Langkau ke kandungan utama

MASTICLink merupakan sumber maklumat tunggal yang menyimpan maklumat berkaitan dengan sumber manusia, projek dan kemudahan S&T negara.  Maklumat-maklumat ini disumbangkan oleh pelbagai individu dan organisasi daripada institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut penyelidikan kerajaan (GRI) di Malaysia.  Maklumat tersebut boleh dicapai oleh orang awam melalui portal MASTIC di mana pendaftaran (percuma) sebagai ahli portal adalah diperlukan.  Di antara maklumat yang terdapat di dalam MASTICLink ialah:

  • Direktori Organisasi STI
    • Direktori ini mengandungi senarai organisasi yang terlibat di dalam aktiviti sains dan teknologi di Malaysia.  Maklumat yang diperoleh adalah berdasarkan daripada kajian yang dijalankan oleh MASTIC dan dikategorikan kepada sektor awam, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
  • Personel STI
    • Mengandungi profil sumber manusia yang terlibat di dalam aktiviti S&T daripada sektor awam dan swasta.  Maklumat personel dikategorikan kepada personel S&T, pakar S&T dan ahli Akademi Sains Malaysia (ASM)).  Hasil daripada maklumat pakar S&T, MASTIC menerbitkan Direktori Pakar S&T dan diedarkan sebagai rujukan kepada semua organisasi atau individu yang berminat.
  • Projek STI
    • Maklumat projek S&T yang sedang atau telah dilaksanakan oleh penyelidik daripada IPT dan GRI disimpan di dalam pangkalan data ini.  Projek yang direkodkan adalah terdiri daripada projek yang dibiayai oleh geran penyelidikan MESTECC seperti ScienceFund, TecnoFund, InnoFund  dan projek IRPA (RMK-6, RMK-7 & RMK-8) serta projek-projek lain yang dibiayai oleh agensi kerajaan, universiti dan swasta.
  • Kemudahan dan Peralatan STI
    • Pangkalan data ini mengandungi senarai kemudahan dan peralatan S&T yang terdapat di agensi-agensi kerajaan termasuk universiti-universiti.  Ini merangkumi makmal dan kemudahan khusus, tempat percubaan dan peralatan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta aktiviti S&T yang berkaitan.  Direktori kemudahan dan peralatan S&T diterbitkan oleh MASTIC bagi menggalakkan perkongsian peralatan dan juga mengelakkan pembelian peralatan saintifik yang sama di kalangan agensi kerajaan.
  • TECHMart
    • Pangkalan data ini mengandungi maklumat projek penyelidikan dan inovasi penyelidik tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan.  Saintis tempatan dijemput untuk menggunakan platform ini untuk mengetengahkan hasil kajian, memperoleh rakan kongsi dan juga mempertingkatkan kenalan.
  • Pangkalan Data Dilanggan : Tech Watch (Explorer), LawNet, Science Online
    • Menyediakan maklumat terkini mengenai bidang teknologi yang berkembang pesat pada masa kini dan berpotensi untuk dimajukan pada masa hadapan bagi tujuan penyelidikan dan pengkomersilan.  MASTIC mengharapkan agar daripada langganan pangkalan data atas talian tersebut, individu dan organisasi yang berminat akan memperoleh maklumat STI yang strategik yang terkini agar pengetahuan yang diperoleh setaraf dengan negara-negara maju.
  • Knowledge Resource for Science and Technology Excellence, Malaysia (KRSTE.my)
    • KRSTE.my adalah satu inisiatif untuk meningkatkan sistem pengurusan maklumat MESTECC di mana ia berkemampuan untuk mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai pangkalan data dan sistem, bagi membolehkannya maklumat STI dan R&D dicapai melalui satu sumber.
    • Kepentingan sistem KRSTE.my sangat berkait rapat dengan aktiviti semasa MESTECC yang bertanggungjawab menjana pengetahuan berasaskan STI melalui pengumpulan, penyediaan, pengurusan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan ICT secara meluas.  Sistem KRSTE.my akan:
      • Menggalakkan kolaborasi antara komuniti S&T dari dalam dan luar negara untuk perkongsian maklumat aktiviti R&D seperti melalui program Brain Gain dan pengkomersilan hasil R&D; 
      • Dapat meningkatkan produktiviti R&D/S&T negara dengan kemampuan perkongsian dan pertukaran maklumat di kalangan komuniti STI;
      • Meningkatkan keupayaan capaian dan carian maklumat STI bagi membantu penggubal dasar dan agensi perancangan pusat membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat;
      • Sebagai platform kepada MESTECC untuk membangunkan kandungan maklumat STI tempatan, Indigenous knowledge serta memelihara memori institusi (institutional memory) dengan menyediakan kemudahan perkongsian dan capaian setempat (Single Point Access Facility, SPAF).
      • Menyediakan platform bagi aktiviti pengurusan pengetahuan seperti pengumpulan, penyimpanan, pengurusan dan penyebaran maklumat secara elektronik mengikut keperluan tahap keselamatan kandungan.