Skip to main content
Cacing Nightcrawlers :Makanan Tambahan Bernutrien Untuk Induk Udang Galah
tm3403315004
Category of Technology / Product
  • Description
  • Intellectual Property
  • Corporate Information
  • Contact

Untuk menjimatkan kos makanan induk udang yang bebas penyakit,FRI Pulau Sayak telah membangunkan teknik penghasilan cacing African Nightcrawlers (Eudrilus sp.) dengan menggunakan tangkitangki yang tekah bocor atau rosak tanpa menggunakan najis haiwan.
Kajian penternakan cacing tanah Nightcrawlers telah dimulakan
pada pertengahan tahun 2011. Penternakan cacing menggunakan
30 unit tangki gentian kaca (100 kg) dengan dasar berbentuk kon untuk memudahkan aliran keluar air baja organik melalui salur air di bahagian bawah. Sebanyak 20 ekor induk Nightcrawlers dimasukkan ke dalam setiap tangki yang mengandungi 60 kg campuran tanah dan pasir. Pemberian campuran makanan khas berserta air diberikan setiap hari. Selepas tujuh bulan beroperasi, sebanyak 700-1,000 g cacing Nightcrawlers boleh dihasilkan setiap hari atau sebanyak 21 kg setiap bulan. Setelah penuaian, cacing tersebut dibersihkan dan sedia untuk diberi makan terus kepada induk udang galah atau dijual. Berdasarkan kaedah penjualan RM200/kg cacing adalah berserta 70% berat tanah,
maka berat kasar sebanyak 63 kg dengan pendapatan sehingga
sekurang-kurangnya RM12,000 sebulan boleh dicapai. Induk-induk liar diperolehi dan kajian ternakan menggunakan pelbagai nisbah campuran tanah dan pasir telah diuji. Hasil kajian mendapati, purata sebanyak 200 ekor benih-benih cacing Nightcrawlers bersaiz sekitar 10 mm terhasil daripada setiap ekor induk cacing Nightcrawlers dalam tempoh 12 hingga 14 hari. Tempoh enam hingga tujuh bulan diperlukan untuk benih-benih tersebut mencapai berat sekitar 1.5 g hingga 2.0 g seekor, sebelum dituai untuk dijadikan sebagai makanan
tambahan induk udang galah. Penyaringan virus Nodavirus udang pada cacing Nightcrawlers dibuat secara berkala menggunakan kaedah PCR untuk memastikan bahawa tiada virus Nodavirus dikesan pada cacing tersebut.

Industrial Design
No
Trademarks
No
Patent
No
Other IP Protection
No
Organization Name
Organization Category
Address

Fisheries Research Institute (FRI) Pulau sayak,
08500 Kota Kuala Muda
Kedah
Malaysia

Full Name [1]
Mohammed Suhaimee Abd Manaf
Email [1]
suhaimee@dof.gov.my