Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Produk dan Perkhidmatan

Anda di sini

1. Pembangunan Petunjuk Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Kebangsaan
  • Kajian Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan
    • Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur kadar pelaburan dalam menghasilkan pengetahuan sains dan teknologi yang baru dengan   melihat pencapaian di dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.  Hasil daripada kajian ini menyediakan gambaran menyeluruh mengenai perkembangan aktiviti R&D yang dijalankan oleh sektor awam dan swasta di Malaysia.  Data aktiviti R&D yang tepat dan terkini perlu dikumpulkan secara komprehensif bagi menyediakan input yang penting bagi penggubal dasar.
  • Kajian Inovasi Kebangsaan
    • Kajian Inovasi Kebangsaan telah dijalankan sejak tahun 1994 bagi menyediakan maklumat berkenaan dengan tahap perkembangan teknologi negara.  Ia membolehkan penggubal dasar mengenal pasti ciri-ciri inovasi secara komprehensif yang amat penting untuk campur tangan dasar.  Kaedah yang diguna pakai di dalam kajian ini adalah berdasarkan Oslo Manual dan Community Innovation Survey yang dijalankan di negara-negara Kesatuan Eropah (EU).
  • Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia
    • Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran rakyat Malaysia, sikap, minat dan pemahaman sains, teknologi dan inovasi (STI) serta sejauh mana penglibatan masyarakat umum di dalam program STI dan kejayaan pelaksanaan program-program tersebut.  Hasil penemuan kajian ini adalah penting bagi penggubal dasar untuk merancang dan melaksanakan strategi yang sesuai dalam memastikan STI mudah difahami dan lebih menarik minat masyarakat.  Masyarakat awam sebaliknya akan mendapat faedah melalui program STI yang efektif, di mana ia akan membawa kesan yang positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi.  Selain itu, perbandingan boleh dilakukan dengan negara-negara lain bagi tujuan penggubalan dasar dan penandarasaan.
  • Kajian Bibiometrik Malaysia
    • Kajian bibliometrik kebangsaan dilaksanakan sebagai asas kepada pembangunan pangkalan data bibliometrik kebangsaan yang diperlukan untuk merancang pembangunan strategik sains dan teknologi (S&T) negara.  Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti output pengetahuan S&T oleh saintis Malaysia yang diukur dengan melihat kepada bilangan kertas kerja yang dihasilkan di peringkat antarabangsa, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pencapaian institusi dan individu dalam bidang tertentu serta mengenal pasti tahap kerjasama di kalangan institusi dan negara.
  • Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia
    • Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia merupakan gabungan data daripada kajian-kajian yang dilaksanakan oleh MASTIC termasuk data-data sekunder yang diperoleh daripada organisasi dan agensi lain.  Laporan ini memberikan maklumat terperinci terhadap pencapaian dan trend S&T seperti pendidikan, pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan, inovasi, penerbitan saintifik dan kesedaran awam.  Ia juga mengandungi petunjuk yang komprehensif bagi menandaras status dan pencapaian negara dengan tahun-tahun sebelumnya dan juga perbandingan antarabangsa.
2. Pangkalan Data Online : MASTICLink
  • MASTICLink merupakan sumber maklumat tunggal yang menyimpan maklumat berkaitan dengan sumber manusia, projek dan kemudahan S&T negara.  Maklumat-maklumat ini disumbangkan oleh pelbagai individu dan organisasi daripada institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut penyelidikan kerajaan (GRI) di Malaysia.  Maklumat tersebut boleh dicapai oleh orang awam melalui portal MASTIC di mana pendaftaran (percuma) sebagai ahli portal adalah diperlukan.  Di antara maklumat yang terdapat di dalam MASTICLink ialah:
    • Direktori Organisasi STI
      • Direktori ini mengandungi senarai organisasi yang terlibat di dalam aktiviti sains dan teknologi di Malaysia.  Maklumat yang diperoleh adalah berdasarkan daripada kajian yang dijalankan oleh MASTIC dan dikategorikan kepada sektor awam, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
    • Personel STI
      • Mengandungi profil sumber manusia yang terlibat di dalam aktiviti S&T daripada sektor awam dan swasta.  Maklumat personel dikategorikan kepada personel S&T, pakar S&T dan ahli Akademi Sains Malaysia (ASM)).  Hasil daripada maklumat pakar S&T, MASTIC menerbitkan Direktori Pakar S&T dan diedarkan sebagai rujukan kepada semua organisasi atau individu yang berminat.
    • Projek STI
      • Maklumat projek S&T yang sedang atau telah dilaksanakan oleh penyelidik daripada IPT dan GRI disimpan di dalam pangkalan data ini.  Projek yang direkodkan adalah terdiri daripada projek yang dibiayai oleh geran penyelidikan MESTECC seperti ScienceFund, TecnoFund, InnoFund  dan projek IRPA (RMK-6, RMK-7 & RMK-8) serta projek-projek lain yang dibiayai oleh agensi kerajaan, universiti dan swasta.
    • Kemudahan dan Peralatan STI
      • Pangkalan data ini mengandungi senarai kemudahan dan peralatan S&T yang terdapat di agensi-agensi kerajaan termasuk universiti-universiti.  Ini merangkumi makmal dan kemudahan khusus, tempat percubaan dan peralatan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta aktiviti S&T yang berkaitan.  Direktori kemudahan dan peralatan S&T diterbitkan oleh MASTIC bagi menggalakkan perkongsian peralatan dan juga mengelakkan pembelian peralatan saintifik yang sama di kalangan agensi kerajaan.
