Langkau ke kandungan utama
x

Kajian Kemudahan dan Peralatan STI 2012/2013 telah dijalankan sebagai aktiviti pemerolehan dan pengememaskinian data secara berterusan untuk mendapatkan data yang terkini dan komprehensif mengenai kemudahan dan peralatan STI yang terdapat di Malaysia. Inisiatif ini adalah penting bagi merekodkan bilangan kemudahan dan peralatan STI yang semakin meningkat dengan pertambahan bilangan institusi-institusi yang menjalankan aktiviti R&D seperti universiti, pusat kecemerlangan dan industri berteknologi tinggi.

Kemudahan S&T yang dikumpul didefinisikan sebagai tempat di mana aktiviti penyelidikan dan saintifik dijalankan seperti makmal, pusat pemantauan dan tempat ujian manakal Peralatan S&T merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk menyokong aktiviti S&T termasuklah penyelidikan, pengujian, dan pemantauan yang mempunyai kos melebihi RM 200,000.00 bagi setiap peralatan.

Oleh itu, hasil dapatan kajian ini adalah penting bagi penggubal dasar dan penyelidik untuk mengenal pasti kemudahan dan peralatan STI sedia ada di negara ini. Ia juga akan menggalakkan pengurusan sumber yang cekap dengan perkongsian peralatan STI di pelbagai kemudahan di yang disediakan di seluruh negara. Di samping itu, ia juga akan membantu agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan lain dalam menentukan keperluan untuk pemerolehan aset baru pada masa hadapan.

Rumusan

Graf menunjukkan pecahan taburan kemudahan dan peralatan STI yang terdapat di Malaysia berdasarkan zon-zon geografi yang telah dikenal pasti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa taburan peralatan hampir berkadar terus dengan taburan kemudahan yang terdapat di kawasan geografi tertentu. Majoriti kemudahan terletak di zon Tengah dan Selatan dengan masing-masing meliputi 40.5% dan 23.2% daripada jumlah keseluruhan kemudahan. Zon tengah juga menempatkan majoriti peralatan saintifik iaitu dengan 50.9% diikuti oleh zon Sabah dan Sarawak pada 17.4% daripada jumlah bilangan peralatan.

Rumusan

Carta memaparkan pecahan peralatan saintifik mengikut jenis analisis. Didapati bahawa 39.8% digunakan dalam analisis kimia diikuti oleh analisis fizikal dan biologi yang masing-masing meliputi 32.5% dan 24.7% daripada keseluruhan peralatan yang direkodkan. Hanya 3.0% daripada jumlah bilangan peralatan digunakan untuk tujuan analisis matematik.

Rumusan

Rajah menunjukkan taburan peralatan saintifik di Malaysia mengikut jenis organisasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan tertinggi peralatan berada di institusi pengajian tinggi (50.5%) diikuti oleh hospital (22.8%).

Rumusan

Carta pai menunjukkan pecahan peralatan saintifik berdasarkan tahap penggunaan. Kajian mendapati 41.6% daripada peralatan tersebut digunakan pada tahap yang tinggi dan 41.9% pada tahap penggunaan sederhana. Ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan peralatan saintifik ketika ini adalah pada tahap yang optimum di mana terdapat hanya 16.5% daripada peralatan yang berdaftar adalah pada tahap penggunaan yang rendah.