Langkau ke kandungan utama
x
Pilih Kategori Statistik

Kedudukan Malaysia dan Negara-Negara Terpilih berdasarkan Indeks Inovasi Global (GII), 2013-2019

COUNTRY / ECONOMY INCOME 2019 2018 2017 2016 2015 2014 2013
RANK SCORE (0-100) RANK SCORE (0-100) RANK SCORE (0-100) RANK  SCORE (0-100) RANK  SCORE (0-100) RANK  SCORE (0-100) RANK  SCORE (0-100)
Switzerland  HI  1 67.24 1 68.4 1 67.69 1 66.28 1 68.3 1 64.78 1 66.59
Sweden  HI  2 63.65 3 63.08 2 63.82 2 63.57 3 62.4 3 62.29 2 61.36
USA HI  3 61.73 6 59.81 4 61.4 4 61.4 5 60.1 6 60.09 5 60.31
Netherlands HI  4 61.44 2 63.32 3 63.36 9 58.29 4 61.58 5 60.59 4 61.14
United Kingdom HI  5 61.30 4 60.13 5 60.89 3 61.93 2 62.42 2 62.37 3 61.25
Finland  HI  6 59.83 7 59.63 8 58.49 5 59.9 6 59.97 4 60.67 6 59.51
Denmark  HI  7 58.44 8 58.39 6 58.7 8 58.45 10 57.7 8 57.52 9 58.34
Singapore  HI  8 58.37 5 59.83 7 58.69 6 59.16 7 59.36 7 59.24 8 59.41
Hong Kong (China) HI  13 55.54 14 54.62 16 53.88 14 55.69 11 57.23 10 56.82 7 59.43
China  UM  14 54.82 17 53.06 22 52.54 25 50.57 29 47.47 29 46.57 35 44.66
Cyprus  HI  28 48.34 29 47.83 30 46.84 31 46.34 34 43.51 30 45.82 27 49.32
Spain  HI  29 47.85 28 48.68 28 48.41 28 49.19 27 49.07 27 49.27 26 49.41
Slovenia  HI  31 45.25 30 46.87 32 45.8 32 45.97 28 48.49 28 47.23 30 47.32
Portugal  HI  32 44.65 32 45.71 31 46.05 30 46.45 30 46.61 32 45.63 34 45.1
Malaysia UM  35 42.68 35 43.16 37 42.72 35 43.36 32 45.98 33 45.6 32 46.92

 

Nota: HI – pendapatan tinggi, UM- pendapatan menengah atas, LM-pendapatan rendah :
Kedudukan daripada 129 negara (2019); 126 negara (2018); 127 negara (2017); 128 negara (2016); 141 negara (2015); 143 negara (2014); 142 negara (2013)

Sumber: https://www.wipo.int/global_innovation_index/en/2019/

Rumusan

Jadual di atas menunjukkan kedudukan beberapa buah negara dalam Indeks Inovasi Global bagi tahun 2013-2019.  Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara berpendapatan menengah atas (Upper middle income) berdasarkan nilai pendapatan negara kasar (PNK /GNI) per kapita negara.  Pada tahun 2019, Malaysia kekal di kedudukan ke-35 sama seperti tahun sebelumnya.

National Minimum Data Set (NMDS)

Maklumat yang terkandung dalam Pangkalan Data National Minimum Data Set (NMDS) sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif. Sepanjang tahun 2017, MASTIC telah berjaya mengemas kini data modal insan S&T di peringkat Kementerian. Kini, MASTIC sedang giat mengemas kini data NMDS di peringkat kebangsaan secara berfasa.

Sehingga Jun 2018, sejumlah 19,146 rekod penyelidik dan 6,382 rekod pakar telah didaftarkan dalam NMDS.

Pengguna boleh mencapai maklumat yang terkandung dalam pangkalan data NMDS secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my). Carian maklumat modal insan S&T dalam sistem Krste.my boleh dilakukan dengan langkah berikut : Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘Person’.

