Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

NATIONAL MINIMUM DATA SET (NMDS)

Anda di sini

  • NMDS
    NATIONAL MINIMUM DATA SET
    SCOPE
    Existing HRST and Project data update.
    Registration of new data for HRST and Project.
    Provide access level to the system according to categories.
    Objective of the NMDS online-update is
    to provide an on-line NMDS Management information through the web page.
    Registration and data management for Coordinator and Project Manager.

PENGENALAN

MASTIC telah membangunkan pangkalan data NMDS sejak tahun 1994. Pangkalan data ini mengandungi profil modal insan S&T seperti para penyelidik dan pakar yang terdapat di jabatan/agensi kerajaan, institut penyelidikan awam dan swasta, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan aktiviti R&D dan lain-lain perkhidmatan S&T di Malaysia. Pengumpulan data ini bertujuan untuk mengetahui status ketersediaan tenaga pakar S&T dan keupayaan R&D negara dalam pelbagai bidang S&T.

Maklumat modal insan dalam Pangkalan Data NMDS di kumpul melalui pegawai penyelaras yang dilantik oleh MASTIC dari setiap organisasi S&T tempatan. Pegawai Penyelaras yang dilantik bertanggungjawab untuk menyelaras proses pengumpulan dan pengemaskinian data dalam NMDS. Sistem pangkalan data NMDS mengaplikasikan konsep pengemaskinian secara atas talian yang membolehkan para penyelidik mendaftar atau mengemas kini maklumat masing-masing dan mendapat pengesahan oleh pegawai penyelaras.

 

DEFINISI MODAL INSAN S&T

MASTIC menggunakan definisi modal insan S&T berdasarkan Canberra Manual seperti berikut:

a. Seseorang yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertiary dalam bidang S&T; atau

b. Seseorang yang bekerja dalam bidang S&T walaupun tidak memiliki sebarang kelayakan dalam bidang pengajian di peringkat tertiary dalam bidang S&T.

 

KANDUNGAN NMDS

Pangkalan data NMDS mengandungi maklumat profil HRST seperti  bidang kepakaran (FOR), latar belakang pendidikan, anugerah, penerbitan, maklumat projek penyelidikan (Bank Project) serta maklumat organisasi S&T.

 

STATUS SEMASA

Maklumat yang terkandung dalam Pangkalan Data NMDS sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif. Sepanjang tahun 2017, MASTIC telah berjaya mengemas kini data modal insan S&T di peringkat Kementerian. Kini, MASTIC sedang giat mengemas kini data NMDS di peringkat kebangsaan secara berfasa.

Sehingga Jun 2018, sejumlah 19,146 rekod penyelidik dan 6,382 rekod pakar telah didaftarkan dalam NMDS.

Pengguna boleh mencapai maklumat yang terkandung dalam pangkalan data NMDS secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my). Carian maklumat modal insan S&T dalam sistem Krste.my boleh dilakukan dengan langkah berikut : Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘Person’.

 

PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN

Pendaftaran CV dalam sistem NMDS adalah terhad kepada modal insan STI seperti yang telah diterangkan di modul 'DEFINISI MODAL INSAN S&T'. Bagi membuat capaian ke Pangkalan Data NMDS, penyelidik perlu mendaftar terlebih dahulu dengan sistem KRSTE.my (https://krste.my/home/registeration). ID dan kata laluan KRSTE.my yang sama digunakan untuk log masuk Pangkalan Data NMDS (http://nmds.mastic.gov.my). Para penyelidik dinasihatkan untuk mendaftar dan mengemaskini CV masing-masing mengikut 'Manual Penyelidik' yang dilampirkan di bawah.

Bagi urusan berkaitan pengemaskinian / pendaftaran rekod baru / keterangan lanjut / sokongan teknikal, sila hubungi pegawai MASTIC yang berikut:

Puan Uwarani A/P Krishnan

Tel: 03-8885 8109 | E-mail: infoservices_mastic[at]mestecc.gov.my

 

 

KRSTE.my

 

KRSTE.my

Direka khusus sebagai Single Point Access Facilities (SPAF) platform pengurusan pengetahuan dan pembelajaran pengetahuan pintar.

 

e-Library

 

e-Library

Perpustakaan ini mempunyai sumber pengetahuan sains dan teknologi (S & T) yang banyak dan pelbagai daripada pelbagai pengetahuan.

 

NMDS

 

NMDS

Dibangunkan sebagai pangkalan data sumber manusia yang utama bagi penyelidik dan pakar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) negara.

 

MRDCS

 

MRDCS

Dibangunkan bagi memudahkan pengguna membuat carian pantas pada Sistem Klasifikasi R&D Kebangsaan.

 

TechWatch

 

TechWatch

Merupakan pangkalan data atas talian yang mengandungi maklumat yang membolehkan sesebuah organisasi membuat penilaian teknologi STI yang realistik terhadap peluang komersial hasil dari pembangunan teknologi terkini.

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/e-perkhidmatan/nmds
  • Jumlah Pelawat: 6020575