Skip to main content
Kit Asuhan Udang Galah
tm3445215423
Category of Technology / Product
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

Bagi membantu serta melancarkan aktiviti asuhan benih udang
galah selepas peringkat pasca larva (PL) maka inovasi yang
dinamakan Kit Asuhan Udang Galah (KAUG) diperkenalkan oleh FRI Glami Lemi. Kemudahan ini dinamakan kit kerana keupayaannya untuk dikendalikan secara pasang siap di lokasi yang dikehendaki dengan mudah. Selain daripada mudah disedia dan dipasang, kajian di peringkat operasi sebenar menunjukkan bahawa KAUG berupaya memberi keputusan yang memberangsangkan dalam peratus kemandirian semasa asuhan. Oleh itu diyakini dengan adanya KAUG industri ternakan udang galah tempatan akan berupaya melonjak naik dan pendaratan daripada aktiviti akuakultur boleh meningkat tanpa memerlukan tambahan keluasan kolam. KAUG juga sesuai digunakan untuk menghasilkan benih bagi tujuan pelepasan di perairan umum untuk tujuan peningkatan stok. Benih yang diasuh terlebih dahulu akan lebih besar dan pasti akan memberi impak yang lebih besar kepada program peningkatan stok berbanding amalan sedia ada yang menabur benih kecil secara terus ke perairan umum.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
No
Other IP Protection
No
Organization Name
Organization Category
Address

Fisheries Research Institute (FRI) Glami Lemi, Titi,
71650 Jelebu
Negeri Sembilan
Malaysia

Full Name [1]
Dr. Mohd. Fariduddin bin Othman
Email [1]
fariduddin@dof.gov.my