Rumusan

Skor :

2016 : 69.16 (Maks. Skor: 91.3)

2017 : 66.98 (Maks. Skor: 89.0)

2018 : 64.79 (Maks. Skor: 89.3)

2019 : 67.61 (Maks. Skor: 87.38)

 

Nota : 

2016 : Kedudukan daripada 84 negara

2017 : Kedudukan daripada 78 negara

2018 : Kedudukan daripada 80 negara

2019 : Kedudukan daripada 95 negara

Rumusan

National Survey of Innovation 2012

Pengelasan responden inovatif dan bukan inovatif berasaskan sektor perniagaan adalah seperti jadual di atas. Berdasarkan bilangan responden daripada sektor pembuatan dan perkhidmatan, majoriti daripada responden inovatif adalah daripada sektor perkhidmatan dengan 62%, manakala selebihnya adalah daripada sektor pembuatan dengan 38%. Sebaliknya, yang tertinggi syarikat bukan inovatif adalah daripada sektor pembuatan dengan 58% berbanding dengan sektor perkhidmatan dengan 42%.

Kedudukan Malaysia dan negara-negara terpilih dalam Indeks Daya Saing Global 2014-2018
 
No Negara 2018 2017-2018 2016-2017 2015-2016 2014-2015
Kedudukan Skor Kedudukan Skor Kedudukan Skor Kedudukan Skor Kedudukan Skor
1 United States 1 85.6 2 5.85 3 5.7 3 5.61 3 5.54
2 Singapore 2 83.5 3 5.71 2 5.72 2 5.68 2 5.65
3 Switzerland 3 82.6 1 5.86 1 5.81 1 5.76 1 5.7
4 Japan 4 82.5 9 5.49 8 5.48 6 5.47 6 5.47
5 United Kingdom 8 82 8 5.41 7 5.49 10 5.43 9 5.41
6 Australia 14 78.9 21 5.19 22 5.19 21 5.15 22 5.08
7 Malaysia 25 74.4 23 5.17 25 5.16 18 5.23 20 5.16
8 China 28 72.6 27 5 28 4.95 28 4.89 28 4.89
9 Thailand 38 67.5 32 4.72 34 4.64 32 4.64 31 4.66
10 Soudi Arabia 39 67.5 30 4.83 29 4.84 25 5.17 24 5.06
11 Indonesia 45 64.9 36 4.68 41 4.52 37 4.52 34 4.57

Pautan ke laporan penuh : http://reports.weforum.org/global-competitiveness-report-2018/downloads/

Nota : 
 Bilangan negara terlibat : 140 negara (2018); 137 negara (2017-2018); 138 negara (2016-2017); 140 negara (2015-2016); 144 negara (2014-2015)
2017 - kiraan semula skor 2017 menggunakan metodogi baru

Rumusan

Jadual di atas menunjukkan kedudukan beberapa buah negara terpilih dalam indeks daya saing global (GCI) bagi tahun 2014 hingga 2018. Bermula tahun 2018, metodologi dan struktur indeks daya saing global yang baru telah diperkenalkan. Penyertaan daripada 140 buah negara dalam laporan GCR 2018 memperlihatkan Malaysia berada di kedudukan ke 25 (naik 1 anak tangga) berbanding kedudukan ke 26 daripada 137 buah negara tahun sebelumnya (rujuk carta - setelah kiraan semula skor 2017 menggunakan metodologi baru). Skor Malaysia turut meningkat kepada 74.4 berbanding 73.3 pada tahun 2017.

Rumusan

GERD Malaysia telah meningkat sejak tahun 2008. Pada tahun 2016, GERD telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 2008 dengan jumlah RM17,685 juta. Di samping itu, nisbah GERD terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut meningkat daripada 0.79% pada 2008 kepada 1.44% pada 2016, menghampiri sasaran 2.0% yang ditetapkan oleh Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).

Rumusan

Liputan Data : WoS - SCIE dan SSCI, 2001-2014

Bilangan penerbitan (Artikel dan Prosiding) meningkat dari tahun ke tahun.

Rumusan

Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia menunjukkan rasa minat terhadap bidang STI berbanding yang tidak pasti atau tidak tahu mengenai STI.


Kebanyakan responden (84%) menyatakan bahawa mereka berminat atau sangat berminat dalam "penggunaan ciptaan baru dan teknologi", diikuti dengan "penemuan baru perubatan" (79%), "inovasi" (78%) dan "penemuan saintifik baru" (76%).

