Langkau ke kandungan utama
x
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

BEEP adalah satu program khusus yang bertujuan untuk mewujudkan dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan yang komprehensif dan bersepadu dengan pendekatan bimbingan termasuk mengukuhkan teras perniagaan, membina kapasiti dan keupayaan, meningkatkan produktiviti dan memudahkan akses kepada pembiayaan yang terdiri:

i. Latihan

ii. Pembungkusan dan pelabelan

iii. Persijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti

iv. Inovasi

v. Pengiklanan, Promosi dan Penjenamaan

Kriteria Kelayakan

1. Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 / Pendaftaran Perniagaan 1956

2. Memenuhi definisi PKS

3. 100% dimiliki oleh Bumiputera

4. Mendapat lesen premis perniagaan yang sah

5. SCORE (minimum 1 bintang) atau MCORE (minimum Tahap 2)

6. Sekurang-kurangnya telah beroperasi selama 6 bulan

Maklumat Perhubungan

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2

Emel
info@smecorp.com.my
Laman Sesawang
www.smecorp.gov.my
Last modified
Dis 2018