Skip to main content
Sistem Maklumat Inventori
tm3406115032
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

Sistem Maklumat Inventori (SISMAI) telah dibangunkan pada
tahun 2004 oleh Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRI) bagi merekod maklumat aset yang terdapat di FRI, Batu Maung, Pulau Pinang. Sistem ini mampu untuk menyimpan rekod serta mempunyai kemudahan penyediaan laporan aset. Sistem ini
dibangunkan dengan menggunakan platform Microsoft Access versi 2002. Maklumat yang direkodkan adalah butiran perolehan aset, penempatan, penyelenggaraan, pelupusan, serta pemeriksaan yang terdapat dalam kad aset Kew. 312. Sistem ini menyediakan kemudahan carian melalui pilihan nombor siri, item, kategori aset serta nama pegawai. Catatan berkaitan pembaikan peralatan dapat direkodkan dengan baik bagi membantu proses pertimbangan pelupusan kelak. Menggunakan kaedah ini dapat menjimatkan tempoh masa carian, pengumpulan maklumat serta menjimatkan ruang penyimpanan fail secara fizikal. Laporan-laporan berkaitan aset seperti jumlah aset dan kos dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat memandangkan sistem ini mempunyai kemudahan untuk penyediaan maklumat tersebut. FRI telah berjaya merekod semua aset ke dalam sistem ini bagi membantu kerja-kerja penyelenggaraan aset.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
No
Other IP Protection
No
Organization Name
Organization Category
Address

Fisheries Research Institute (FRI) Batu Maung,
11960 Batu Maung
Pulau Pinang
Malaysia

Full Name [1]
Halimah binti Mohamed
Email [1]
halimahm@dof.gov.my