Penyelidikan Perikanan
- Description
- Intellectual Property
- Corporate Information
- Contact
Sistem e-Library IPP disasarkan untuk memperbaiki kelemahan pada
sistem tradisional yang digunakan sekarang. Beberapa ciri baru untuk
pihak pentadbir sistem dan pengguna telah diperkenalkan, seperti
berikut:
i) Pentadbir Sistem
??? Cara yang lebih mudah dan cepat untuk mengemaskini dan
mengendalikan rekod material
??? Membolehkan pentadbir mengawaselia pergerakan material
dan mengeluarkan notis pemulangan secara automatik
menerusi e-mel.
??? Sistem sandaran dan sistem keselamatan diujudkan.
??? Membolehkan pentadbir menguruskan sumber material di
samping membekalkan informasi material yang ada.
ii) Pengguna
??? Akses sistem secara online.
??? Kemudahan tempahan awal (advance booking).
??? Kemudahan untuk mencetak keputusan pencarian atau
menyimpannya sebagai salinan fail (soft-copy).
??? Sistem depositori, bagi pengguna yang ingin menyumbangkan
hasil kerja mereka dalam format salinan fail ke dalam arkib
perpustakaan.
Berdasarkan ciri inovasi yang dinyatakan di atas, sistem e-Library akan dibahagikan kepada dua komponen utama:
1. Perpustakaan digital : Akses secara online
: Pembelajaran secara kendiri
: Memaparkan informasi pada skrin PC
pengguna
2. Perpustakaan fizikal : Material yang tidak boleh didapati dalam
bentuk salinan fail
: Memaksimakan penggunaan bahan
bercetak
: Akses kepada material, Internet dan CD
Sistem ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan yang digariskan
oleh pihak pengurusan IPP, seperti berikut:
??? Membekalkan bahan material secara ???one-stop???.
??? Membolehkan aktiviti pemprosesan informasi dilakukan dengan
menggunakan teknologi rangkaian.
??? Membenarkan kakitangan IPP mengakses sistem secara online.
??? Mengujudkan sebuah organisasi pembelajaran di IPP.
Applikasi e-Library ini menggunakan pendekatan berpandukan menu bagi membolehkan pengguna mengakses informasi di dalamnya dengan mudah dan berkesan.
Fisheries Research Institute (FRI) Batu Maung,
11960 Batu Maung
Pulau Pinang
Malaysia