Langkau ke kandungan utama
Latar Belakang

Kajian Inovasi Kebangsaan dilaksanakan untuk mengukur tahap aktiviti dan status inovasi negara dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sehingga kini, MASTIC telah melaksanakan kajian ini sebanyak enam kali dan kajian dilaksanakan setiap 2-4 tahun sekali. Statistik dan trend yang dilaporkan dalam kajian ini akan diguna pakai oleh pembuat dan penganalisis dasar negara bagi melihat perkembangan aktiviti inovasi di kalangan sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. Penemuan kajian ini juga digunakan oleh institusi penyelidikan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pihak swasta untuk tujuan analisis lanjut atau sebagai rujukan.

Skop dan Metodologi
  • Kajian ini mengguna pakai garis panduan Oslo Manual yang dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) bagi membolehkan penandarasan dan perbandingan di peringkat antarabangsa.
  • Skop kajian ini meliputi semua syarikat swasta yang terlibat di dalam bidang perkhidmatan dan pembuatan.
  • Jenis syarikat tersebut adalah syarikat perniagaan tunggal, syarikat perkongsian, syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad.Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik, temu bual dan bengkel.
Definisi

Definisi inovasi yang diguna pakai adalah berdasarkan kepada garis panduan Manual OSLO Edisi ketiga (2005) yang dikeluarkan oleh Organisation For Economic Co-operation and Development (OECD).
Inovasi didefinisikan sebagai implementasi ciri ciri baru atau penambahbaikan terhadap produk, proses, kaedah pemasaran dan kaedah organisasi di dalam sesebuah firma perniagaantempat kerja serta hubungan luar organisasi.

Status Semasa Kajian Terkini

MASTIC sedang menjalankan Kajian Inovasi Kebangsaan bagi Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan yang meliputi maklumat inovasi bagi tahun kewangan 2015-2017. Kajian ini dijangka akan diterbitkan pada bulan Disember 2019.

Statistik :

Pola Kajian

Last modified
Mei 2019