Skip to main content
Kaedah Penternakan Dan Penghasilan Artemia Dewasa Secara Intensif Bagi Bekalan Makanan Rega Ikan Marin
tm3446215433
Category of Technology / Product
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

Bagi tujuan menyediakan prasarana dan teknologi penghasilan
Artemia biojisim secara intensif atau satu modul penghasilan
diwujudkan dengan penghasilan 1 kg biojisim/tan isipadu ternakan.
a) Kemudahan Ternakan
Kemudahan ini terdiri dari tangki gentian kaca (650 L). Tangki tersebut dipasangkan empat tiub pengudaraan untuk bekalan oksigen dan bagi menjamin taburan makanan dan taburan
ternakan yang efisien. Air ternakan disedia pada kemasinan 30
ppt yang terlebih dahulu disteril dengan bahan aktif klorin.
b) Keperluan Sista Artemia dan Pemakanannya
Sejumlah 20 g sista Artemia ditetaskan untuk hasilkan purata
3 juta naupli dan membentuk kepadatan dalam tangki pada
5,000/L. Semasa ternakan, makanan yang diberi ialah dedak
beras yang disaring dengan penapis bersaiz mata 50 m. Kadar pemberian makanan adalah 50 g dedak pada hari pertama diikuti 20 g sekali penggunaan untuk tiga kali aplikasi sehari pada jam 0800, 1200 dan 1600.
c) Pengurusan Ternakan
Pertukaran air pada kadar 30% pada hari kelima dan 20% selang
sehari dilakukan untuk mengekalkan mutu air ternakan pada
tahap optima. Bagi tujuan ini, dua jenis penapis kecil bersaiz mata 150 m dan 350 m disediakan. Tiub getah dengan diameter 15-20 mm dijadikan hos supaya tekanan tarikan semasa pertukaran air diminimumkan.
d) Hasil
Biojisim Artemia (dewasa) bersaiz 0.4-0.5 cm TL selepas 10-12
hari ternakan boleh dituai pada kadar purata 250,000 ekor atau10% kadar kemandirian Biojisim Artemia. Ia sedia untuk diberimakan kepada rega ikan sementara menunggu tempoh peralihan kepada makanan jenis rumusan.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
No
Other IP Protection
No
Organization Name
Organization Category
Address

Fisheries Research Institute (FRI) Gelang Patah, Gelang Patah,
81550 Johor Bahru
Johor
Malaysia

Full Name [1]
Dr. Mohd. Fariduddin bin Othman
Email [1]
fariduddin@dof.gov.my