Skip to main content
Pembangunan Baka Dan Penambaikan Genetik Udang Galah
(Macrobrachium Rosenbergii)
tm3403515006
Category of Technology / Product
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

FRI Pulau Sayak telah menghasilkan induk domestikasi yang
dipertingkatkan dari segi genetik dan prestasi. Dengan adanya
program pembangunan baka ini produktiviti dapat ditingkatkan
dengan penggunaan induk-induk dari strain yang berkualiti. Selain prestasi yang baik, program ini juga mampu membekalkan induk sepanjang tahun tanpa dipengaruhi faktor permintaan dan cuaca. Dari segi penyakit pula, tidak ramai yang melakukan saringan terhadap induk yang digunakan. Jangkitan secara horizontal iaitu daripada induk kepada anak akan menjejaskan kadar hidup serta tumbesaran dikolam kelak. Hasil inovasi ini, bekalan induk yang diketahui status kesihatannya, prestasi tumbesaran dan keturunannya dapat digunakan secara meluas di negara ini.Dalam proses pembakaan ini, 4 sumber induk berbeza yang dikenali sebagai populasi asas telah digunakan. Sumber tersebut diperolehi daripada Sg Muda (Kedah), Sg Teluk Intan (Perak), Sg Timun (Negeri Sembilan) dan Sg Muar (Johor). Melalui kacukan secara sistematik dan
saintifik, 8 kumpulan baka yang baru diperolehi. Setiap baka dinilai dan baka yang terbaik digandaan untuk dijadikan induk. Seterusnya diedarkan kepada hatcheri yang memerlukannya. Saringan terhadap penyakit terutamanya bawaan virus keputusan 100% bebas daripada MrNv. Prestasi setiap baka pada setiap generasi dinilai berdasarkan jumlah peneluran dan prestasi dikolam. Dalam jangkamasa panjang,
pembangunan induk secara sistematik dan terancang dapat membantu menghasikan baka induk SPF dan induk membolehkan kebergantungan terhadap induk liar dikurangkan, bekalan rega berterusan dan ancaman biakbaka dalam diminimakan. Bekalan induk juga dijangka dapat dihasilkan sepanjang tahun tanpa dipengaruhi faktor musim. Selain itu program ini berjaya meningkat jumlah peneluran per induk.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
No
Other IP Protection
No
Organization Name
Organization Category
Address

Fisheries Research Institute (FRI) Pulau sayak,
08500 Kota Kuala Muda
Kedah
Malaysia

Full Name [1]
Badrulnizam Bin Basri
Email [1]
badrulnizam@dof.gov.my