Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Organisasi S&T

Anda di sini

PENGENALAN

Pangkalan data organisasi S&T telah dibangunkan oleh MASTIC pada tahun 1998. Pangkalan data ini mengumpulkan senarai butiran organisasi yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan S&T di Malaysia. Ini merangkumi institusi pengajian tinggi, institut penyelidikan awam dan swasta, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta.

Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini diperoleh daripada Kajian Petunjuk Sains, Teknologi Malaysia yang dijalankan oleh MASTIC secara dwi-tahun, bahan penerbitan luar dan sumber lain secara atas talian.

 

DEFINISI ORGANISASI S&T

Organisasi S&T didefinisikan sebagai sebarang organisasi yang terlibat di dalam aktiviti R&D dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan S&T di Malaysia.

 

KANDUNGAN PANGKALAN DATA ORGANISASI S&T

Setiap rekod Organisasi S&T mengandungi butiran seperti nama, alamat, maklumat perhubungan, jenis, bidang kepakaran dan peranan organisasi.Setiap rekod Organisasi S&T mengandungi butiran seperti nama, alamat, maklumat perhubungan, jenis, bidang kepakaran dan peranan organisasi.

 

STATUS SEMASA

Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif.

Sehingga Jun 2018, sejumlah 2,277 rekod organisasi S&T telah didaftarkan dalam Pangkalan data organisasi S&T.

Pengguna boleh mencapai Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my). Carian maklumat organisasi S&T dalam sistem Krste.my boleh dilakukan seperti langkah berikut:   Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘ORGANISATION’.

 

PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN

Bagi urusan berkaitan pengemaskinian / pendaftaran rekod baru / keterangan lanjut / sokongan teknikal, sila hubungi pegawai MASTIC yang berikut:

 

Puan Uwarani A/P Krishnan

Tel: 03-8885 8109 | E-mail: uwarani[at]mestecc.gov.my /infoservices_mastic[at]mestecc.gov.my

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/sti/kandungan-sti/row/pangkalan-ilmu-sti/organisasi-st
  • Jumlah Pelawat: 5302460