Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Soalan Lazim

Anda di sini

MASTIC adalah singkatan daripada perkataan"Malaysia Science and Technology Information Center"  (Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia). MASTIC merupakan salah satu bahagian di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang bertanggungjawab mengumpul dan menyebarkan maklumat strategik yang berkaitan dengan aktiviti S & T dan menjadi pusat rujukan utama maklumat STI negara.

Semua produk dan perkhidmatan boleh diakses menerusi portal MASTIC di alamat URL http://mastic.mestecc.gov.my. Anda mesti mendaftar sebagai ahli portal MASTIC untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan.

MASTIC boleh dihubungi melalui telefon, faks atau e-mel seperti berikut:

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62662 Putrajaya, Malaysia

Telefon: (603) 8885 8038 (talian tetap)

Faks: (603) 8889 2980

E-mel: mastic@mosti.gov.my

Petunjuk STI adalah penting untuk mengawasi dan mengukur prestasi terkini dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi negara (STI). Maklumat ini membolehkan kerajaan dan pihak berkepentingan untuk merancang dan merumuskan dasar yang sesuai untuk membangunkan medan STI kebangsaan.

MASTIC membangunkan penunjuk STI kebangsaan melalui pengumpulan, analisis dan tabulasi data yang diperolehi daripada beberapa kaji selidik STI, iaitu:

i. Kajian R & D Negara;

ii. Kajian Inovasi Kebangsaan dalam Pembuatan dan Perkhidmatan;

iii. Kajian Kesedaran Awam STI; dan

iv. Kajian Bibliometrik Kebangsaan.

Responden untuk kajian ini termasuk organisasi berikut:

i. Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta;

ii. Institut Penyelidikan Kerajaan;

iii. Agensi-agensi kerajaan;

iv. Syarikat Berkaitan Kerajaan;

v. Syarikat Swasta;

vi. Hospital Kerajaan dan Swasta; dan

vii. Rakyat Malaysia (untuk Kajian Kesedaran Awam STI sahaja).

Petunjuk STI dilaporkan dalam Laporan Tinjauan STI yang boleh didapati secara PERCUMA di portal MASTIC mastic.mosti.gov.my, di bawah Seksyen Penerbitan. Cetakan salinan laporan boleh diperolehi dengan menghantar permintaan melalui e-mel atau pos ke MASTIC.

Raw Data tidak akan dikongsi dengan klien kami (kecuali dengan kelulusan khas pengurusan atasan MESTECC), Walau bagaimanapun, MASTIC akan menyediakan data mengikut jadual berdasarkan permintaan pelanggan..

MASTIC mempunyai lima (5) pangkalan data utama. Pangkalan data adalah:

i. Pakar Modal Insan STI dari pelbagai bidang S & T;

ii. Inventori Kemudahan dan Peralatan STI;

iii. Produk dan teknologi STI tempatan dengan potensi untuk pengkomersialan (TECHMart);

iv. Senarai Institusi STI; dan

v. Maklumat projek R & D.

Pelanggan tidak akan dikenakan bayaran. Semua Perkhidmatan disediakan secara PERCUMA.

Pelanggan perlu mendaftar sebagai pelanggan portal KRSTE.my untuk mengakses semua pangkalan data dan maklumat yang telah disediakan oleh MASTIC. Pendaftaran adalah PERCUMA.

Anda boleh memuat turun maklumat dan data awam yang dipaparkan di portal MASTIC untuk kegunaan peribadi dan penggunaan bukan komersil sahaja. Apa-apa aktiviti selain daripada tujuan itu, anda perlu mendapat kebenaran bertulis daripada MASTIC.

Anda perlu mempunyai nama pengguna dan kata laluan yang boleh dibuat dengan pendaftaran dalam talian di laman web yang sama tanpa sebarang kos yang diperlukan.

Ya. Anda boleh mengklik "Saya terlupa kata laluan saya" dan kata laluan anda akan dihantar ke e-mel yang anda gunakan untuk pendaftaran.

Sebarang saranan dan komen boleh dihantar melalui:

i. Lajur Maklum Balas MASTIC :  tekan di sini

ii. E-mel: mastic@mastic.gov.my

Tidak. Nama pengguna dan kata laluan yang sama boleh digunakan untuk semua aplikasi yang telah dibangunkan oleh MASTIC.

MESTECC - Masa Perkhidmatan Perpustakaan adalah seperti berikut:

Perkhidmatan Perpustakaan di MESTECC hanya boleh digunakan oleh kakitangan dan agensi di bawah MESTECC. Walau bagaimanapun, pengguna luaran masih boleh menggunakan syarat dengan melampirkan surat rasmi dari jabatan masing-masing ketika datang untuk membuat rujukan di Perpustakaan MESTECC.

Koleksi yang terdapat di Perpustakaan MESTECC adalah berkaitan dengan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi. Koleksi lain yang berkaitan juga boleh didapati di Perpustakaan MESTECC seperti Pengurusan, Bioteknologi, Sains Marin, dan sebagainya.

Halaman-halaman

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/soalan-lazim
  • Jumlah Pelawat: 6020441