Skip to main content
MAED (Malaysian Acetes Efficiency Device)
tm3407215043
Category of Technology / Product
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

Peranti MAED direkabentuk bagi membantu menyisih udang
baring (tangkapan utama) daripada tangkapan sampingan atau
tangkapan bukan sasaran Pukat Tunda Udang Baring. Membantu
nelayan memperolehi tangkapan udang yang lebih bersih Sebelum
ini semua vesel pukat tunda samada di Perak atau Selangor hanya menggunakan pukat tunda udang baring untuk menangkap udang baring (udang geragau/belacan).
Hasil tangkapan adalah bercampur. Nelayan terpaksa memperuntukkan masa bagi mengasingkan spesies tangkapan bukan sasaran/sampingan daripada tangkapan utama. Spesies tangkapan bukan sasaran di antaranya adalah ikan timah, ikan gelama, ikan kasai, ikan kikek, sotong katak dan udang-udang lain. Sekiranya obor-obor juga tertangkap ke dalam pukat, obor-obor tersebut akan dibuang semula ke laut. Udangudang yang terlekat pada obor-obor tersebut akan juga dibuang bersama ke laut.
Selain itu, penguatkuasaan saiz mata keroncong 38 mm pada semua pukat tunda mulai 1 November 2013 telah menyukarkan pengusaha/ nelayan pukat tunda udang baring. Ini kerana saiz mata pukat yang digunakan bagi menangkap udang baring adalah di antara 9-12 mm. Di atas kesulitan tersebut, pihak Jabatan Perikanan Malaysia telah memutuskan bahawa pengusaha/nelayan pukat tunda udang baring boleh menggunakan saiz mata keroncong 12 mm dengan syarat dipasang dengan MAED.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
No
Other IP Protection
No
Organization Name
Organization Category
Address

FRI Kampung Acheh, Komplek Perikanan Kg. Acheh,

32000 Sitiawan
Perak
Malaysia

Full Name [1]
Sharum bin Yusof
Email [1]
sharum@dof.gof.my