Skip to main content
GUMMY SEMASHUR
tm3521615843
Category of Technology / Product
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

GUMMY SEMASHUR merupakan produk inovasi SM Sains Hulu Selangor yang mempunyai keupayaan yang besar dalam pasaran kerana produk ini bukan sahaja mampu untuk menjadi satu bahan pelekat tetapi merupakan pelaburan untuk menyelamatkan persekitaran. Gummy SEMASHUR adalah salah satu bahan yang signifikan dalam kehidupan masyarakat. Bahan ini telah menunjukkan kepentingan disebabkan kebolehannya untuk menggabungkan dua permukaan yang sama mahupun berbeza. Seperti yang kita lihat dasawarsa ini, persekitaran kita telah dicemari dengan teruknya oleh polistirena kerana sifatnya yang sangat lambat terurai. Disebabkan itu, satu kajian yang baharu telah dimulakan untuk membuat bahan pelekat dengan menggunakan polistirena. Produk ini terhasil daripada campuran alkohol, petrol dan polistirena dengan nisbah tertentu yang menghasilkan sebatian yang likat.
Antara pengguna yang disasarkan dalam mengkomersialkan Gummy SEMASHUR adalah pengguna dari sekolah-sekolah, universiti-universiti dan pusat-pusat pentadbiran awam dan swasta. Disebabkan bahan pelekat yang dijual di pasaran sekarang tidak menepati kehendak pengguna secara optimum, maka lahirlah produk Gummy SEMASHUR ini. Kami berharap, dengan terhasilnya GUMMY SEMAHSUR ini, mampu menjadi satu alternatif untuk menghapuskan polistirena serta mengurangkan pembakaran dan pencemaran.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
No
Other IP Protection
No
Organization Name
Organization Category
Address

SM SAINS HULU SELANGOR,
HULU YAM BHARU,

44300 Batang Kali
Selangor
Malaysia

Full Name [1]
PUAN LISNEZA BINTI ROSELI
Email [1]
Lisnezaroseli@gmail.com