Skip to main content
Nahrim Hydraulic Marker (NHM)
tm3427315244
Category of Technology / Product
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

NAHRIM Hydraulic Marker merupakan produk inovasi NAHRIM yang direkabentuk bagi menandakan kawasan rizab badan air seperti sungai, tasik, persisiran pantai dan taliair. Pemasangan NhM adalah berdasarkan jajaran zon penampan bagi penandaan kawasan tersebut supaya tidak diganggu kecuali pihak berkuasa tempatan membenarkan aktiviti di kawasan penampan ini seterusnya menambahbaik pengurusan zon penampan.
NhM dilengkapi dengan ciri-ciri pelbagai fungsi untuk keperluan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh. Antaranya adalah ianya dapat menunjukkan sempadan garisan sebenar zon penampan beserta maklumat chainage (kedudukan) sepanjang NHM dipasang termasuk aras air yang melimpahi tebing badan air. Kemudahan sistem LED yang yang dilengkapkan pada NHM berfungsi memberikan arah aliran air ke hilir terutamanya pada waktu malam atau keadaan persekitaran yang gelap.
Manakala sistem kod maklumbalas cepat Quick Response Code (QR Code) disediakan bagi menyediakan maklumat tanda aras sementara (TBM) dan boleh dicapai secara atas talian, dan juga maklumat aras air untuk kegunaan pihak yang berkepentingan. Selain itu NHM diperbuat daripada bahan green cement yang mesra alam, tahan lasak dan tahan karat.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
No
Other IP Protection
No
Organization Category
Address

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), LOt 5377, Jalan Putra Permai,
43300 Seri Kembangan
Selangor
Malaysia

Full Name [1]
Dr. Mohd Aminur Rashid Mohd Amiruddin Arumugam
Email [1]
rashid@nahrim.gov.my