- Description
- Intellectual Property
- Corporate Information
- Contact
Fisheries Research Institute (FRI) Gelang Patah atau sebelum
ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau telah mengubahsuai kolam asuhan biasa tanpa menjejaskan fungsi asal. Ini dibuat dengan membina sebuah parit konkrit (1.0 m lebar dan 0.7 m panjang) serta mencuram dari pintu air masuk sehingga ke pintu air keluar. Kelebaran parit sebanyak 1.0 m memudahkan kerja-kerja pengendalian. Dasar kolam dibuat mencuram ke bahagian tengah untuk memudahkan pengeringan kolam dan penangkapan benih ikan. Pengubahsuaian ini adalah adaptasi daripada kaedah asuhan benih ikan dalam sistem palong yang dapat mengalirkan air secara berterusan dan mengekalkan kesihatan benih ikan. Selain itu, benih ikan akan terkumpul dalam parit di kawasan pintu air masuk untuk mendapatkan air yang bersih dan menyebabkan tiada benih ikan yang tertinggal di dasar kolam dan kadar hidup benih boleh ditingkatkan semasa pengutipan.Air dimasukkan secara terkawal melalui pintu air masuk dan dipam keluar dengan kadar yang sama di bahagian dihujung pintu air keluar.Ini dibuat dengan tujuan untuk memastikan benih ikan sentiasa berada di dalam keadaan aktif dan sihat sebelum ditangkap. Alat penyekat juga
digunakan untuk memudahkan proses pengutipan dan mengurangkan
tekanan.
Fisheries Research Institute (FRI) Gelang Patah, Gelang Patah,
81550 Johor Bahru
Johor
Malaysia