Langkau ke kandungan utama
Rumusan

Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia menunjukkan rasa minat terhadap bidang STI berbanding yang tidak pasti atau tidak tahu mengenai STI.


Kebanyakan responden (84%) menyatakan bahawa mereka berminat atau sangat berminat dalam "penggunaan ciptaan baru dan teknologi", diikuti dengan "penemuan baru perubatan" (79%), "inovasi" (78%) dan "penemuan saintifik baru" (76%).

Rumusan

Kurang daripada separuh responden (46%) dapat menjawab soalan-soalan berpengetahuan fakta dengan betul dalam kajian 2014.

Purata tahap pengetahuan awam tentang STI berlegar di bawah 50% sejak 16 tahun yang lalu (1998 hingga 2014).

Kebanyakan rakyat Malaysia menjawab "bumi bergerak mengelilingi matahari" (85%) dan "pusat bumi adalah sangat panas" (75%) dengan betul.

Rumusan

Lebih daripada separuh responden (53%) dalam kajian 2014 berpendapat bahawa kajian saintifik adalah lebih banyak faedah daripada kesan berbahaya, 33% menyatakan kesannya adalah lebih kurang sama, 4% berpendapat bahawa kajian saintifik mendatangkan lebih banyak kesan berbahaya daripada faedah, manakala 10% tidak pasti.

Rumusan

Televisyen merupakan media massa yang paling popular di Malaysia, dan 89% daripada responden menggunakan televisyen sebagai sumber maklumat untuk pembelajaran STI.

Selain itu, media massa yang popular untuk maklumat berkaitan dengan STI adalah surat khabar bercetak (63%), diikuti dengan Internet (53%), radio (43%), buku (39%) dan majalah bercetak (24%).

Rumusan

Zoo (31%) dan muzium (23%) adalah dua tempat berkaitan dengan STI yang paling popular.

13% daripada responden telah membuat sekurang-kurangnya satu lawatan ke akuarium dalam tempoh 12 bulan, 10% daripada responden telah melawat PETROSAINS dan masing-masing 7% telah melawat Pusat Sains Negara dan Planetarium.