Langkau ke kandungan utama
Pengenalan

MASTIC telah membangunkan pangkalan data NMDS sejak tahun 1994. Pangkalan data ini mengandungi profil modal insan S&T seperti para penyelidik dan pakar yang terdapat di jabatan/agensi kerajaan, institut penyelidikan awam dan swasta, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan aktiviti R&D dan lain-lain perkhidmatan S&T di Malaysia. Pengumpulan data ini bertujuan untuk mengetahui status ketersediaan tenaga pakar S&T dan keupayaan R&D negara dalam pelbagai bidang S&T.

Maklumat modal insan dalam Pangkalan Data NMDS di kumpul melalui pegawai penyelaras yang dilantik oleh MASTIC dari setiap organisasi S&T tempatan. Pegawai Penyelaras yang dilantik bertanggungjawab untuk menyelaras proses pengumpulan dan pengemaskinian data dalam NMDS. Sistem pangkalan data NMDS mengaplikasikan konsep pengemaskinian secara atas talian yang membolehkan para penyelidik mendaftar atau mengemas kini maklumat masing-masing dan mendapat pengesahan oleh pegawai penyelaras.

Klasifikasi

Pangkalan data NMDS mengandungi maklumat profil HRST seperti  bidang kepakaran (FOR), latar belakang pendidikan, anugerah, penerbitan, maklumat projek penyelidikan (Bank Project) serta maklumat organisasi S&T.

Definisi

MASTIC menggunakan definisi modal insan S&T berdasarkan Canberra Manual seperti berikut:

a) Seseorang yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertiary dalam bidang S&T; atau

b) Seseorang yang bekerja dalam bidang S&T walaupun tidak memiliki sebarang kelayakan dalam bidang pengajian di peringkat tertiary dalam bidang S&T.

Status Terkini

Maklumat yang terkandung dalam Pangkalan Data NMDS sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif. Sepanjang tahun 2017, MASTIC telah berjaya mengemas kini data modal insan S&T di peringkat Kementerian. Kini, MASTIC sedang giat mengemas kini data NMDS di peringkat kebangsaan secara berfasa.

Sehingga Jun 2018, sejumlah 19,146 rekod penyelidik dan 6,382 rekod pakar telah didaftarkan dalam NMDS.

Pengguna boleh mencapai maklumat yang terkandung dalam pangkalan data NMDS secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my)Carian maklumat modal insan S&T dalam sistem Krste.my boleh dilakukan dengan langkah berikut : Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘Person’.

Akses Aplikasi

Pendaftaran CV dalam sistem NMDS adalah terhad kepada modal insan STI seperti yang telah diterangkan di modul 'DEFINISI MODAL INSAN S&T'. Bagi membuat capaian ke Pangkalan Data NMDS, penyelidik perlu mendaftar terlebih dahulu dengan sistem KRSTE.my (https://krste.my/home/registeration). ID dan kata laluan KRSTE.my yang sama digunakan untuk log masuk Pangkalan Data NMDS (http://nmds.mastic.gov.my). Para penyelidik dinasihatkan untuk mendaftar dan mengemaskini CV masing-masing mengikut 'Manual Penyelidik' yang dilampirkan di bawah.

Bagi urusan berkaitan pengemaskinian / pendaftaran rekod baru / keterangan lanjut / sokongan teknikal, sila hubungi pegawai MASTIC yang berikut:

Dokumentasi