Langkau ke kandungan utama
x
Latar Belakang

MASTIC melaksanakan pengumpulan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara untuk mendapatkan status, trend dan statistik R&D negara bagi sesuatu tahun kewangan.    Kajian R&D Kebangsaan telah dilaksanakan oleh MASTIC secara dwitahunan sejak tahun 1994 (bagi tahun kewangan 1992). 

Mulai tahun kewangan 2008, Kajian R&D Kebangsaan diadakan setiap tahun bagi memenuhi keperluan pelanggan dalaman dan luaran MASTIC.

Hasil penemuan kajian akan digunakan untuk membangunkan indikator-indikator peringkat kebangsaan bagi input penggubalan dasar STI negara, pengukuran prestasi R&D berbanding sasaran yang ditetapkan Kerajaan dan input bagi perbandingan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

Skop dan Metodologi
  • Kajian ini mengguna pakai garis panduan Frascati Manual yang dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) bagi membolehkan penandarasan dan perbandingan di peringkat antarabangsa.
  • Kajian ini dijalankan secara bancian merangkumi semua organisasi awam dan swasta yang menjalankan aktiviti R&D pada sesuatu tahun kewangan.  
  • Sektor awam terdiri daripada institusi pengajian tinggi (IHL) dan agensi  & institut penyelidikan kerajaan (GRI). Manakala sektor perniagaan terdiri daripada syarikat milik kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta/industri.
  • Pengumpulan data kajian dijalankan melalui pengisian borang soal selidik secara manual atau online , di mana organisasi diminta melaporkan aktiviti R&D secara pukal (by organisation).
Definisi

Definisi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengikut Frascati Manual:
Penyelidikan dan pembangunan eksperimen (R & D) terdiri daripada kerja kreatif dan sistematik yang diambil untuk meningkatkan pengetahuan - termasuk pengetahuan tentang manusia, kebudayaan dan masyarakat - dan membuat aplikasi baru pengetahuan yang ada.

Status Semasa Kajian Terkini

MASTIC akan menjalankan Kajian R&D Kebangsaan 2017 bagi mengumpulkan data aktiviti R&D yang dijalankan pada tahun kewangan 2016.   

Statistik : 

Pola Kajian

Last modified
Feb 2019