Langkau ke kandungan utama
Pengenalan

Pangkalan data ini mengandungi senarai produk dan teknologi tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan yang terhasil daripada aktiviti R&D sejak tahun 1996. Pembekal data TECHMART terdiri daripada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan dan syarikat swasta. Sebahagian daripada produk atau teknologi berkenaan pernah dipamerkan dalam ekspo pameran kebangsaan dan antarabangsa  seperti International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX), National Innovation and Economy Creative (NICE) dan sebagainya.

TECHMART menyediakan platform bagi pemindahan teknologi untuk meningkatkan pengaplikasian teknologi tempatan ke arah pembangunan keupayaan S&T negara. Pangkalan data ini juga membuka ruang kepada pengusaha industri untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk dan teknologi tempatan.

Definisi

Produk / Teknologi S&T didefinisikan sebagai produk atau teknologi tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan dan dihasilkan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan di dalam bidang S&T. Jenis produk/teknologi yang terkandung dalam TECHMART adalah:

1. Prototype : Model percubaan atau contoh awal
2. Pilot Plant       : Percubaan dalam skala yang kecil.
3. Paten       : Hak  eksklusif  yang  dianugerahkan  oleh pihak kerajaan untuk reka cipta baru sama ada ia adalah satu produk atau proses.
4. Copyright : Hak   eksklusif  yang  diberikan  oleh  undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka
5.     Trademark  :

Ia merangkumi perkataan, logo,  gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi iaitu tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh   seorang pengeluar untuk mengenal atau membezakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.

6. Industrial Design : Ciri, bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian iaitu ciri yang ada pada barang siap.
Status Semasa

Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif. Kini, MASTIC sedang giat mengemas kini data TECHMART di peringkat kebangsaan secara berfasa.

Sehingga Jun 2018, sejumlah 5,175 rekod Produk / Teknologi S&T telah didaftarkan dalam TECHMART.

Pengguna boleh mencapai Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my)Carian maklumat TECHMART dalam sistem Krste.my boleh dilakukan menerusi langkah berikut :Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘TECHMART’.

Pendaftaran dan Pengemaskinian

Pengguna boleh mendaftarkan produk dan teknologi baru, sila klik butang dibawah : 

Pendaftaran Techmart

Bagi urusan berkaitan pengemaskinian / pendaftaran rekod baru / keterangan lanjut / sokongan teknikal, sila hubungi pegawai MASTIC yang berikut:.