Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Pengenalan

Anda di sini

Kronologi

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia atau ringkasannya MASTIC telah ditubuhkan pada tahun 1992 di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian. Penubuhan MASTIC dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia dan MASTIC telah diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Visi

Pusat rujukan pilihan utama negara untuk maklumat strategik sains, teknologi dan inovasi (STI).

Misi

Menyediakan maklumat STI yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif melalui sistem pengurusan maklumat yang efisien bagi menyokong Polisi STI negara.

Objektif

Menjadi pusat rujukan utama bagi maklumat strategik STI Negara bagi menyokong keperluan komuniti STI melalui pengurusan pengetahuan yang berkualiti.

Menyediakan kemudahan aliran dan capaian maklumat STI di antara sektor kerajaan dan sektor swasta bagi menyokong dasar negara dalam pembangunan STI.

Fungsi Utama Mastic

Mengumpul dan menyebarkan maklumat strategik yang berkaitan dengan aktiviti S&T:

Menjadi pusat rujukan utama bagi maklumat STI negara;

Mengumpul, menganalisis dan menyediakan petunjuk STI negara melalui kajian-kajian STI bagi tujuan perbandingan dan penandarasan; 

Mengurus dan menyelenggara data STI di dalam pangkalan data;

Menyampaikan dan mempromosikan maklumat STI melalui media bercetak (penerbitan) atau tidak bercetak (atas talian dan media elektronik); dan

Menyediakan perkhidmatan perpustakaan.

Dasar Kualiti MASTIC

Pengurusan MASTIC akan memastikan Dasar Kualiti adalah:

  • Bersesuaian dengan hala tuju dasar STI negara;
  • Merangkumi komitmen untuk memenuhi keperluan dan meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan;
  • Menjadi asas dalam mewujudkan dan mengkaji semula objektif kualiti;
  • Dihayati dan difahami oleh warga MASTIC;
  • Dikawal dan dikaji semula bagi memastikan kesesuaian yang berterusan.

Piagam Pelangan

Kami komited untuk:

 

  • Menyediakan maklumat strategik bagi memenuhi keperluan pelanggan dan sentiasa menambah baik perkhidmatan maklumat sedia ada;

  • Menyediakan maklumat STI yang terkini dan berwibawa melalui portal MASTIC;

  • Mengesahkan penerimaan permohonan maklumat, cadangan dan aduan pelanggan dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja; dan

  • Memberikan penyelesaian kepada permohonan maklumat dan aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/about-us/about-us-container/row/maklumat-korporat/pengenalan
  • Jumlah Pelawat: 6020620