Langkau ke kandungan utama
Pengenalan

Fungsi MRDCS

Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) mula diperkenalkan pada Kajian Penyelidkan dan Pembangunan Kebangsaan tahun 1992. Ia direkabentuk untuk mengklasifikasi dan menerangkan aktiviti penyelidikan di Malaysia sehingga lengkap butiran dan tepat. Klasifikasi ini menyediakan asas pengukuran dan analisa bagi aktiviti R&D dan statistic yang merupakan garis panduan berguna kepada penggubal dasar kerajaan, industri dan penyelidik. Ia juga petunjuk berguna untuk halatuju R&D dan perubahan teknologi. Oleh sebab kemajuan teknologi semakin dinamik, tiada had ditetapkan untuk pengenalan bidang penyelidikan yang baru. Edisi ke-enam MRDCS dilihat sebagai kesinambungan dan kemaskini terbaru untuk menangani jurang teknologi dan rintangan. Tahap piawai kerangka yang diatur dalam klasifikasi ini menyokong aktiviti berkaitan R&D yang jelas dan sangat berbeza untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan menetapkan keutamaan, memberi dana, memaksimumkan usaha R&D dan juga penanda kepada perbandingan antarabangsa.

Klasifikasi

Dua system yang diiktiraf antarabangsa telah digunakan bersama OECD, ‘Frascati Manual’ tetapi penambahbaikan selanjutnya untuk menyokong pelbagai minat pengguna dalam konteks R&D Malaysia. Klasifikasi adalah seperti berikut:

  1. Field of Research (FOR) mewakili aktiviti R&D diklasifikasi mengikut disiplin saintifik dan akademik. Disiplin ini diaplikasi secara universal dengan pelbagai variasi kebangsaan yang muncul daripada bidang penyelidikan yang berbeza.
  2. Socio-Economic Objective (SEO) membenarkan aktiviti R&D dikategorikan mengikut tujuan atau anggaran faedah sektor yang dijangka oleh penyelidik. Ia mengandungi penjimatan berbeza sosial, persekitaran, teknologi dan domain saintifik untuk mengenalpasti tujuan utama R&D. Sistem ini memamparkan variasi kebangsaan yang lebih tinggi berpandukan profail negara dan keutamaan pembangunan.
Definisi

Klasifikasi membolehkan aktiviti R&D dikategorikan mengikut jenis penyelidikan seperti Basic Research, Applied Research dan Experimental Development. Definasi, garis panduan dan skop aktiviti R&D seperti berikut:

Penyelidikan dan Pembangunan

Manual Francasti “Proposed Standard Practice for Surveys on Research and Experimental Development” 2002 mendefinasikan terma R&D sebagai kerja-kerja kreatif yang digembleng bersama secara sistematik untuk menambah stok ilmu termasuklah pengetahuan orang, budaya dan masayarakat dan penggunaan stok ilmu ini adalah untuk mereka aplikasi baharu.

Garis Sempadan R&D

Secara realitinya, terdapat pelbagai aktiviti berkaitan saintifik yang bukannya R&D tetapi hampir kepada R&D, disebabkan aliran maklumat dan dari segi operasi, organisasi serta sumber peruntukan , yang sepatutnya dikecualikan daripada pengukuran R&D. Aktiviti-aktiviti ini yang tidak mempunyai garis sempadan yang jelas dalam menyokong R&D adalah seperti di bawah:

a) Pendidikan dan Latihan Kakitangan dan Pelajar

Kajian pasca-sarjana termasuk penyeliaan diambil kira sebagai R&D. Pembangunan cara pembelajaran baru juga dikira sebagai R&D. Walaubagaimanapun, guru dan pelajar yang menggunakan cara tersebut dan ilmu daripada subjek tersebut adalah dikecualikan.

b) Kepakaran Saitifik dan Perkhidmatan Maklumat Teknikal

Kepakaran saintifik dan perkhidmatan maklumat teknikal yang dijalankan untuk menyokong R&D dikira sebagai R&D; contohnya koleksi data saintifik, pengaturcaraan, rakaman, klasifikasi, agihan, terjemahan, analisa dan perkhidmatan bibliografi.

