Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Modal Insan Sains & Teknologi (S&T)

Anda di sini

National Minimum Data Set (NMDS)

Maklumat yang terkandung dalam Pangkalan Data National Minimum Data Set (NMDS) sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif. Sepanjang tahun 2017, MASTIC telah berjaya mengemas kini data modal insan S&T di peringkat Kementerian. Kini, MASTIC sedang giat mengemas kini data NMDS di peringkat kebangsaan secara berfasa.

Sehingga Jun 2018, sejumlah 19,146 rekod penyelidik dan 6,382 rekod pakar telah didaftarkan dalam NMDS.

Pengguna boleh mencapai maklumat yang terkandung dalam pangkalan data NMDS secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my). Carian maklumat modal insan S&T dalam sistem Krste.my boleh dilakukan dengan langkah berikut : Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘Person’.

 

Taburan Penyelidik Dan Pakar Mengikut Bidang Kepakaran (Division)

 

Graf bar di atas menunjukkan taburan penyelidik dan pakar yang telah didaftarkan dalam sistem NMDS sehingga Bulan Jun 2018 berdasarkan 9 Division bidang kepakaran (Field of Research-FOR) yang disenaraikan dalam Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) versi keenam. Palang berwarna ungu menunjukkan jumlah pakar manakala palang berwarna kuning menunjukkan jumlah penyelidik. Bidang Natural Sciences mencatatkan bilangan yang tertinggi bagi kedua-dua kategori penyelidik (1,946) dan pakar (1,913). Bilangan data yang kedua tertinggi adalah dalam bidang  Engineering And Technology dengan bilangan penyelidik sebanyak 1,863 dan bilangan pakar sebanyak 1,664. Bilangan data yang terendah bagi kategori penyelidik adalah bidang  Humanities iaitu sebanyak 386 manakala bagi kategori pakar adalah sebanyak 308 dari bidang   Biotechnology.

Nota: Medan pengisian bagi FOR dalam pangkalan data NMDS bukanlah mandatori. Justeru, jumlah yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan data yang telah diterima daripada pembekal data MASTIC sehingga Jun 2018

(http://nmds.mastic.gov.my)

Taburan Penyelidik Dan Pakar Mengikut Bidang Kepakaran (Category)

Graf bar di atas menunjukkan taburan penyelidik dan pakar yang telah didaftarkan dalam sistem NMDS sehingga Bulan Jun 2018 berdasarkan 20 Category bidang kepakaran (Field of Research-FOR) yang disenaraikan dalam Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) versi keenam . Panel berwarna biru menunjukkan jumlah pakar manakala panel berwarna kuning menunjukkan jumlah penyelidik. Secara keseluruhannya, bidang yang mencatatkan jumlah pakar dan penyelidik yang paling tinggi adalah dalam kategori bidang Engineering And Technology. Jumlah pakar yang paling rendah dicatatkan dalam kategori bidang Nuclear Sciences dengan jumlah sebanyak 34 sahaja. Manakala, kategori bidang Bioinformatic  yang mencatatkan jumlah penyelidik sebanyak 37 adalah merupakan jumlah paling rendah berbanding kategori bidang yang lain.

Nota: Medan pengisian bagi FOR dalam pangkalan data NMDS bukanlah mandatori. Justeru, jumlah yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan data yang telah diterima daripada pembekal data MASTIC sehingga Jun 2018.

(http://nmds.mastic.gov.my)

PERATUSAN JUMLAH PROJEK PENYELIDIKAN YANG DIDAFTARKAN DALAM NMDS MENGIKUT BIDANG KEPAKARAN (DIVISION)

Graf pai di atas menunjukkan peratusan jumlah projek penyelidikan yang telah didaftarkan dalam sistem NMDS sehingga Bulan Jun 2018 berdasarkan 9 Division bidang kepakaran (Field of Research-FOR) yang disenaraikan dalam Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) versi keenam. Carta pai ini menunjukkan bahawa majoriti projek R&D penyelidik adalah tertumpu kepada bidang Natural Sciences. Manakala, bidang Humanities mencatatkan peratusan terendah sebanyak 2% berbanding bidang yang lain.

Nota: Medan pengisian bagi projek kajian dalam pangkalan data NMDS bukanlah mandatori. Justeru, jumlah yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan data yang telah diterima daripada pembekal data MASTIC sehingga Jun 2018.

(http://nmds.mastic.gov.my)

Kemaskini: 
16 Ogos 2018

Hebahkan Maklumat

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/statistik/modal-insan-sains-teknologi-st
  • Jumlah Pelawat: 5828940