Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Kajian Kemudahan dan Peralatan STI

Anda di sini

Latar Belakang

MASTIC telah melaksanakan pengumpulan data kemudahan dan peralatan dalam bidang sains dan teknologi sejak tahun 1994. Seterusnya, pada tahun 2006 MASTIC telah melaksanakan kajian Study on Science Technology Facilities & Equipment yang menekankan supaya sistem inventori kemudahan dan peralatan saintifik yang efisien diwujudkan. Bertitik tolak daripada kajian tersebut, Directory of Scientific Equipment telah diterbitkan pada 2012.  Penerbitan ini telah berfungsi sebagai single reference point peralatan saintifik peringkat kebangsaan.

Pada ketika ini, sebanyak 826 kemudahan dan 2,734 peralatan dari pelbagai organisasi telah disimpan di dalam pangkalan data MASTIC yang menjadi rujukan utama pelbagai pihak khususnya yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menyedari akan kepentingan untuk memastikan data MASTIC terkini, pengemaskinian data telah dilaksanakan berfasa dengan melibatkan Jabatan dan Agensi dibawah kementerian sahaja. Susulan itu, MASTIC telah berjaya menerbitkan Direktori peralatan saintifik MESTECC 2018. Diharapkan penerbitan ini mampu mengoptimumkan penggunaan peruntukan dana R&D dan mempertingkatkan perkongsian peralatan saintifik antara organisasi STI.

Skop dan Metodologi

Pengumpulan data yang diperlukan adalah seperti jenis, lokasi, spesifikasi teknikal, kos-kos berkaitan pembelian dan penyelenggaraan serta status perkongsian bagi kemudahan dan peralatan. Kaedah pengumpulan data ini adalah seperti melengkapkan borang e-kaji selidik, temu bual dan lawatan tapak.

Antara organisasi yang memberikan kerjasama strategi dalam pengumpulan data bagi kajian ini adalah daripada institut pendidikan tinggi awam, institut pendidikan tinggi swasta, institusi penyelidikan kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta.

Definisi

Kemudahan S&T

Premis yang menempatkan peralatan saintifik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan  secara aktif seperti makmal penyelidikan, pusat pemantauan dan tapak ujian.

Contoh: 1. Makmal Penyelidikan dan Jaminan Kualiti (JKM)

  2. Genomic Research Facility (MGI)

Peralatan  S&T

Mesin, alat, radas, aksesori atau komponen berkaitan yang spesifik/unik bernilai daripada RM100,000.00 dan digunakan untuk aktiviti penyelidikan S&T, penganalisaan, pengajaran/ pembelajaran, pengujian dan perkhidmatan pengawasan.

Contoh: 1. Liquid Chromatograph - Mass Spectrometer

 2. Genetic Analyzer

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/kajian-sti/kajian-kemudahan-dan-peralatan-sti
  • Jumlah Pelawat: 5081209