Skip to main content
Sangkar Bio-Komposit
tm3444815419
Category of Technology / Product
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

Permintaan tinggi terhadap industri sangkar akuakultur sedikit terencat dengan penawaran harga bahan buatan sangkar semasa. Kenaikan harga kayu bergred A seperti cengal dan merbau menyebabkan pengusaha sangkar mengalami sedikit bebanan kos awalan dalam penbuatan sangkar mereka. Penggunaan buluh yang dahulunya popular digunakan tetapi tidak lagi sesuai untuk masa kini. Penawaran harga sangkar plastik, High Density PolyEthylene (HDPE) dilihat paling menguntungkan dari segi penyenggaraan namun melibatkan kos yang amat tinggi. Justeru, pengenalan kepada suatu bahan yang mempunyai kekuatan seperti plastik namun masih mengekalkan rupa bentuk fizikal kayu telah diperkenalkan. Penggunan bahan buangan seperti habuk kayu, sekam padi, sisa sawit dan bahan fiber asli lain seperti kenaf telah digunapakai bersama polimer
HDPE bagi penghasilan unit sangkar baru. Unit sangkar baru ini telah diubahsuai daripada rekabentuk asal floater yang diimport daripada negara Austria dan Taiwan yang dibuat dalam bentuk modular. Ini menghasilkan struktur sangkar biokomposit yang tahan, kuat dan murah. Rekabentuk asal unit juga telah diubahsuai agar dapat menghasilkan saiz sangkar mengikut citarasa pengusaha sendiri.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
No
Other IP Protection
No
Organization Name
Organization Category
Address

Fisheries Research Institute (FRI) Glami Lemi, Titi,
71650 Jelebu
Negeri Sembilan
Malaysia

Full Name [1]
Abdul Razak Bin. Abdul Rahman
Email [1]
razak_rahman@dof.gov.my