Perkhidmatan kepakaran dikecualikan jika ia dijalankan secara bebas dan tidak hanya untuk R&D. 

c) Tujuan Umum dan Koleksi Data Rutin

Koleksi data untuk menyokong kerja R&D dimasukkan dalam R&D. Walau bagaimanapun, data dikumpul secara semulajadi dikecualikan. Kebiasaannya ia dibuat oleh agensi Kerajaaan untuk merekod data semulajadi, biologi, ekonomi atau fenomena sosial orang awam atau kepentingan Kerajaan. Contohnya bancian populasi negara, kajian penggangguran, peta topografi dan kajian geografi atau alam sekitar.

d) Penyelenggaraan Standard Kebangsaan

Ujian rutin dan analisa keatas material, komponen, produk, proses,tanah, atmosfera untuk pematuhan standard dikecualikan daripada R&D.

e) Kajian Ketersauran

Kajian ketersauran yang dijalankan untuk menyokong R&D adalah termasuk. Namun begitu, kajian ketersauran yang melibatkan pengumpulan maklumat tentang keadaan sedia ada, digunakan untuk memutuskan samada dilaksanakan didalam projek atau tidak adalah dikecualikan contoh kajian untuk mengenalpasti daya-saing petrokimia kompleks di kawasan tertentu.

f) Kepakaran Perubatan

R&D termasuk pembangunan rawatan dan prosedur baru. Ia seirirng dengan kemajuan perubatan dan pemeriksaaan yang biasa dijalankan di hospital awam.

g) Ujian Klinikal

Fasa 1, 2 dan 3 ujian klinikal adalah termasuk dalam R&D. Fasa 4 ujian klinikal dikecualikan daripada R&D melainkan ia membawa kemajuan saintifik teknologikal.

h) Paten dan Lesen Kerja

Kerja paten yang berhubung secara terus dengan projek R&D dikira sebagai R&D. Namun begitu, pengkomersialan, pentadbiran dan undang-undang berkaitan paten, salinan dan perlesenan adalah dikecualikan.

i) Kajian berkaitan Dasar

Kajian berkaitan sempadan antara polisi digambarkan sangat kompleks oleh Frascati Manual. Dalam Frascati Manual, kajian berkaitan dasar meliputi aktiviti-aktiviti seperti analisa dan penilaian program sedia ada, analisa berterusan dan pemanatauan fenomena luaran(cth. Analisa pertahanan dan keselamatan),  persoalan berkenaan penggubalan dengan jabatan dasar kerajaan atau operasi. Ketegasan diperlukan untuk memisahkan kajian berkenaan dasar; yang mana ianya bukan R&D daripada bona fide kerja dasar R&D.

j) Pemasaran dan Kajian Pasaran

Kajian pasaran dan pengundian pandangan dikecualikan daripada R&D

k) Penjelajahan Mineral

Pembangunan metod yang baru atau ditambahbaik bagi pengambilan data, proses dan terjemahan data dikira sebagai R&D. Kajian dijalankan merupakan bahagian penting projek R&D untuk memerhati fenomena geologi, maka ia dikira juga sebagai R&D. Namun begiut, pencarian mineral menggunakan metod sedia ada dikecualikan daripada R&D.

l) Prototaip dan pilot plant

Rekabentuk, pembinaan dan ujian prototaip merupakan sebahagian skop R&D. Namun begitu, ujian penghasilan dan Salinan prototaip tidak termasuk dalam R&D.

Pembinaan dan operasi pilot plant merupakan sebahagian daripada R&D. Melalui ini, data dan pengalaman baru boleh didapati untuk menilai hipotesis.

Pilot plant dikecualikan apabila fasa eksperimen berakhir atas sebab ia digunakan sebagai unit penghasilan normal walaupun masih dipanggil pilot plant. Jika pilot plant digunakan untuk operasi gabungan, komponen digunakan untuk R&D akan dianggar.

Lain-lain aktiviti, yang membei sokongan atau kesan kepada R&D adalah dikecualikan. Contohnya ulasan terjemahan data sedia ada, ramalan, operasi penyelidikan yang menyumbang kepada pembuat keputusan dan penggunaan teknik standard dalam psikologi gunaan untuk mengklasifikasi atau mendiagnose karekter manusia.

m) Jenis Aktiviti

3 Jenis aktiviti yang diaplikasi ke atas R&D diketahu melalui klasifikasi berikut:

  • Asas kajian(Kajian asas asli & Kajian asas strategic)
  • Kajian gunaan
  • Pembangunan berkesperimen

 

Kajian asas asli merupakan kerja eksperimen dan teoritikal dilaksanakan untuk mendapat pengetahuan baru tanpa melihat faedah jangka panjang semata-mata untuk kemajuan pengetahuan.

 

Kajian asas strategik merupakan kerja eksperimen dan teoritikal dilaksanakan untuk mendapat pengetahuan baru terhala pada topik khusus dengan menjangkakan penemuan baru. Ia menyumbang kepada pengetahuan yang lebih luas untuk keperluan solusi bagi permasalahan yang dikenalpasti.

