Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Kajian Bibliometrik Kebangsaan

Anda di sini

Latar Belakang

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti status terkini produktiviti dan penghasilan ilmu pengetahuan berbentuk terbitan saintifik dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T) oleh para penyelidik tempatan. Bahagian MASTIC telah melaksanakan Kajian Bibliometrik Kebangsaan S&T bagi tempoh empat (4) tahun sekali sejak tahun 2003.

Pada tahun 2003, skop kajian tertumpu kepada penerbitan ilmiah yang telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa bagi tempoh tahun 1955 sehingga 2002.

Pada tahun 2008, skop kajian telah diperluaskan merangkumi penerbitan ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal tempatan dan antarabangsa. Liputan kajian bagi penerbitan antarabangsa adalah bagi tempoh 1980-2008 manakala penerbitan tempatan bagi tempoh 1927-2008.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2012 mempunyai beberapa persamaan dan juga perbezaan berbanding dengan kajian pertama dan kajian kedua. Antara persamaan utama dalam kajian ini adalah penggunaan analisis bibliometrik dan sumber data kajian daripada pangkalan data bibliometrik yang merangkumi artikel penyelidikan antarabangsa. Perbezaan utama dibandingkan dengan kajian-kajian sebelum ini adalah skop liputan seperti tempoh kajian, sumber perolehan data dan pengukuran H-Indeks untuk Institusi Malaysia. Selain itu, skop kajian 2012 diperluaskan merangkumi bidang sains sosial seperti yang diindekskan dalam pangkalan data Thomson Reuters (Thomson ISI).

Kajian Bibliometrik 2015 bermatlamat untuk menilai status pencapaian penyelidikan di peringkat kebangsaan khususnya dalam mengenal pasti prestasi penyelidikan yang merangkumi aktiviti penerbitan dan paten dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Sains Sosial bagi tempoh 2001 hingga 2014. Kajian ini juga membandingkan prestasi penyelidikan negara secara global termasuk mengenal pasti bidang tumpuan dan kekuatan dalam komuniti penyelidikan di Malaysia. Di samping itu, kajian ini turut memetakan corak kerjasama dalam aktiviti penerbitan dan paten negara.

Skop dan Metodologi

Skop Kajian Bibliometrik 2015 merangkumi:

  1. Penerbitan saintifik (iaitu artikel dan prosiding) dalam bidang STI dan Sains Sosial di dalam pangkalan data utama Web of Science (WoS), iaitu (a) Science Citation Index Expanded (SCIE), (b) Social Science Citation Index (SSCI), dan (c) Essential Science Indicators (ESI), serta pangkalan data SCOPUS;
  2. Pengeluaran paten dalam bidang STI di dalam pangkalan data PCT dan MyIPO; dan
  3. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, Institusi Penyelidikan Awam (PRIs) dan juga syarikat.

Objektif utama Kajian Bibliometrik 2015 adalah:

  1. Mengukur tahap prestasi hasil penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan merujuk kepada penerbitan saintifik dan paten yang dihasilkan oleh penyelidik, individu dan organisasi;
  2. Mengenal pasti kepakaran penyelidik dan pusat-pusat kecemerlangan dalam negara berdasarkan bidang penyelidikan strategik;
  3. Menilai kekerapan sitasi dalam penerbitan saintifik dan paten yang membawa kepada pengenalpastian faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah sitasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  4. Melaporkan indeks-h bagi universiti dan institusi penyelidikan negara;
  5. Memetakan rangkaian penerbitan dan paten di peringkat institusi;
  6. Menilai tahap kolaborasi di antara penyelidik dan institusi tempatan dan antarabangsa dalam aktiviti R&D;
  7. Membandingkan Malaysia di tahap antarabangsa untuk menentukan kedudukan dan sumbangan negara dalam penjanaan penerbitan saintifik di peringkat global; dan
  8. Mengemukakan dan mengesyorkan kepada penggubal dasar cadangan yang holistik untuk meningkatkan prestasi pengetahuan saintifik dalam bidang STI serta kecekapan negara dalam aktiviti R&D.

Definisi

Konsep dan takrifan adalah berdasarkan garis panduan antarabangsa sepertimana yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dalam ¿Bibliometric Indicators and Analysis of Research Systems: Methods and Examples' pada tahun 2007.

Status Semasa Kajian Terkini

MASTIC akan menjalankan kajian seterusnya pada tahun 2018.

Statistik : Pola Kajian

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/kajian-sti/kajian-bibliometrik-kebangsaan
  • Jumlah Pelawat: 5081177