Langkau ke kandungan utama
x

Sebagai pusat maklumat STI negara, MASTIC perlu menyediakan maklumat STI secara atas talian agar mudah dicapai oleh pengguna dari dalam dan luar MESTECC.  Justeru itu, MASTIC telah membangunkan laman web yang boleh dicapai di mastic.mestecc.gov.my.  Terdapat pelbagai maklumat yang boleh diperoleh melalui laman web tersebut seperti maklumat bahan-bahan penerbitan MASTIC, insentif S&T dan dana/geran R&D, pangkalan data MASTICLink, pangkalan data luar yang dilanggan dan capaian ke sistem KRSTE.my.  Pengguna dikehendaki mendaftar sebagai ahli portal secara percuma sebelum dibenarkan mencapai maklumat STI kerana tahap capaian pengguna akan ditentukan melalui maklumat yang dimasukkan.