Langkau ke kandungan utama
Pilih Kategori Statistik

National Minimum Data Set (NMDS)

Maklumat yang terkandung dalam Pangkalan Data National Minimum Data Set (NMDS) sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif. Sepanjang tahun 2017, MASTIC telah berjaya mengemas kini data modal insan S&T di peringkat Kementerian. Kini, MASTIC sedang giat mengemas kini data NMDS di peringkat kebangsaan secara berfasa.

Sehingga Jun 2018, sejumlah 19,146 rekod penyelidik dan 6,382 rekod pakar telah didaftarkan dalam NMDS.

Pengguna boleh mencapai maklumat yang terkandung dalam pangkalan data NMDS secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my). Carian maklumat modal insan S&T dalam sistem Krste.my boleh dilakukan dengan langkah berikut : Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘Person’.

Kajian Kemudahan dan Peralatan STI 2012/2013 telah dijalankan sebagai aktiviti pemerolehan dan pengememaskinian data secara berterusan untuk mendapatkan data yang terkini dan komprehensif mengenai kemudahan dan peralatan STI yang terdapat di Malaysia. Inisiatif ini adalah penting bagi merekodkan bilangan kemudahan dan peralatan STI yang semakin meningkat dengan pertambahan bilangan institusi-institusi yang menjalankan aktiviti R&D seperti universiti, pusat kecemerlangan dan industri berteknologi tinggi.

Kemudahan S&T yang dikumpul didefinisikan sebagai tempat di mana aktiviti penyelidikan dan saintifik dijalankan seperti makmal, pusat pemantauan dan tempat ujian manakal Peralatan S&T merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk menyokong aktiviti S&T termasuklah penyelidikan, pengujian, dan pemantauan yang mempunyai kos melebihi RM 200,000.00 bagi setiap peralatan.

Oleh itu, hasil dapatan kajian ini adalah penting bagi penggubal dasar dan penyelidik untuk mengenal pasti kemudahan dan peralatan STI sedia ada di negara ini. Ia juga akan menggalakkan pengurusan sumber yang cekap dengan perkongsian peralatan STI di pelbagai kemudahan di yang disediakan di seluruh negara. Di samping itu, ia juga akan membantu agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan lain dalam menentukan keperluan untuk pemerolehan aset baru pada masa hadapan.

Rumusan

Graf bar di atas menunjukkan taburan penyelidik dan pakar yang telah didaftarkan dalam sistem NMDS sehingga Bulan Jun 2018 berdasarkan 9 Division bidang kepakaran (Field of Research-FOR) yang disenaraikan dalam Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) versi keenam. Palang berwarna ungu menunjukkan jumlah pakar manakala palang berwarna kuning menunjukkan jumlah penyelidik. Bidang Natural Sciences mencatatkan bilangan yang tertinggi bagi kedua-dua kategori penyelidik (1,946) dan pakar (1,913). Bilangan data yang kedua tertinggi adalah dalam bidang  Engineering And Technology dengan bilangan penyelidik sebanyak 1,863 dan bilangan pakar sebanyak 1,664. Bilangan data yang terendah bagi kategori penyelidik adalah bidang  Humanities iaitu sebanyak 386 manakala bagi kategori pakar adalah sebanyak 308 dari bidang   Biotechnology.

Nota: Medan pengisian bagi FOR dalam pangkalan data NMDS bukanlah mandatori. Justeru, jumlah yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan data yang telah diterima daripada pembekal data MASTIC sehingga Jun 2018

(http://nmds.mastic.gov.my)

Rumusan

Berdasarkan kepada Carta, terdapat sebanyak 2,776 data mengenai Organisasi S&T yang telah didaftarkan di dalam pangkalan data ini yang terdiri daripada 68 pertubuhan bukan kerajaan, 118 pusat penyelidikan kerajaan, 454 institut pengajian tinggi dan 2,136 syarikat swasta.

Rumusan

Graf menunjukkan pecahan taburan kemudahan dan peralatan STI yang terdapat di Malaysia berdasarkan zon-zon geografi yang telah dikenal pasti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taburan peralatan hampir berkadar terus dengan taburan kemudahan yang terdapat di kawasan geografi tertentu. Majoriti kemudahan terletak di zon Tengah dan Selatan dengan masing-masing meliputi 40.5% dan 23.2% daripada jumlah keseluruhan kemudahan. Zon tengah juga menempatkan majoriti peralatan saintifik iaitu dengan 50.9% diikuti oleh zon Sabah dan Sarawak pada 17.4% daripada jumlah bilangan peralatan.

Rumusan

Berdasarkan Graf, Pangkalan Organisasi S&T boleh dikelaskan berdasarkan Aktiviti R&D di mana terdapat sebanyak 50.6% bersamaan 1,404 bilangan organisasi yang telah didaftarkan di dalam pangkalan data ini menjalankan aktiviti R&D.

Rumusan

Carta memaparkan pecahan peralatan saintifik mengikut jenis analisis. Didapati bahawa 39.8% digunakan dalam analisis kimia diikuti oleh analisis fizikal dan biologi yang masing-masing meliputi 32.5% dan 24.7% daripada keseluruhan peralatan yang direkodkan. Hanya 3.0% daripada jumlah bilangan peralatan digunakan untuk tujuan analisis matematik.

Rumusan

Rajah menunjukkan taburan peralatan saintifik di Malaysia mengikut jenis organisasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan tertinggi peralatan berada di institusi pengajian tinggi (50.5%) diikuti oleh hospital (22.8%).

Rumusan

Graf bar di atas menunjukkan taburan penyelidik dan pakar yang telah didaftarkan dalam sistem NMDS sehingga Bulan Jun 2018 berdasarkan 20 Category bidang kepakaran (Field of Research-FOR) yang disenaraikan dalam Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) versi keenam . Panel berwarna biru menunjukkan jumlah pakar manakala panel berwarna kuning menunjukkan jumlah penyelidik. Secara keseluruhannya, bidang yang mencatatkan jumlah pakar dan penyelidik yang paling tinggi adalah dalam kategori bidang Engineering And Technology. Jumlah pakar yang paling rendah dicatatkan dalam kategori bidang Nuclear Sciences dengan jumlah sebanyak 34 sahaja. Manakala, kategori bidang Bioinformatic  yang mencatatkan jumlah penyelidik sebanyak 37 adalah merupakan jumlah paling rendah berbanding kategori bidang yang lain.

Nota: Medan pengisian bagi FOR dalam pangkalan data NMDS bukanlah mandatori. Justeru, jumlah yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan data yang telah diterima daripada pembekal data MASTIC sehingga Jun 2018.

(http://nmds.mastic.gov.my)

Rumusan

Mengikut maklumat yang diperoleh daripada Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), terdapat sebanyak 191 Organisasi S&T Berstatus BioNexus.