    • TECHMart
      • Pangkalan data ini mengandungi maklumat projek penyelidikan dan inovasi penyelidik tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan.  Saintis tempatan dijemput untuk menggunakan platform ini untuk mengetengahkan hasil kajian, memperoleh rakan kongsi dan juga mempertingkatkan kenalan.
    • Pangkalan Data Dilanggan : Tech Watch (Explorer), LawNet, Science Online
      • Menyediakan maklumat terkini mengenai bidang teknologi yang berkembang pesat pada masa kini dan berpotensi untuk dimajukan pada masa hadapan bagi tujuan penyelidikan dan pengkomersilan.  MASTIC mengharapkan agar daripada langganan pangkalan data atas talian tersebut, individu dan organisasi yang berminat akan memperoleh maklumat STI yang strategik yang terkini agar pengetahuan yang diperoleh setaraf dengan negara-negara maju.
    • Knowledge Resource for Science and Technology Excellence, Malaysia (KRSTE.my)
      • KRSTE.my adalah satu inisiatif untuk meningkatkan sistem pengurusan maklumat MESTECC di mana ia berkemampuan untuk mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai pangkalan data dan sistem, bagi membolehkannya maklumat STI dan R&D dicapai melalui satu sumber.
      • Kepentingan sistem KRSTE.my sangat berkait rapat dengan aktiviti semasa MESTECC yang bertanggungjawab menjana pengetahuan berasaskan STI melalui pengumpulan, penyediaan, pengurusan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan ICT secara meluas.  Sistem KRSTE.my akan:
        • Menggalakkan kolaborasi antara komuniti S&T dari dalam dan luar negara untuk perkongsian maklumat aktiviti R&D seperti melalui program Brain Gain dan pengkomersilan hasil R&D; 
        • Dapat meningkatkan produktiviti R&D/S&T negara dengan kemampuan perkongsian dan pertukaran maklumat di kalangan komuniti STI;
        • Meningkatkan keupayaan capaian dan carian maklumat STI bagi membantu penggubal dasar dan agensi perancangan pusat membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat;
        • Sebagai platform kepada MESTECC untuk membangunkan kandungan maklumat STI tempatan, Indigenous knowledge serta memelihara memori institusi (institutional memory) dengan menyediakan kemudahan perkongsian dan capaian setempat (Single Point Access Facility, SPAF).
        • Menyediakan platform bagi aktiviti pengurusan pengetahuan seperti pengumpulan, penyimpanan, pengurusan dan penyebaran maklumat secara elektronik mengikut keperluan tahap keselamatan kandungan.
3. Perpustakaan
  • MASTIC bertanggungjawab menguruskan operasi Perpustakaan MESTECC sesuai dengan fungsinya sebagai pusat maklumat STI.  Perpustakaan MESTECC merupakan sumber maklumat yang unggul bagi menyokong visi MESTECC untuk menjadi pelopor dalam memajukan sains, teknologi dan inovasi di Malaysia.
  • Perpustakaan ini menyimpan koleksi bahan rujukan di dalam pelbagai bidang STI seperti inovasi, bioteknologi, biodiversiti, sains marin, teknologi informasi dan telekomunikasi (ICT) dan pembangunan mapan serta mengandungi maklumat STI mengenai dasar, pengurusan STI, masa hadapan dan alam sekitar.   Sehingga kini perpustakaan MESTECC menempatkan lebih daripada 13,000 keluaran monograf, 32 jenis majalah/jurnal yang dilanggan, surat khabar, pangkalan data atas talian (dalaman MESTECC dan antarabangsa), sumber multimedia, tesis, laporan tahunan, prosiding dan laporan-laporan lain.
  • Perpustakaan MESTECC adalah dibuka kepada semua penyelidik/kakitangan kerajaan, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga individu daripada sektor awam dan swasta yang berminat.  Untuk maklumat lanjut mengenai perpustakaan, sila layari laman web perpustakaan melalui laman web MESTECC di www.mestecc.gov.my atau portal MASTIC di mastic.mestecc.gov.my atau klik alamat URL berikut http://iportal.mastic.gov.my/.
  • Koleksi Terpilih Perpustakaan
4. Portal
  • Sebagai pusat maklumat STI negara, MASTIC perlu menyediakan maklumat STI secara atas talian agar mudah dicapai oleh pengguna dari dalam dan luar MESTECC.  Justeru itu, MASTIC telah membangunkan laman web yang boleh dicapai di mastic.mestecc.gov.my.  Terdapat pelbagai maklumat yang boleh diperoleh melalui laman web tersebut seperti maklumat bahan-bahan penerbitan MASTIC, insentif S&T dan dana/geran R&D, pangkalan data MASTICLink, pangkalan data luar yang dilanggan dan capaian ke sistem KRSTE.my.  Pengguna dikehendaki mendaftar sebagai ahli portal secara percuma sebelum dibenarkan mencapai maklumat STI kerana tahap capaian pengguna akan ditentukan melalui maklumat yang dimasukkan.
MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/profile/about-us-container/row/maklumat-korporat/produk-dan-perkhidmatan
  • Jumlah Pelawat: 5302451