Skip to main content
x

CAKAR AYAM DOKTOR

Gambar Muka Surat
Tahun Penerbitan
2016
Main Author
DR SHARIF AHMAD, DR FAHD RAZY, DR ONN AZLI, DR KAMARUL ARIFFIN & JAZLINA SYAHRUL, ILUSTRASI OLEH AHM AHMAD
Summary

Cerita-cerita yang terdapat di dalam buku ini diceritakan berdasarkan coretan pengalaman seseorang doktor. Cerita pertama atau bab pertama adalah coretan pengalaman oleh Dr. Sharif Ahmad, kemudian di ikuti oleh Dr. Fahd Razy, Dr. Onn Azli, Dr. Kamrul Ariffin sehinggalah bab terakhir pengalaman dari Jazlina Syahrul. Setiap dari penulisan tersebut mengandungi coretan cerita-cerita pendek tentang pengalaman, pengetahuan dan juga kehidupan 'seorang doktor' yang kita tak pernah tahu. Buku ini juga ada maklumat tambahan iaitu:

  • Lubb Dupp! (Info dan maklumat berkaitan kesihatan dan isu semasa)
  • Klinik Mini (Tips-tips dan panduan kesihatan)

Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dengan cerita -cerita pendek yang menghiburkan dan juga membuatkan kita berfikir lama dan insaf. Buku ini juga, mendedahkan kita mengenai tentang hal-hal kesihatan dan belajar sedikit terma-terma perubatan secara tidak langsung.