Kajian gunaan merupakan kerja asal dilaksanakan terutamanya untuk mendapat pengetahuan baru dengan aplikasi pandangan yang spesifik. Ia dijalankan samada untuk mengenalpasti kemungkinan menggunakan penemuan kajian asas atau mengenalpasti cara baru untuk mencapai objektif yang spesifik atau telah diteh ditentukan.

Pembangunan bereksperimen adalah kerja sistematik menggunakan pengetahuan sedia ada yang didapati daripada penyelidikan dan pengalaman praktik, dimana ia adalah untuk menghasilkan material, produk atau peralatan baru, memasang proses, system dan perkhidmatan baru atau meningkatkan dengan banyaknya apa yang telah dihasilkan atau dipasang.
 

Status Terkini
STRUKTUR MRDCS

Field of Research (FOR) dan Socio-Economic Objective(SEO) adalah mengikut struktur hierarki dan masing-masing ditetapkan kod unik F dan S. Baki karakter mengikut aturan menurun akan mengenalpasti Divisyen, Kategori, Kumpulan dan Bidang. Semakin tinggi hierarki, semakin luas bidang subjek atau disiplin penyelidikan. Hierarki klasifikasi FOR dan SEO ditetapkan spesifik sub-kod untuk menggambarkan perbezaan hierarki pada struktur klasifikasi. FOR mempunyai empat peringkat hierarki bermula daripada Divisyen (peringkat paling luas), Kategori, Kumpulan dan Bidang (Yang terbaik dan dimana projek penyelidikan diperuntukkan). Setiap peringkat dikenalpasti melalui nombor atau kod unik untuk kemudahan rujukan.  Ilutrasi di bawah menunjukkan pendekatan struktur hierarki FOR;

'ABXXYYZZ '

A = Klasifikasi Sistem
B = Divisyen
XX = Kategori
YY = Kumpulan
ZZ = Bidang

Contoh (FOR): F1040301
F : Field of Research (Klasifikasi Sistem )
1 : Natural Sciences,Technologies and Engineering ( Divisyen )
04 : Earth Sciences (Kategori)
03 : Geochemistry (Kumpulan)
01 : Bio geochemistry (Bidang)

Contoh (SEO): S2010400
S : Socio-Economic Objective (Klasifikasi SIstem )
2 : Economic Development ( Divisyen )
01 : Plant Reproduction and Plant Primary Products (Kategori)
04 : Forestry (Kumpulan)

n.e.c. - not elsewhere classified

SN - Scope Notes

GARIS PANDUAN MENGKLASIFIKASI BIDANG PENYELIDIKAN

Terdapat 9 kemungkinan Divisyen yang mewakili subjek bidang yang luas atau disiplin penyelidikan manakala Kategori, Kumpulan dan Bidang di peringkat paling bawah mewakili pecahan kategori yang lebih jelas untuk kebarangkalian perluasan di masa hadapan.

Pembentukan hierarki klasifikasi dimulakan dengan menentukan Divisyen mana penyelidikan dijalankan, diikuti dengan Kategori yang paling relevandalam Divisyen lalu seterusnya dipilih relevan Kumpulan dalam Kategori.

Projek penyelidikan atau aktiviti terletak pada peringkat paling bawah hierarki di peringkat Bidang. Bagi memastikan hierarki klasifikasi tercapai, adalah penting untuk penyelidik mengenalpasti Bidang sebelum maju ke peringkat seterusnya dalam hierarki (Kumpulan, Kategori dan Divisyen). Terdapat tajuk yang sama pada Kumpulan dan Kategori yang merupakan petunjuk berguna bagi penyelidik. Garis panduan ini diaplikasikan pada kedua-dua klasifikasi.

PENGGUNAAN MRDCS

Klasifikasi ini direkabentuk untuk memnuhi keperluan pengklasifian projek penyelidikan dalam bentuk yang konsisten dan berstruktur. MRDCS membolehkan adanya fleksibiliti ke atas pelbagai pengguna, kerja-kerja pelbagai disiplin diaplikasikan dalam satu atau lebih tujuan. Sistem yang digunakan dalam dokumen ini boleh diaplikasikan tetapi tidak terhad kepada aktiviti-aktiviti berikut:

  • Menjalankan Kajian Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan
  • Memohon dana R&D seperti TechnoFund dan ScienceFund; dan
  • Mengenalpasti dan menyusun projek penyelidikan dan pakar-pakar dalam pembangunan pangkalan data.

Analisis Data MRDCSPublikasi MRDCS

Akses Aplikasi

Sila klik butang dibawah untuk mencapai Rekod Senarai MRDCS : 
 

Senarai Kod MRDCS