Skip to main content
Kaedah Krioawetan
Sperma Dan Persenyawaan
In Vitro Ikan Kelah (Tor sp.)
tm3445415425
Category of Technology / Product
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

Kriobank sperma ikan merupakan satu bentuk bank gen yang
berfungsi untuk menyimpan sperma ikan untuk jangka masa panjang dengan kaedah krioawet pada suhu lampau sejuk menggunakan cecair nitrogen (-196C). Kemandirian sel sperma krioawet masih terpelihara dan boleh digunakan untuk mensenyawakan telur pada masa akan datang. Kriobank sperma ikan air tawar FRI Glami Lemi telah diwujudkan pada tahun 2008. FRI Glami Lemi merupakan antara institusi perintis di Malaysia yang menjalankan kajian dalam pengkriobankan sperma ikan. Inovasi ini menghasilkan teknologi pengkrioawetan sperma dan pembenihan menggunakan sperma krioawet pada Tor spp.Sperma krioawet bagi Tor spp. telah berjaya mensenyawakan telur dan menghasilkan anak ikan kelah yang sihat. Hasil inovasi ini juga mendapati sperma krioawet Tor spp. yang telah disimpan selama enam tahun masih berjaya menetaskan telur dan prestasi penetasan tiada perbezaan dengan sperma krioawet yang baru dikrioawet.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
Yes
Other IP Protection
Yes
Organization Name
Organization Category
Address

Fisheries Research Institute (FRI) Glami Lemi, Titi,
71650 Jelebu
Negeri Sembilan
Malaysia

Full Name [1]
Chew Poh Chiang
Email [1]
chew@dof.gov.my