Kedudukan dan Skor: Malaysia dan Negara-Negara Terpilih dalam World Competitiveness Yearbook (WCY), 2014-2019 

NO. NEGARA              2019             2018            2017 2016 2015 2014
KEDUDUKAN SKOR KEDUDUKAN SKOR KEDUDUKAN SKOR KEDUDUKAN SKOR KEDUDUKAN SKOR KEDUDUKAN SKOR
1 Singapore 1 100.00 3 98.55 3 99.49 4 97.65 3 95.00 3 91.00
2 Hong Kong 2 97.80 2 99.16 1 100.00 1 100.00 2 96.00 4 90.30
3 USA 3 97.12 1 100.00 4 98.66 3 97.88 1 100.00 1 100.00
4 Switzerland 4 96.01 5 97.14 2 99.66 2 98.02 4 91.92 2 92.42
5 Qatar 10 91.95 14 88.89 17 88.10 13 86.72 13 84.60 19 77.10
6 China 14 88.78 13 89.03 18 87.76 25 79.35 22 77.00 23 73.30
7 Taiwan 16 88.24 17 87.91 14 90.48 14 86.37 11 85.40 13 81.20
8 Germany 17 85.74 15 88.75 13 91.59 12 88.57 10 85.60 6 85.80
9 Australia 18 85.51 19 87.06 21 85.25 17 84.27 18 80.50 17 79.60
10 Malaysia 22 82.54 22 85.17 24 83.53 19 83.05 14 84.10 12 82.10
11 UK 23 81.84 20 85.62 19 86.78 18 83.34 19 79.90 16 79.80
12 Thailand 25 77.23 30 79.45 27 80.10 28 74.68 30 69.80 29 65.00
13 Korea 28 76.50 27 80.12 29 78.65 29 74.20 25 73.90 26 69.70
14 Japan 30 74.63 25 81.31 26 82.27 26 78.72 27 72.80 21 73.80
15 India 43 67.29 44 68.77 45 69.70 41 65.83 44 59.50 44 53.90
16 Philippines 46 64.73 50 64.66 41 71.8 42 65.54 41 60.20 42 55.00

Nota: Kedudukan 63 negara (2019, 2018 & 2017), 61 negara (2016 & 2015); 60 negara (2014)

Rumusan

Jadual di atas menunjukkan kedudukan Malaysia berbanding beberapa negara terpilih dalam buku IMD World Competitiveness Yearbook (WCY) bagi tahun 2014-2019.  Laporan 2019 memperlihatkan Malaysia kekal di kedudukan ke-22 berbanding tahun sebelumnya dengan penurunan skor sebanyak 2.63 kepada 82.54.  Input data Malaysia kepada WCY diselaraskan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan MESTECC merupakan salah sebuah Kementerian yang menyumbangkan data bagi laporan ini (Teras: Infrastruktur Asas dan Infrastruktur Saintifik).

Kajian Kemudahan dan Peralatan STI 2012/2013 telah dijalankan sebagai aktiviti pemerolehan dan pengememaskinian data secara berterusan untuk mendapatkan data yang terkini dan komprehensif mengenai kemudahan dan peralatan STI yang terdapat di Malaysia. Inisiatif ini adalah penting bagi merekodkan bilangan kemudahan dan peralatan STI yang semakin meningkat dengan pertambahan bilangan institusi-institusi yang menjalankan aktiviti R&D seperti universiti, pusat kecemerlangan dan industri berteknologi tinggi.

Kemudahan S&T yang dikumpul didefinisikan sebagai tempat di mana aktiviti penyelidikan dan saintifik dijalankan seperti makmal, pusat pemantauan dan tempat ujian manakal Peralatan S&T merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk menyokong aktiviti S&T termasuklah penyelidikan, pengujian, dan pemantauan yang mempunyai kos melebihi RM 200,000.00 bagi setiap peralatan.

Oleh itu, hasil dapatan kajian ini adalah penting bagi penggubal dasar dan penyelidik untuk mengenal pasti kemudahan dan peralatan STI sedia ada di negara ini. Ia juga akan menggalakkan pengurusan sumber yang cekap dengan perkongsian peralatan STI di pelbagai kemudahan di yang disediakan di seluruh negara. Di samping itu, ia juga akan membantu agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan lain dalam menentukan keperluan untuk pemerolehan aset baru pada masa hadapan.