Langkau ke kandungan utama

Kronologi

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia atau ringkasannya MASTIC telah ditubuhkan pada tahun 1992 di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian. Penubuhan MASTIC dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia dan MASTIC telah diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Pusat rujukan pilihan utama negara untuk maklumat strategik sains, teknologi dan inovasi (STI).

Menyediakan maklumat STI yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif melalui sistem pengurusan maklumat yang efisien bagi menyokong Polisi STI negara.

Menjadi pusat rujukan utama bagi maklumat strategik STI Negara bagi menyokong keperluan komuniti STI melalui pengurusan pengetahuan yang berkualiti.

Menyediakan kemudahan aliran dan capaian maklumat STI di antara sektor kerajaan dan sektor swasta bagi menyokong dasar negara dalam pembangunan STI.