Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Kemudahan dan Peralatan S&T

Anda di sini

PENGENALAN

MASTIC telah menyediakan perkhidmatan capaian pangkalan data kemudahan dan peralatan dalam KRSTE.my sejak tahun 1994. Pangkalan data ini menyenaraikan maklumat  kemudahan dan peralatan yang dimiliki oleh pelbagai agensi kerajaan, institusi penyelidikan, universiti dan syarikat swasta. Pengumpulan maklumat ini bertujuan untuk mengenal pasti status ketersediaan, kemajuan dan kekuatan teknologi R&D semasa dalam bidang sains dan teknologi negara.

Maklumat dari pangkalan data ini penting untuk menyokong pelaksanaan penyelarasan penggunaan dan perolehan kemudahan dan peralatan teknologi baru di agensi kerajaan. Selari dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1997, pembangunan sistem e-Survey dapat menjimatkan kos penubuhan kemudahan dan pembelian peralatan baru bagi aktiviti R&D. Selain itu, maklumat ini dapat mengurangkan pertindihan perolehan antara agensi kerajaan dan membantu penggubal dasar dan komuniti S&T merangka perbelanjaan peruntukan dana S&T dengan lebih berkesan.

 

DEFINISI KEMUDAHAN DAN PERALATAN S&T

Skop pengumpulan data kemudahan dan peralatan adalah berdasarkan definisi seperti berikut:

Kemudahan S&T

Premis yang menempatkan peralatan saintifik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan  secara aktif seperti makmal penyelidikan, pusat pemantauan dan tapak ujian.

Contoh: 1. Makmal Penyelidikan dan Jaminan Kualiti (JKM)

              2. Genomic Research Facility (MGI)

Peralatan  S&T

Mesin, alat, radas, aksesori atau komponen berkaitan yang spesifik/unik bernilai daripada RM100,000.00 dan digunakan untuk aktiviti penyelidikan S&T, penganalisaan, pengajaran/ pembelajaran, pengujian dan perkhidmatan pengawasan.

 Contoh: 1. Liquid Chromatograph - Mass Spectrometer

               2. Genetic Analyzer

STATUS SEMASA

Maklumat F&E yang terkandung dalam pangkalan data ini sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif. Sepanjang tahun 2017, MASTIC telah berjaya mengemas kini data kemudahan dan peralatan yang terdapat di 15 agensi dan jabatan MESTECC. Susulan itu, MASTIC telah menerbitkan direktori Peralatan Saintifik 2017/2018. Pada tahun ini, MASTIC sedang giat mengemas kini data F&E di peringkat kebangsaan secara berfasa.

Sehingga Jun 2018, sejumlah 826 kemudahan dan 2,734 peralatan dari pelbagai organisasi telah didaftarkan dalam sistem e-Survey.

Pengguna boleh mencapai Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my). Carian maklumat F&E dalam sistem Krste.my boleh dilakukan dengan langkah berikut : Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘Facility / Equipment’.

 

PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN

Semua pendaftaran dan pengemaskinian data kemudahan dan peralatan dalam sistem e-Survey hanya dilaksanakan oleh pegawai penyelaras yang dilantik daripada setiap organisasi. Bagi urusan berkaitan pengemaskinian / pendaftaran rekod baru / keterangan lanjut / sokongan teknikal, sila hubungi pegawai MASTIC yang berikut:.

Suriati Binti Mokhlis

Tel: 03-8885 8111 | E-mail: suriatimokhlis[at]mestecc.gov.my / infoservices_mastic[at]mestecc.gov.my

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/sti/kandungan-sti/row/pangkalan-ilmu-sti/kemudahan-dan-peralatan-st
  • Jumlah Pelawat: 6020510