam masa 2
minit dan kepada 7.23 ppm (103.1%) dalam masa 1 jam.

Besut Terengganu

ID : tm3407015041


Fish Egg Harvester

Satu rekabentuk pemungut ideal dari segi keupayaan untuk
memungut telur yang tersenyawa telah di hasilkan oleh FRI Tg.
Demong. Komponen Fish Egg Harvester adalah, tangki gentian
kaca bulat, hapa 400 m dan polyvinyl chloride (PVC). Telur yang tersenyawa dalam tangki pembenihan akan mengalir keluar secara terus ke dalam Fish Egg Harvester di mana telur-telur tersebut akan dikumpul dan dibersihkan sebelum dimasukkan ke tangki asuhan. Inovasi ini berjaya menjimatkan masa, kos, meningkatkan produktiviti serta mudah digunakan.

Besut Terengganu

ID : tm3407115042


S-TED : Peranti Penyisih Penyu

Dungun Terengganu

Displaying 1 - 20 of 20

To Register New Technology and Product Click Here