Langkau ke kandungan utama
Rumusan

GERD Malaysia telah meningkat sejak tahun 2008. Pada tahun 2016, GERD telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 2008 dengan jumlah RM17,685 juta. Di samping itu, nisbah GERD terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut meningkat daripada 0.79% pada 2008 kepada 1.44% pada 2016, menghampiri sasaran 2.0% yang ditetapkan oleh Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).

Rumusan

Rajah menunjukkan sektor perniagaan swasta telah menjadi penyumbang terbesar perbelanjaan R&D Malaysia sehingga tahun 2016.  Untuk tahun 2016, sektor perniagaan swasta menjadi penyumbang terbesar dengan perbelanjaan sebanyak RM 10,006 juta (56.58%). Perbelanjaan kedua terbesar berlaku di dalam sektor institusi pengajian tinggi dengan nilai RM 6,041 juta (34.16%). Sektor institut penyelidikan kerajaan hanya menggunakan sebanyak RM1,627 juta (9.20%) perbelanjaan dan sektor pertubuhan bukan kerajaan sebanyak RM12 juta (0.06%) perbelanjaan menjadikan mereka sebagai penyumbang terkecil dalam perbelanjaan R&D di Malaysia. 

Rumusan

Peratusan terbesar tenaga kerja R&D terdiri daripada penyelidik, diikuti oleh staf sokongan dan juruteknik. Antara tahun 2008 dan 2010 peratusan personel bertambah hampir dua kali ganda (28.5 kepada 55.4), seterusnya menyumbang kepada peningkatan personel R&D dan penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga kerja secara berterusan kepada 74.0 pada tahun 2016. Sasaran DSTIN untuk mempunyai 70 penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga kerja  menjelang tahun 2020 telah tercapai pada tahun 2016.